Mak

1.6K 23 1
                                    

"Cik ni siapa dengan pesakit ye?”

Pia tersentak apabila bahunya disentuh. Dia angkat muka dan lihat ada jururawat yang sedikit muda daripada jururawat yang bawa dia masuk tadi berdiri tepi katil.

"Saya anak dia, nurse. Pia baca tanda nama pada tudung jururawat itu. Maisarah.

"Nurse, mak saya sakit apa ye?"

Jururawat bernama Maisarah itu berdehem perlahan sambil membetulkan drip pada bahagian tangan kiri mak.

"Belum tau lagi cik, Puan Rosiah baru masuk wad ni tak sampai sejam lagi. Tapi kami dah ambil sample darah dan beberapa prosedur lain. Kena tunggu result darah baru tau puan Rosiah sakit apa.

"Kalau ikut pengalaman nurse, mak saya sakit apa agaknya? Pia mencuba nasib untuk mendapat sedikit klu berhubung penyakit mak.

“Doktor suspek buah pinggang. Tapi tu la, baru suspek je. Kena tunggu result darah baru boleh tahu sakit sebenar." Dia senyum dan tunduk menulis sesuatu di atas kertas.

Pia pandang ke arah beberapa katil berhampiran katil mak.  Mereka yang terlantar semuanya ditemani oleh waris perempuan.

“Boleh ke saya teman mak, nurse?” Masih lagi mencuba nasib.

"Boleh, cik. Memang  nak minta cik tunggu sebab nanti kalau result darah keluar, doktor perlu jumpa waris, in case kalau ada apa apa prosedur yang memerlukan persetujuan daripada waris.

"Baik, nurse. Saya tunggu." Pia ambil telefon dan cari nama Nita. Pia suruh Nita balik je sebab Pia nak bermalam di sini jaga mak. Usai bercakap dengan Nita, Pia menghampiri jururawat Maisarah. Kelihatannya jururawat itu agak baik. Jadi Pia merasakan perlu untuk dia berbaik baik juga dengan jururawat Maisarah.

"Biasanya prosedur apa yang perlu persetujuan daripada waris ye, nurse?"

Pia mencongak congak di dalam hati. Apa sahaja prosedur, dah tentu nak gunakan duit. Pia kena bersedia dengan sebarang kemungkinan. Yang Pia tahu, mungkin akan libatkan prosedur pembedahan.

Pembedahan?

Jantung Pia berdegup laju.

Kata la mak nak kena bedah, mana la Pia nak cekau duit?

'Ahhh, duit boleh cari. Yang penting mak sihat!'

Pia pandang mak lagi. Kesiannya Pia tengok mak. Mata Pia turun pada bahagian kaki mak yang bengkak.

Pia skroll skrin telefon dan buka aplikasi Google. Hancur hati Pia bila baca tentang simptom penyakit buah pinggang. Apa yang Pia baca, jika kedua dua buah pinggang mak rosak, mak kena buat dialisis.

Pia buka pula aplikasi CIMB Clicks. Baki duit dalam akaun cuma ada RM 54.80 sen. Sedihnya rasa hati. Kalau mak lama lagi di hospital, memang tak boleh la niaga nasi lemak. Dengan duit dalam bank tu la Pia nak hidup sampai hujung bulan ni. Dalam purse Pia cuma ada RM 20. Entah cukup entahkan tidak.

Pia terfikir juga nak keluarkan duit tu dan beli bahan untuk niaga nasi lemak. Tapi mak tengah sakit, Pia kena jaga mak. Pia juga kena pergi kelas. Mungkin Pia boleh ponteng sehari dua. Sebelah pagi Pia akan niaga nasi lemak untuk gandakan duit. Sebelah petang, Pia akan jaga mak di hospital.

Pia dah buat keputusan, Pia akan niaga nasi lemak. Pergi mampos la kolej, mak lagi penting!

"Mak, Pia akan buat apa saja asalkan mak sihat balik macam dulu..."

Pia baringkan kepala di tepi lengan mak. Matanya sedikit layu dan tak lama kemudian, Pia lena bersama airmata yang mengalir membasahi pipi.

*

SEBENARNYA, AKU JALANG!Where stories live. Discover now