Kami tandatangan satu kontrak, selepas ayahnya sudah insaf, kami berdua akan bercerai. Yalah kan, dia fikir yang aku dan dia tidak boleh paksa diri untuk kahwin dengan orang yang kita tak cintai. Lagipun, aku tak layak jadi isteri kepada orang yang macam Mikael. He way beyonds me. Aku mengeluh dan mencapai fail dihadapanku dan menyelitkan fail itu di celah-celah buku.
Dia sedang bekerja, dia pun sudah beritahu yang dia akan makan di restoran miliknya selepas aku tanya dia nak makan apa. Cis, kalau tak layan masakan aku cakap je lah. Walaubagaimanapun, aku akan keluar dengan Mia tengahari nanti. Izin suami, approved! Nasib baik tak dapat suami yang possessive.
.
'Ish, mana Airis ni? Takkan lah suami dia tak bagi kut? Aku dah tunggu lama dah ni!'
isi hati Mia selepas sudah tunggu Airis selama 20 minit. Tapi difikirkannya lagi, tak salah kan order dulu? Dia pun berdiri untuk bergerak ke kaunter untuk order sesuatu. Sewaktu berjalan, tiba-tiba terlanggar orang. Ish tak reti nak jalan elok-elok ke? Bengkok bawah nak ambil dompet yang dah jatuh. Tengok wajah orang yang terlanggar tu, wajah yang sangat dikenali. Tak tahu nak reaksi macam mana tapi rasa marah, marah aje lah!
"You again??! Eyh, tolong pergi buat rawatan mata boleh tak?? Selalu langgar orang,"
satu jelingan diberikan. Tangan disilangkan. Lelaki itu pula hanya lihat gelagat Mia dengan penuh riak wajah penyindir. Keningnya diangkat sebelah.
"Do I know you?"
"Well, I do! If I'm not mistaken, you're Qhal, right!?"
lelaki itu loading seketika, memikirkan apa yang dia maksudkan dengan itu. Setelah beberapa saat, baru dia ingat.
"Now I remember you, refusing to exit, oh yeah?"
membuak-buak kemarahan Mia. Dia suka-suka aje halau orang, orang ni tak nak keluar sebab nak supot sahabat karib yang tersayang. Kita nak jemput sahabat yang tercinta ni macam puteri duyung tapi tengok-tengok, bila puteri duyung nak balik, ikan paus tengah tarik dia keluar. Nampaknya puteri duyung tak nak balik, tapi dia kena halau!
"Excuse me?? Kita ni bukan tak nak keluar, okey! Kita hanya nak menyambut sahabat yang tercinta keluar dengan nyaman!"
tergelak lelaki itu dibuatnya. Apa, apa yang lawak? Kita ni sekurang-kurangnya kawan yang baik. Sekarang ni, belum apa-apa, sahabat tiba-tiba dah kahwin. Nasib baik jemput. Kalau tidak, serbu perkahwinan bukan sebab nakkan lelaki, tapi nak seret pengantin perempuan duduk dekat bilik bawah tanah. Tiba-tiba nampak tubuh Airis belakangnya. Terus ditolak lelaki itu ketepi dan peluk sahabat yang tercinta dengan erat.
"Oh my goodness, miss you, best friend!"
gembira sampai boleh menangis. Airis pulak hanya peluk semula dengan senyum yang tawar. Eh mana pernahnya kawan baik nak buat gini. Toleh ketepi, lihat seorang lelaki yang sedang memerhati tingkah laku gelagat Mia.
"Mia, kau kenal ke sape tu?"
bisik Airis. Mia hanya jeling kearah lelaki itu dan bila dia toleh semula kearah Airis wajahnya sambung senyum sambil menggelengkan kepala. Eh kenapa dengan kawan aku ni?
"He's just some insane man, girl, I never saw him before, probably."
lawak Mia. Airis hanya angkat kening sebelah. Apahal dengan dia ni? Tapi sudah tidak tahan! Aku kena pergi jugak membuang.
"Aku pergi tandas dulu, eh?"
belum sempat Mia cakap apa-apa, terus Airis berlalu menyerbu tandas. Setelah bayang Airis menghilang, Mia sambung pusing kepala kearah lelaki itu dengan jelingan.
"Wow, I thought we've once met before?"
sindir lelaki itu. Mia jeling lagi dan berjalan kearah kaunter semula.

YOU ARE READING
moonlight: my love
عاطفيةAdam Mikael susah untuk mencintai disebabkan oleh masa lalunya. Dia cuba untuk mencintai tetapi gagal dalam setiap cara. Sehingga dia menjumpai Airis Diana. In a long rainy day, with a foggy weather. In a city, waiting for a bus. "Why is she do...