Mia Nursyiffa dan Airis Diana membelek makanan yang berada di rak yang penuh dengan pelbagai maneka keropok dan cokelat itu. Nampak sedap, terus lantun masuk dalam troli. Banyak tak apa, kawan kaya.
"Ada lagi ke?"
tanya Mia yang sedang berjalan kearah Airis dengan tangannya penuh dengan pelbagai jenis keropok dan makanan.
"Tak ada.. tapi kau..?"
tanya sambil kerut dahi Airis dibuatnya.
"Ehem, ini jer, okey, jom pergi bayar!"
Mia dan Airis berjalan ke kaunter dan susun makanan dari dalam troli ke atas kaunter. Mia perhati aje kashier tu sampai kashier tu pun dah banyak kali jeling. Mata Airis pula hanya mengelilingi kedai itu. Setelah kashier dah siap scan harga, dibayar, lepastu diberi resit.
Mata Mia membelek resit di tangannya sambil tangan Airis dipenuhi bag plastik makanan yang dibeli. Tiba-tiba mata milik Mia Nursyiffa itu terbeliak.
"Eh, esok birthday kau la!"
katanya sambil melihat tarikh yang tertulis diresit. Aku hanya beri senyum segaris. Aku pun hampir terlupa. Nasib dapat kawan ingat hari jadi.
"Aku nak celebrate happily tahun ni,"
ucap aku. Siapa aje yang tak mahu celebrate hari jadi gembira? Mia berfikir sekejap. Dah lama tak celebrate hari jadi. Biasanya akan dapat ucapan sahaja, ataupun tidak dapat langsung. Maklumlah ramai orang sibuk dengan kerja. Tiba-tiba riak wajah Mia bertukar. Senyum sampai ke telinga.
"Then, I've got a perfect place for you!"
.
"AAAAH!!"
jerit Mia. Tengok jumpscare cerita hantu. Habis makanan yang dipegang tumpah, bukan takut hantu, takut dengar jeritan tu.
"Ish, sakit telinga orang tahu tak?"
marah Airis sambil mengusap telinga sendiri. Jerit pulak tepat-tepat tepi telinga, ingat tak jadi pekak ke.
"Esh, cane tak terkejut? Dia tiba-tiba pergi tayang muka berkulat dia depan TV, macam mana tak terkejut?"
keluh Mia, tahulah terkejut tapi janganlah jerit dekat telinga orang. Kang tak pasal-pasal kena serangan jantung sekali telinga jadi pekak.
Airis menjeling keatas dan masukkan popcorn satu kedalam mulut dan kunyah perlahan. Tiba-tiba teringat pasal plan yang diplan Mia tadi.
"Kau dah tanya parent kau ke?"
tanya Airis tiba-tiba. Risau kena reject.
"Eh, aku tak bagitahu kau lagi ke??"
"Bagitahu apa??"
kerut dahi lagi bersama kening terangkat sebelah. Keliru tahap dua.
"Parent aku approve laah, siap booking VIP punya lagi,"
"VIP??!"
terkejut Airis pula. Kalini kawan dia pula. Habis terlompat kawan dibuatnya.
"Ye, ye. Kau ni, alergik VIP ke apa?"
Mia jeling sekali, lihat muka risau kawannya itu. Pantang dengar VIP, terus reaksi macam buat jenayah.
"Weh, tak menyusahkan parent kau ke?"
"Come on?? Its the birthday girl, birthday. Lagipun memang dah ada majlis, tapi kita attend as a family members."
jawab Mia. Matanya kembali tumpu kearah televisyen. Ibu bapa Mia Nursyiffa memang kaya raya dan mempunyai syarikat yang salah satunya yang terbesar di Malaysia. Jadi buat majlis di restoran mahal itu tiada masalah. Petik jari, dah booking. Duit pun takkan habis walaupun petik jari. Tapi ada juga persoalan. Can't help but ask.
"Majlis apa?"
tanya Airis sambil popcorn dimasukkan lagi ke dalam mulutnya. Matanya tertumpu pada muka kawannya itu. Mia hanya angkat bahu dan sambung mengunyah makanannya itu.
"Itu tak tahu, tapi probably majlis orang kaya"
teka Mia. Betul atau salah, pastinya betul. Selagi ibu bapa Mia attend majlis itu, selagi itu majlis itu orang kaya.
