✦ BAB 5 ✦

20 1 0
                                    

Aku baring atas sofa. Lihat siling putih melepak bersama kipas berpusing diatas. Terfikir apa yang dikatakan Mikael haritu.

'Thank you for holding the umbrella for me, querida'

Nak menterjemah dalam telefon pun tak tahu bahasa apa. Aku garu kepala sendiri. Tiba-tiba dengar pintu bilik tutup. Nampak Mia tengah jalan dengan rambut serabai, tangan pun penuh dengan pelbagai maneka keropok. Agak-agaknya, Mia tahu tak?

"Mia, kau tahu tak?"

tanya aku. Mia angkat kening sebelah. Remot televisyen dicapai dan ditekan.

"Apa?"

"Apa maksud querida?"

sambung aku. Bantal diatas sofa dicapai dan dipeluk. Menunggu jawapan dari Mia.

"Manalah aku tahu."

Mia jeling sekali. Aku pun mengeluh.

"Ya lah, tapi bahasa apa tu?"

mataku tertumpu kearah Mia. Mia pula lihat keatas sekejap, berfikir.

"Bahasa spanish kut."

jawab Mia pendek. Aku pun tengok siling balik. Dia boleh cakap spanish? Dia orang mana ni? Muka pun tak nampak macam orang melayu. Tapi nama macam orang melayu, pelik. Aku mengeluh lagi. Makanan semua dah dirembat Mia, sekarang ni nak makan macam mana? Duit pun tak ada. Sudah habis berbelanja untuk Mia. Tapi selama ni asyik berharap duit Mia aje. Tak boleh lah macam tu. Kena cari kerja, tapi dekat mana?

"Mia, dekat syarikat parent kau ada jawatan kosong tak?"

Mia lihat keatas untuk berfikir lagi. Kemudian remot televisyen ditekan kembali dan keropok dimasukkan ke dalam mulut. Aku pun selit tangan ke plastik keropok ditangannya dan masukkan dalam mulut.

"Kerja dekat restoran La Rosa nak?"

aku jeling dia. Siriuslah, nanti dia ingat aku ambil kerja tu sebab dia. Memang betul, tapi tak nak lah beria. Kita kena rendah diri dan cari kerja yang sesuai dengan kemampuan diri.

"Tak nak lah, buat apa cari kerja dekat situ. Kan ada banyak tempat kerja, pilih yang tu jugak?"

jawabku. Mia mengeluh kuat. Keropok ditangan diletak kuat diatas sofa.

"Kau tahu kan, kenapa aku cakap ni?"

aku pulak mengeluh. Tanganku diangkat atas kepala sedikit menarik rambutku.

"Tak nak, nanti dia ingat aku masuk kerja sebab dia!"

keluh aku. Mia tiba-tiba gelak macam ahli sihir cerita snow white.

"AKU DAH CALL BOS DIA LAH, AHA HA HA. Siap mesej lagi."

telefon ditangannya terus aku ambil. Mesej ditelefon dibaca. Terus terduduk aku.

You
Nanti bila kawan saya ready, saya roger.
          seen

telefon ditangan terus aku letak kuat atas sofa. Aku menarik rambut dan jerit perlahan. Mia pula sambung gelak.

"Mia. Tell me. Apa kau cakap dengan dia dalam telefon."

Mia berfikir sambil wajahnya tetap mengukirkan senyum sinis.

.

"Hello?"

"Selamat sejahtera, cik. Now you're calling Restaurant La Rosa. Apa yang boleh saya bantu?"

"Hmm, can I call your boss real quick?"

"Ya, cik. Sila tunggu sebentar ya."

"..."

moonlight: my loveWhere stories live. Discover now