"Pa, I need the black card now! Urgent, pa!" gesa seorang gadis berambut separuh perang setelah menerjah masuk ke ruangan pejabat milik Dato' Arman.
Siapa sahaja di syarikat itu tidak kenal dengan sosok gadis tinggi yang berkulit putih itu.
Dia Laura Amanda. Satu-satunya puteri pemilik syarikat tersebut. Disebabkan itulah, gadis itu kelihatan agak sombong apabila berhadapan dengan staf-staf bawahan yang bekerja di syarikat milik bapanya.
"I dah warning you banyak kali kan, Laura Amanda?" ujar Dato' Arman sedikit keras namun dikawal suaranya. Sudah tidak tahan dengan perangai anak tunggalnya yang suka menerjah masuk tanpa kebenaran. Dia cukup pantang dengan manusia yang tidak mempunyai etika dan adab terutamanya anaknya sendiri.
"Yelah, sorry papaku sayang. Nak black card boleh tak?" soal Amanda sambil dikerdipkan matanya berkali-kali. Fikir comel lah tu?
"Tak boleh! I decided untuk tak manjakan you dah! Nak apa-apa usaha sendiri," ujar Dato' Arman tegas sambil matanya memandang dokumen-dokumen di hadapannya.
"So sudden pa?" soal Amanda tidak percaya.
"Tak boleh ke sekali ni je lagi?" soal Amanda lagi cuba memujuk Dato' Arman.
"No means no! Kalau Manda nak juga, Manda must complete a mission. When you berjaya, the black card will be yours," tawar Dato' Arman. Bersinar-sinar mata anak daranya apabila mendengar tawaran tersebut.
"Apa dia, papa?" soal Amanda teruja seperti kanak-kanak yang ditawarkan aiskrim pelbagai perisa.
"Papa cabar Manda tundukkan Xavier sampai dia tinggalkan semua bad habits dia," ujar Dato' Arman tanpa amaran.
"What?! Mission jenis apa ni papa? Siapa pulak budak Xavier ni? Bad habits apa?" bertalu-talu soalan yang diajukan oleh gadis itu. Sungguh dia tidak mengerti apa niat bapanya yang sebenarnya.
"Sabar dulu. Satu-satu," ujar Dato' Arman cuba menenangkan puteri tunggalnya itu.
"Xavier is a son of Mr. Adam, kawan papa. Mr. Adam selalu mengadu yang anak lelaki dia hampir setiap malam clubbing dan bawa balik entah siapa-siapa punya anak perempuan. So, papa cadangkan Manda take this role untuk sedarkan Xavier yang semua dia buat tu tak betul. Sampai sini faham?" terang Dato' Arman satu persatu dengan berhati-hati.
"Okay, faham. Tapi itu masalah dia kan? Apa kaitan dengan Manda?" tanya Amanda kurang berpuas hati. Kenapa dia pula yang kena sedarkan budak yang tidak sedar diri itu?
"Because papa yakin yang Manda mampu and you need the black card, right? I think it's a win-win situation," pujuk Dato' Arman lagi.
Sebenarnya dia sudah berjanji dengan Mr. Adam untuk memujuk anak gadisnya supaya mendekati Xavier disebabkan dia berhutang budi dengan sahabatnya itu. Jika tidak, mana mungkin dia akan menggunakan anaknya sendiri untuk kepentingan orang lain.
Amanda diam sejenak. Masih berkira-kira untuk menerima tawaran bapanya itu.
"No problem, papa. Ni Laura Amanda lah! Apa je yang Manda tak mampu buat?" ujar Amanda tiba-tiba. Entah daripada mana semangat itu muncul. Mungkin di matanya sudah terbayang-bayang black card yang sudah menjadi miliknya.
Demi sekeping black card! Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja walaupun kelihatan mustahil baginya. Belum cuba, belum tahu. Sudah cuba, baru menyesal. Eh?!
"That's my girl! Ni ada information sikit about Xavier. Kut-kut anak papa nak study sikit mana lah tahu kan," ujar Dato' Arman seraya menghulurkan beberapa helai kertas berukuran A4 kepada Amanda. Mungkin anak gadisnya itu memerlukan informasi tersebut.
"Okay, thank you papa! You're the best!" ucap Amanda lalu melangkah keluar daripada ruangan pejabat milik Dato' Arman dengan perasaan yang berbaur. Betulkah apa yang dia lakukan ini?
Hello guys! Hope all of you enjoy the first part!
Don't forget to vote 😜P/s: About the black card, I'm sorry if I'm wrong. Buat-buat tak nampak je lah ye 😂
YOU ARE READING
MRS AYDEN
Romance(ON GOING) Laura Amanda, seorang gadis yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi sekeping black card. Mata duitan bukan? Itulah dirinya yang sebenarnya. Untuk mendapatkan kad tersebut, dia perlu menurut satu permintaan bapanya yang hampir tidak mas...