✦ BAB 4 ✦

22 2 0
                                    

"Felicitaciones a los dos en el día de su boda,"

ucapan tahniah dari saudara keatas perkahwinan mereka. Mereka bersenyum sehingga ketelinga mendengar kata-kata yang diberikan oleh tetamu yang datang. Mereka memotong kek yang cantik terletak diatas meja dihadapan. Perlahan-lahan suami menyuap kek itu masuk kedalam mulut isteri kesayangannya itu.

"Te quiero mucho, Pablo."

kata isteri kesayangannya itu dengan penuh kasih sayang. Suaminya hanya tersenyum manis mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya itu. Tangannya diangkat untuk mengusap pipi isterinya itu, kepalanya diturunkan sedikit untuk mulutnya mendarat diatas pipi mulus isterinya itu.

.

"Pablo, mi vida!!"

sudah tiga bulan perkahwinan itu berlaku. Mereka hidup bahagia dan tenang. Tiada siapa menghalang kebahagiaan mereka. Kit ujian hamil dipegang erat-erat ditangan, takut untuk mengetahui hasil ujian. Mata dipejam kuat, nombor dikira dari tiga dan apabila mata dibuka. Terus terlompat memeluk suami disebelahnya itu.

"Estoy embarazada!!"

isterinya jerit teruja. Terus mengwar-warkan berita kehamilannya itu. Suaminya terus memeluknya erat dan mengusap lembut perut isterinya itu. Terus mulutnya mendarat keatas dahi isteri tercintanya itu.

.

9 bulan kemudian...

Isterinya itu meneran kesakitan. Suaminya yang sedang tunggu diluar bilik itu berharap dan berdoa supaya bayi didalam kandungan selamat dikeluarkan. Isterinya itu meneran, dan lagi, dan lagi. Doktor cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan bayi. Dan lama kelamaan kedengaran tangisan bayi yang nyaring itu kedengaran. Suaminya diluar itu terus masuk kedalam bilik hospital untuk melihat keadaan bayi. Isterinya menangis kebahagiaan. Mata suaminya terus mendarat ke bayi lelaki yang digendong isterinya itu. Dia terus berjalan mendekati mereka.

"Cómo deberíamos llamarlo?"

tanya suaminya. Lupa nak membuat keputusan nama yang sesuai kepada anak lelakinya itu sebelum kehamilannya. Namun, isterinya lebih bersedia dari apa pun. Terus diberitahu namanya.

"Luis Montero."

suaminya terus mengukirkan senyuman. Kepala bayi yang digendong itu diusap lembut oleh suaminya itu. Senyum sampai ketelinga. Tak dapat huraikan kebahagiaan yang sedang mereka alami sekarang. Bayi itu dicium lembut oleh sang suami. Isterinya hanya senyum dan tenung wajah suaminya itu dengan penuh kasih sayang. Lalu, mulutnya suaminya itu mendarat ke atas pipi isterinya itu.

.

"Pablo.."

tergagap isterinya nak panggil nama suaminya itu. Luis yang sudah mencecah umur lapan tahun itu pun juga toleh kearah wajah ibunya. Suaminya yang sedang membaca surat khabar toleh kearah isterinya itu.

"Qué es?"

tanya suaminya. Kenapa tiba-tiba panggil?

"Yo.. me estoy convirtiendo al Islam.."

kopi yang dihirup itu terus tersembur. Luis hanya pandang ibunya dan ayahnya dengan wajah kosong dan dingin. Berita yang ibunya bakal bertukar agama sangat menaikkan kemarahan ayahnya.

"VALENTINO MANUEL, PÁRALE!!"

marah suaminya itu. Isterinya tersentak mendengar suaminya memanggil nama bukan Islam nya itu. Surat khabar ditangannya dihempas keatas meja.

"Me estoy... divorciando de ti si no quieres convertirte también..."

kata isterinya gagap. Dia akan minta cerai keatas suaminya jika dia tidak mahu menjadi Islam bersamanya.

moonlight: my loveWhere stories live. Discover now