B A B 7

109 2 1
                                    

Gadis itu mundar-mandir di dalam kamarnya. Sepatutnya suaminya sudah pulang pada jam sebegini.

"Wait, why I tunggu dia? Dah sah-sah budak tu pergi clubbing. Waste my time!" bebel Amanda seraya keluar daripada kamarnya untuk ke dapur. Haus pula asyik berjalan saja dari tadi.

"Belum tidur Manda?" soal satu suara dari belakang. Nasib baik dia tidak tersedak air sejuk yang sedang diminum olehnya itu.

"Not yet. Papa kenapa belum tidur?" soalnya pula. Pelik kenapa bapanya itu belum tidur. Selalunya lelaki tua itu sudah jauh ke alam mimpi pada waktu begini.

"Baru habis meeting," jawab Dato' Arman pendek seraya mengambil gelas untuk minum air putih.

"Xavier belum balik?" soal Dato' Arman tiba-tiba. Langkah Amanda terjeda. Baru sahaja dia mahu melangkah masuk ke kamarnya semula untuk mengelak daripada soalan itu.

"Belum," jawab Amanda jujur. Dia tidak perlu menipu kerana bapanya sudah tahu perangai sebenar lelaki itu.

"Do not forget your mission, Mrs Xavier," ujar Dato' Arman sebagai peringatan. Nampak seperti anaknya itu sudah lupa akan perjanjian mereka disebabkan kejadian tangkap khalwat tempoh hari.

Gadis itu hanya membalas dengan senyuman yang menampakkan sebaris gigi yang tersusun rapi. Dia tahu apa yang patut dilakukan olehnya.

"I naik dulu, good night papa!" ucap Amanda lalu menghadiahkan satu kucupan pantas di pipi Dato' Arman.

Lelaki tua itu pula hanya menggeleng melihat kelakuan anak perempuannya yang tidak ubah seperti kanak-kanak. Harap suaminya mampu bertahan dengan sikap bersahaja dan 'random' puterinya itu.

*  *  *  *  *  *

Bunyi pintu kamar dibuka dari luar itu mengejutkan Amanda yang hampir dibuai mimpi. Jam digital yang terletak di atas meja bersebelahan katilnya dipandang sekejap. Sudah jam 2 pagi!

Amanda terpaksa bangun untuk membantu suaminya yang berjalan terhuyung-hayang. Bau arak memenuhi ruang kamarnya. Ini minum arak atau berenang dalam arak?

Sebelum sempat Amanda mendapatkan lelaki itu untuk menyokong tubuhnya yang seperti orang hilang arah, terlebih dahulu suaminya itu jatuh ke dalam dakapannya.

Tidak semena-mena mereka jatuh ke atas katil dengan keadaan Xavier berada di atas Amanda.

"You're so gorgeous, love," ujar Xavier sambil mengelus rambut Amanda. Posisinya masih kekal berada di atas Amanda.

Wajah Amanda bertukar kemerah-merahan. Malu bercampur dengan bau alkohol yang kuat memeningkan kepalanya.

Amanda menolak keras dada suaminya sehingga menyebabkan lelaki itu jatuh tergolek di sisinya.

Stokin yang masih kemas di kaki lelaki itu dibuang lalu diletakkan di dalam bakul pakaian kotor. Walaupun berkahwin secara tidak rela, dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Tali leher lelaki itu pula dilonggarkan untuk memberikan keselesaan kepadanya. Walaupun dia tidak suka sementelah mencintai lelaki itu, dia tidak tega melihat lelaki itu tidur dalam keadaan yang tidak selesa.

Belum sempat Amanda merebahkan tubuhnya, pinggangnya ditarik kuat oleh Xavier namun Amanda sempat menahan tubuhnya daripada terdorong ke dada bidang lelaki itu.

Tapak tangannya berada tepat di dada Xavier. Cepat-cepat dia mengalihkan tangannya lalu merebahkan tubuhnya membelakangi suaminya sebelum lebih banyak adegan yang tidak diingininya berlaku.

Seperti biasa, baru sahaja gadis itu terlelap sebentar, ada tangan melingkari pinggangnya. Pinggangnya ditarik sehingga tubuh mereka bersentuhan.

Menyedari tabiat Xavier yang satu itu, Amanda hanya membiarkan tubuhnya dipeluk erat bagai tiada hari esok. Ikut kau lah Xavier!

MRS AYDENWhere stories live. Discover now