✦ BAB 1 ✦

50 4 2
                                    

"You'll never understand."

"I do understand."

jawab ayahnya. Mikael hanya melihat kearah muka ayahnya yang merah selepas mengamuk. Selalu terfikir, ayahnya tidak mahu melihat kebahagiaan anak sendiri ke?

"Kalau ayah faham, please let me keep it."

"WELL THATS WHAT YOU DON'T UNDERSTAND!"

tengking ayahnya. Pasu yang terletak diatas meja itu ditolak jatuh berkecai. Betapa mementingkan diri. Mengapa perlu paksa anak sendiri?

"AYAH DAH CUBA SEDAYA UPAYA, NAK NAIKKAN COMPANY TU!! SEBAB AYAH NAK KAMU JADI BOS YANG SETERUSNYA!!"

jelas ayahnya. Adam Mikael anak sulung kepada keluarganya. Anak kedua lelaki sudahpun pindah ke tempat jauh dari rumah kerana tidak tahan dengan perangai ayahnya. Setelah kematian ibunya, kondisi kesihatan mental ayah semakin merosot. Selalu marah, kerja sampai tak balik rumah, tapi bila dia balik, terus begegar rumah.

Adam Mikael hanya diam. Dia hanya pulang kerumah untuk melawat ayahnya, tapi lain pulak jadinya.

"I'm going home."

pendek jawab Mikael. Tiba-tiba ayahnya menarik lengannya dan tumbuk mukanya. Terkejut dibuatnya. Sampai sanggup tumbuk anak sendiri?

"Apa maksud Mikael? Inikan rumah Mikael."

tanya ayahnya. Tiba-tiba espresi ayahnya tersenyum. Macam dia tak pernah tumbuk sesiapa. Mikael hanya abaikan ayahnya dan terus berjalan keluar dari rumah tu. Dia mula memakai helmetnya.

"MIKAEL!!!"

Jerit ayahnya. Lalu ayahnya terus ambil cangkul korek tanah berdekatan taman dan terus memukul motosikal sport miliknya. Apabila berkecainya motor milik Mikael itu, berkecailah hati miliknya. Namun, dia hanya berdiam diri dan lihat ayahnya memukul dan merosakkan motosikal miliknya itu. Tiba-tiba hujan turun. Semua benda milik motosikal yang tercabut dan berkecai itu dibawa hujan pergi.

Mikael membuka helmetnya dan dibaling jatuh ke lantai semen itu. Dia hanya jalan pergi tanpa berkata apa-apa.

"MIKAEL!!"

jerit ayahnya sebelum Mikael perlahan-lahan hilang dari pandangan.

.

Adam Mikael basah lencun akibat hujan. Hujan masih lebat seperti tadi dan tiada beza seperti hujan tidak akan berhenti. Mikael jalan perlahan kearah perhentian bas itu. Espresinya dari mula hingga sekarang, kosong dan dingin. Seperti kosong dan dingin di dalam hatinya. Perhentian bas pun, bumbung kecil sangat. Di sekeliling, ada banyak banggunan mewah.

Mikael hanya berdiri dan hanya tunggu bas datang untuk pulang ke restoran La Rosa miliknya. Ha, inilah yang dia dan ayahnya sedang bergaduh tentang tadi. Ayahnya mahu dia batalkah restoran miliknya itu dan sambung syarikat milik ayahnya itu. Tetapi, restoran miliknya itu terlalu beharga buatnya. Kenapa?

Hujan masih lebat. Hujan membasahi tubuh lelaki berbadan tegap dan tinggi itu. Dia hanya berdiri, kosong tanpa memikirkan apa-apa. Tiba-tiba, terasa hujan tidak turun lagi. Tapi di hadapan mata, hujan masih lebat. Dia lihat ke tepi. Dia nampak seorang perempuan bertubuh pendek ketinggian bahunya sedang mengangkat payung. Perempuan itu sedang lihat kehadapan tanpa berpaling kearah Mikael. Tangan perempuan yang memegang payung itu diangkat seperti angkat tangan di dalam kelas. Itulah, Mikael tinggi sangat.

Mikael hanya tenung kearah perempuan itu dengan wajah kosong dan dingin. Tetapi terdapat banyak soalan didalam kepalanya.

