B A B 3

111 3 1
                                    

"Who are you looking for?" tegur satu suara dari arah belakangnya. Siapa ni mak? Aaa, takod!

Perlahan-lahan gadis itu memusingkan tubuhnya untuk melihat gerangan yang menegurnya. Lega hatinya apabila melihat lelaki itu.

Pengawal keselamatan rupanya!
Nasib baik bukan budak clubbing itu! Hampir gugur jantungnya jika tertangkap mengintip.

"Err, I cari my friends," tipu Amanda. Terpaksa lah dia menipu untuk melindungi dirinya sendiri.

Pengawal keselamatan itu pun berlalu meninggalkan Amanda dengan pandangan yang curiga. Masakan tidak, dari tadi dia memerhati gelagat gadis itu berjalan sembunyi-sembunyi persis seorang perompak.

Amanda melepaskan keluhan geramnya sambil mengacip gigi. Hilang pula budak tu! Hampir sahaja rancangannya berjalan dengan lancar. Jika lelaki itu tidak hilang dari pandangannya, sudah tentu dia sudah masuk ke jerat indah buatan Amanda. Sayang sekali!

Gadis itu pulang dengan perasaan sebal dan hampa. Tidak mengapa tidak berjaya pada hari ini. Esok dia cuba lagi! Semangat, Laura Amanda!

*  *  *  *  *  *

Seperti malam-malam sebelumnya, gadis itu bersiap-siap untuk menjalankan misinya. Kali ini pakaiannya agak berbeza daripada kebiasaanya.

'Gadis Kelab Malam', itulah gelaran yang paling sesuai dengan pemakaiannya kali ini. Sehelai gaun ketat tanpa lengan berwarna hitam, ditambah pula dengan olesan gincu berwarna merah terang. Sangat menggoda!

Kali ini dia tidak akan mengekori lelaki itu bersama-sama wanita lain seperti semalam. Malam ini, dia sendiri yang akan menjadi wanita yang akan berjalan beriringan dengan lelaki itu ke hotel.

Namun, tujuannya bukan untuk menjadi pemuas nafsu serakah lelaki itu. Tujuan sebenarnya adalah untuk memerangkap lelaki itu sahaja.

Sesampainya Amanda di kelab malam itu, dia berjalan selangkah demi selangkah dengan penuh keyakinan seperti berjalan di atas karpet merah sambil memperagakan pakaiannya.

Tiba-tiba matanya tertancap pada sepasang mata seorang lelaki yang memandangnya dengan penuh minat.

Ya, dia adalah Xavier! Anak mata kelabu kebiru-biruan itu tidak henti-henti melirik bentuk tubuh Amanda yang menggoda.

Seperti magnet, lelaki itu menghampiri Amanda lalu menyua segelas arak jenis wine kepadanya. Warna merah gelap yang cukup menggiurkan tetapi Amanda masih waras. Dia tidak akan menyentuh air haram itu walaupun sudah jelas-jelas dia berada di tempat haram. Tidak pasal-pasal semakin berganda pula dosanya.

Amanda menolak lembut gelas yang disuakan kepadanya seraya mengangkat jari telunjuknya lalu digerakkan ke kiri dan kanan tanda tidak mahu tetapi dengan gaya yang penuh menggoda. Siapa sahaja yang tidak tergoda? Sudahlah cantik, seksi pula!

Namun tidak bagi seorang Xavier. Dia tidak tergoda malah tercabar dengan penolakan gadis itu. Tidak ada perempuan yang berani menolak pelawaannya. Kecuali gadis itu.

Gadis itu kemudiannya berpaling lalu meninggalkan figura maskulin tersebut sendirian. Dia harus bersikap jual mahal kerana itulah kunci utama untuk menarik minat lelaki.

Sofa yang tersedia di penjuru dinding itu dituju lalu dihempaskan punggungnya perlahan sambil memerhati gelagat lautan manusia yang sedang asyik dengan dunia mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu, seorang wanita lebih kurang sebayanya menghampiri Amanda dengan segelas minuman. Dia menghulurkan minuman tersebut kepada Amanda.

Amanda memandang gelas dan wanita itu silih berganti.

"Don't worry, it is non-alcoholic," ujar wanita itu lalu menghadiahkan senyuman tipis kepada Amanda.

Dengan berat hati, Amanda menyambut huluran minuman tersebut tanda menghargai pemberian wanita itu.

Dia berkira-kira ingin meminum minuman itu namun wanita di hadapannya itu tidak henti-henti melihatnya. Memaksa betul!

Tiada pilihan lain, Amanda meneguk minuman itu sehingga separuh gelas. Boleh sahaja dia menolak tetapi dia tidak sampai hati. Lagi pula, wanita itu kelihatan ikhlas menawarkan minuman itu.

Setelah memastikan Amanda minum minuman itu, wanita itu memberi senyuman  yang cukup manis lalu membiarkan Amanda melayan perasaan sendiri. Kerjanya sudah beres!

See you in the next part!
Thank you for reading!

(⁠◕⁠દ⁠◕⁠)

MRS AYDENWhere stories live. Discover now