"Welcome darling, he is the Tribe's son,"
kata mak aku yang sedang bersandar di katil hospital. Aku terkejut tapi tidak bereaksi. Apabila Mikael menjejak kaki memasuki bilik itu, semua mata terus tertumpu kearahnya. Dia hanya berdiri tercengang disitu.
"What a handsome man you chose,"
puji lelaki yang berada di sebelah mak aku. Dia cuba berjalan mendekati aku, tapi aku terus mengundur kebelakang untuk menjauhinya. Dia tergelak kecil.
"We never met, yeah? Let me introduce myself,"
dia berjalan lalu mencapai kerusi untuk menariknya. Terus melabuhkan punggung diatasnya. Kakinya disilangkan, mukanya pula penuh misteri bersama rancangan.
"My name is Drafiq, Drafiq Locus. I'm originally Portuguese, my father married a Malaysian woman. That is not the case but now, I'm attracted to a beautiful woman's daughter, Airis."
dia menguntumkan senyuman sinis kearah Mikael. Mikael pula hanya selamba menyandarkan diri di dinding sambil meletakkan tangannya di dalam poket seluarnya.
"I think I've seen you before, Louis.. Mountaro?"
kata Drafiq, lancang. Mikael pula sedikit tergelak. Kali pertama aku dengar dia gelak, apa yang lawak.
"Que idiota, it is Luis Montero, portugués"
kata Mikael sinis. Luis Montero? Siapa itu? Nama gelaran ke? Atau ada sesuatu disebalik nama itu?
"My name is not Portuguese, that is my etchinity. My name is Drafiq Locus. What a piece of shitty Latina. Walaupun berkahwin dengan orang Malaysia, kau tetap tak boleh cakap bahasa melayu?"
katanya dengan nada sinis.
"I'm not interested into learning it. Understanding it, is enough"
jawabnya pendek. Drafiq hanya melihat Mikael atas bawah. Kemudian tiba-tiba mak aku bersuara.
"Divorce him and marry Drafiq Locus,"
kepala aku terus berpusing ke arah mak aku. Mak aku suruh aku panggil Mikael sebab benda ni aje?
"Or what?"
ujar aku. Aku menunggu jawapan. Mak aku hanya tenung aku. Mukanya pucat. Akhirnya dia mula bersuara.
"Or die."
katanya tanpa teragak-agak. Mata aku mula membeliak. Mak aku, nak bunuh aku? Penceraian memang senang tapi patut ke aku cerai dengan Mikael?
"Haha, your mother's sibling is insane by genetic wasn't it?"
sinis Drafiq. Tapi... patut ke aku ceraikan Mikael?
.
Aku berada di luar hospital. Mikael masih berada di dalam. Aku tak pasti jika keputusan yang aku buat ini betul atau tidak. Aku mencapai telefon dan mula mendail nombor. Terus menekan ikon menelefon. Telefon diletakkan di cuping telinga aku. Kuku aku digigit untuk menghilangkan stres yang aku sedang hadapi.
"Mia.. I just put myself into big trouble."
.
Mia berlari kearahku dengan keadaan yang tidak cukup nafas akibat berlari terlalu kuat.
"ARE YOU AN IDIOT?!! WHY WOULD YOU DO THAT??!"
"Aku tak tahu.."
Mia mengurut dahi sendiri. Aku nampak Qhal yang sedang berdiri di belakangnya.
"I wanna see his heartbroken face,"
kata Qhal. Mia terus menjeling kearahnya. Qhal hanya angkat bahu sendiri. Tiba-tiba air mata aku menitis secara sendiri. Kenapa aku sedang menyesal sekarang?
"Regretting it, isn't it? Asking him for a divorce when you love him so much. What are you even doing?"
marah Mia lagi. Aku mengelap air mata aku lagi. Masa sekarang ini lah air mata aku tak nak berhenti turun. Apabila Mia sedar yang aku tak dapat hentikan air mata aku, Mia memeluk aku erat.
"Tell me.. why would you do that?"
dia bertanya. Aku mengelap air kata aku yang tak tahu cara untuk berhenti turun itu. Rasa seperti tak boleh bernafas, perasaan ibarat hati dicengkam kuat.
"I thought.. he wants it.."
"Idiot, why would he wants that?"
jawab Qhal. Mia menampar lengan Qhal.
"Has the divorcing procedure happend? Masih belum terlambat."
Aku geleng. Mia menguntumkan senyuman dan membuat isyarat kearah Qhal untuk membawa aku di mana Mikael berada.
.
Dua jam yang lepas..
Aku memusingkan kepala aku kearah tusuk yang dimana Mikael berada. Aku lihat Mikael sedang bersandar di dinding sambil melihat lantai mozek yang tersusun kemas di lantai. Aku teragak-agak setiap saat aku berfikir. Perasaan berat di hati tak terkecuali. Aku perlahan-lahan membuka mulut aku.
"Mikael, will you divorce me?"
perasaan dihati aku semakin memberat. Air mata mulai menakung tapi aku bertahan. Aku bukan buat ini kerana aku mahu berkahwin dengan Drafiq. Tapi untuk mak aku dan.. Mikael. Aku sayangkan dia. Tapi jikalau dia tak sayangkan aku, apa gunanya? Untuk kebahagiaan orang yang kita sayang, ataupun jika kita menyayangkan seseorang itu, benda yang susah dan berat untuk buat ialah melepaskannya. Aku mengelap air mata yang sudah turun. Aku mengangkat melihat untuk melihat Mikael. Espresi mukanya sedikit kecewa aku dapat lihat. Tapi semuanya sudah terlambat.
Drafiq mengukirkan senyuman. Tapak kakinya mula bergerak mendekati Mikael.
"Answer her, Prince Charming"
Aku hanya menatap mereka berdua dengan mata berair. Mikael pula hanya lihat kearah lantai mozek. Apabila aku melihatnya, perasaan aku semakin memberat dan memberat lagi. Terlalu banyak untuk aku hadapi. Aku terus berlari keluar dari bilik itu. Air mata yang di tahan terus turun bagaikan air terjun.
Aku meraung-raung ketangisan. Aku rasa ini untuk kebahagiaannya, tapi memang betul kebahagiaan ke macam ni? Aku mengeluarkan telefon bimbit dan mula menelefon Mia.
.
"We're here,"
ujar Qhal. Aku angguk dan Mia menjemput aku keluar dari kereta. Aku perlahan-lahan menapakkan kaki aku membontoti Mia. Pada masa aku menapakkan kaki, perasaan yang memberat itu membara.
Sehinggalah aku nampak tusuk Mikael yang sedang duduk dan mengurut-urut kepalanya. Apabila dia sedar kehadiran aku, kepalanya terus berpusing ke arah aku. Dia menatap mata aku yang berair.
Aku menyambung menatap matanya. Dia berdiri dan perlahan-lahan menapak mendekati aku. Aku tidak bergerak dan hanya menunggu dia mendekati aku.

YOU ARE READING
moonlight: my love
RomanceAdam Mikael susah untuk mencintai disebabkan oleh masa lalunya. Dia cuba untuk mencintai tetapi gagal dalam setiap cara. Sehingga dia menjumpai Airis Diana. In a long rainy day, with a foggy weather. In a city, waiting for a bus. "Why is she do...