Que sera, sera

2K 17 0
                                    

Tubuh Pia didukung dan direbahkan ke katil. Butang blouse paling atas dibuka agar Pia berasa selesa.

Ade seluk telefon bimbit dari kocek seluar dan cari nama Nita.

Lima minit kemudian, dia matikan talian. Ade sandar tubuh ke kepala katil dan pandang wajah Pia. Dia kesat airmata di pipi Pia, tak bercadang nak kejutkan Pia. Biar Pia terjaga sendiri. Ade tak perlu risau. Nita dah janji nak ke hospital untuk tengok keadaan mak Pia. Sebaik sahaja Pia sedar, Ade akan terus bawa Pia ke hospital.

Tadi masa dia melangkah keluar dari bilik ni, hati dia masih penuh dengan persoalan, kenapa Pia buat kerja ni. Pia dah fikir panjang ke sebelum serahkan dara dia pada lelaki yang entah siapa siapa?

Dah masuk dalam kereta pun, Ade masih tak dapat singkirkan soalan demi soalan di benaknya. Sudahnya dia hubungi Nita untuk buat booking baru. Dia nak book Pia sampai esok pagi. Tapi Nita cakap, pukul 6:30 nanti dia nak ambil Pia bawa ke hospital. Ade tanya kenapa. Nita beritahu tentang mak Pia yang sakit dan baru lepas jalani prosedur pembedahan kecil untuk dialisis. Dari situ, Ade dapat agak yang Pia buat kerja ni sebab nak biayai perubatan mak dia. Ade beritahu Nita, dia akan tambah payment sampai pukul 6:30 nanti dan dia sendiri akan bawa Pia ke hospital. Nita setuju dan kemudian dia transfer payment. Settle semua tu, dia keluar semula dari kereta dan terus menuju ke bilik Pia.

Dalam pada Ade ralit perhati wajah Pia, akhirnya dia terlelap. Dia hanya tersedar apabila bahunya digoyang. Bila buka mata, Pia tengah duduk di sisi.

"You buat apa kat sini? I nak ke hospital. Mak I tak sedarkan diri!"

Ade bingkas bangun.

"Wait, I cuci muka. Then kita pergi sama sama. Nita minta I hantar you."

"Oh, okay..."

Now Pia faham kenapa Ade ada di sini. Maybe Nita not available untuk bawakan dia ke hospital. So, Pia just follow the flow.

Masuk je dalam kereta, Ade tenang memandu. Dah masuk waktu puncak. Kereta mula la bersusun atas jalan, tapi keep moving. Belum jammed sangat. Pia sandarkan tubuh pada seat dan pandang ke luar tingkap. Dia jadi tak tau nak berbual apa dengan Ade. Ade pulak fokus memandu. So, Pia tak rasa Ade nak berbual dengan dia.

Pia teringat perbualan dengan mak tengah malam semalam.

Lepas sessi 'belajar' dengan Nita petang tu, Nita hantar dia ke hospital, nak jaga mak. Masa Pia sampai, nurse Maisarah beritahu yang mak dah selesai jalani operation kecil untuk pembentukan “fistula” bagi proses pengeluaran dan kemasukan darah ke mesin hemodilisis. Lepas operation, terus mak kena buat dialisis.

Sementara tunggu mak siap dialisis, Pia ambil kesempatan untuk bersihkan diri. Sessi belajar dengan Nita tadi boleh tahan penatnya. Sampai sekarang ni Pia dapat rasa yang pepek dia melekit dengan cairan ghairah bercampur dengan KY jelly. Selepas badan rasa segar, Pia baringkan tubuh pada kerusi malas. Dia nak lelapkan mata seketika.

Pia hanya terjaga apabila ada usapan lembut pada hidungnya. Mak tengah senyum tengok muka dia. Pia gosok gosok mata dan balas senyuman mak. Tak tunggu lama, dia terus peluk dan cium pipi mak, tapi penuh hati hati sebab kat leher mak ada luka operation yang ditampal dengan kain putih. Pia usap tepi balutan tu konon nak legakan sakit mak. Mak pegang tangan Pia dan cium lama.

"Lena Pia tidur?" Tanya mak.

Pia tengok sekeliling wad, dah gelap. Tengok jam di tangan, dah pukul 1 lebih. Patut la sunyi sepi je wad ni.

"Mak tidur tak?" Tanya Pia. Muka mak nampak penat sangat.

"Mak tertidur masa dialisis tadi. Sedar sedar dah ada kat sini. Tengok anak mak tidur lena sangat... Pia penat ye?"

SEBENARNYA, AKU JALANG!Where stories live. Discover now