'Why is she doing this?'

'Why would she do this?'

tanya di dalam hati. Perempuan itu masih tidak berpaling kearahnya tetapi jelas di mukanya mengharapkan sesuatu. Harapkan kawan baru ke?

Tiba-tiba bas sampai tepat-tepat di hadapan mereka. Mikael hanya berjalan masuk kedalam bas. Perempuan itu hanya melihat kearah Mikael yang terus masuk ke dalam bas. Bas itu terus berlalu pergi.

"WEH. TAK ADA TERIMA KASIH KE?!"

kata perempuan itu sambil membengkokkan tubuhnya kebawah sedikit. Sebelum payungnya dilatun pergi, dia melihat sekeliling, okey, tak ada orang tengok. Terus dia baling payung itu kebawah dan menjerit perlahan.

.

Dia membuka kasut dan berjalan masuk. Terlihat ruang tamu kecil itu dipenuhi makanan dan nampak kawannya yang sedang khusyuk melihat televisyen.

"MIAAAAA!!"

panggilnya.

"UIEH AIRIS!"

terus terlompat dibuatnya. Yalah kan, tengok cerita hantu.

"Apa ni? Bersepah ruang tamu aku."

marahnya sambil meletakkan tote bagnya ditepi sofa. Dia terus melabuhkan punggung ditepi kawannya itu. Dia mengeluh perlahan.

"WEEEEH.. NAK TAHU TAK??"

kata Airis tiba-tiba. Nak cerita la tu.

"Apa dia?"

kata kawannya, Mia Nursyiffa, sambil mulutnya penuh dengan keropok dan matanya yang tertumpu pada televisyen.

"Aku tengah jalan, aku nampak lelaki. And theen, dia basah lencun. Kan hujan! Lepastu aku pergilah dekat dia tadah payung, dah lah tinggi gila sampai lenguh tangan aku tapi last-last, DIA PERGI MASUK BAS TANPA CAKAP TERIMA KASIH PUN!"

keluh Airis Diana. Mia Nursyiffa hanya angguk sambil matanya tetap tertumpu pada televisyen. Airis Diana terus capai keropok di tangan kawannya itu dan dimasukkan satu kedalam mulutnya.

"Hensem tak?"

soalan Mia tiba-tiba.

"Apa?"

"Aku tanya... HENSEM TAK??"

perhatiannya terus kearah Airis Diana dan keropok ditangannya diletakkan dibawah. Airis ambil keropok masuk dalam mulut satu dan kepalanya diangguk. Mia terus tepuk tangan sekali dan terus tubuhnya berpusing macam belon Petronas.

"Thats the standard"

kata Mia sambil ketawa macam badut tersedak cokelat. Airis hanya mengangkat kening sebelah dan keropok dimasukkan kedalam mulutnya lagi.

"Apa maksud kau?"

tanya Airis. Yelah, dia tak cakap terima kasih, macam mana tiba-tiba jadi standard pulak?

"HAISH, bendul lah kau ni. Dia jual mahal, tak senang nak layan perempuan lain. Every girls dream man is him."

terang Mia lagi sambil keropok diambil ketangannya semula dan dikunyah. Matanya tertumpu kearah televisyen kembali. Bila difikirkan balik, macam betul. Dahlah hensem, rambut lembut macam bulu kucing, disebabkan hujan, nampak macam bulu kucing yang basah. Lepastu pulak, tinggi. Nak cari celah mana yang macam sama, tiada!

Airis angguk perlahan. Tetapi, at least ringankanlah mulut nak cakap terima kasih! Ni, terus jalan pergi. Takkan sesenang je lepaskan.

Tiba-tiba, kawan disebelahnya itu menggoncang plastik keropok itu, kosong.

"Satgi kan, kau tolong teman aku pergi kedai beli makanan lagi. Keropok dah nak habis. Kita tengok movie sama-sama. Kan best tengok ramai-ramai"

kata Mia Nursyiffa sambil lengannya menumbuk bahu Airis. Teruja sangat ke. Airis hanya menjeling keatas dan angguk perlahan. Terus sorak dibuat kawannya.

moonlight: my loveWhere stories live. Discover now