"Apa nama restoran tu?"
tanya Airis perlahan. Mungkin Airis dapat tahu atau kenal nama restoran tu. Mia berhenti mengunyah dan toleh kearah Airis perlahan.
"Restoran La Rosa."
.
Terasa berat di bahu. Pandangan gelap terus menjadi cerah. Di hadapan penuh dengan sampah sarap. Dan sampah itu ialah plastik keropok, cokelat, popcorn, botol plastik, dan tin kosong. Di sebelah, nampak kawannya sedang sedap tidur di atas sofa sambil kepalanya diatas bahu Airis. Airis menguap sekali dan bila dia betul-betul sedar di dunia asal, dia mula menyalak.
"MIAA, APA NI SAMPAH BANYAK GILE??! KAU MAKAN APA NI BANYAK SANGAT!! AKU DAH SURUH KAN KAU GERAK AKU TAPI ASAL KAU TIDUR SEKALII!!"
terus terbangun kawannya itu. Wajahnya blur macam tak tahu apa yang sedang terjadi. Airis pusing kearah Mia yang sedang melihat sana sini tak tahu apa yang sedang terjadi. Airis mengeluh sekali dan urut kepala sendiri. Jam di dinding di toleh sekali.
"KITA, DAH LAMBAT!!"
.
"Fuh, nasib baik kau bangun awal, kalau tak memang lambatlah kita,"
kata Mia sambil senyumnya hingga ke telinga, walaubagaimanapun, Airis mukanya masam macam cempedak busuk.
"Apa ni Ris, masam muka, harini kan hari jadi kau!"
muka Airis masih masam. Mia pun naik kening sebelah. Kenapa ya masam sangat ni? Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
"OH MY GOSH!! SORRY RISS, happy birthday! Kita lupa lah pulak nak wish, sorry eh"
kata Mia sambil matanya masih tertumpu di jalan raya. Stereng kereta dibelok sedikit. Dari tadi, Airis teruja mahu mendengar ucapan selamat hari jadi dari kawannya yang satu itu, tapi dia ibarat mengelak padahal dia tak mengelak pun, dia hanya mahu cepat bersiap. Airis hanya menyilangkan tangannya dan menjeling ke tepi.
"Atoto, ris, jangan lah merajuk,"
pujuk Mia sambil tangannya satu dibawa keatas lengan Airis. Mia goncang-goncang tubuh Airis, dan akhirnya, Airis tergelak. Terus wajah Airis kembali cerah.
"Dah lah dia lupa nak wish birthday, nasib dia ingat."
"Alaa sorry laa"
Airis jeling sekali. Mia memuncungkan mulutnya macam ikan buntal. Nak tergelak dibuatnya.
"Yela, yela,"
jawab Airis. Kemudian jam di tangan dlihat.
"Cepat sikit, dah nak lambat,"
"Yerr"
.
Airis dan Mia menapak masuk ke dalam restoran mewah itu. Macam masuk luar negara pun ada. Sekelilingnya mewah. Ada chandelier yang besar dan cantik ditengah-tengah bersama ada pekerja yang menjemput kami masuk. Kitorang menapak masuk kedalam lif. Lif yang membawa mereka pergi ke tingkat VIP ialah tingkat nombor 45. Restoran tapi macam hotel pun ada!
Lif itu mula bergerak ke tingkat 45. Selalu rasa gayat bila naik lif. Apabila lif itu berjaya membawa mereka ke tingkat 45, mereka perlahan membawa kaki mereka masuk. Nampak ibu bapa Mia sedang rancak berbual dengan tetamu lain. Melihat mereka, Airis teringat pula arwah ibu dan ayahnya. Ibunya meninggal akibat kanser payudara manakala ayahnya meninggal kemalangan jalan raya beberapa tahun kemudian.
Mia membawa Airis mendekati ibu bapanya. Kemudian bapa Mia mula bersuara.
"Here's the birthday girl!"

YOU ARE READING
moonlight: my love
RomanceAdam Mikael susah untuk mencintai disebabkan oleh masa lalunya. Dia cuba untuk mencintai tetapi gagal dalam setiap cara. Sehingga dia menjumpai Airis Diana. In a long rainy day, with a foggy weather. In a city, waiting for a bus. "Why is she do...