B A B 9

21 1 0
                                    

Hari ini sudah masuk tiga hari suaminya tidak pulang ke rumah sementara mereka. Kali terakhir mereka bertemu adalah pada pagi Isnin lalu dan sehingga saat ini, kelibat suaminya itu masih belum kelihatan.

Apakah alasan lelaki itu menghilang dan tidak mahu pulang? Adakah kerana dia mengusir wanita yang dia bawa pulang pada malam itu? Tetapi dia berhak untuk berbuat demikian.

Amanda berfikir sejenak. Perlukah dia bertanya kepada bapa mertuanya soal anak lelakinya yang tidak berada di pangkuan isteri itu?

Telefonnya dicapai lalu mesej ditaip.

'Hi, daddy! Can we have lunch together?' soalnya memulakan perbualan. Risau mengganggu pula jika ditanya terus apa yang terbuku di fikirannya.

'Sure!' balas Mr. Adam beberapa saat setelah menerima pesanan daripada menantunya.
Terkejut juga dia apabila menerima ajakan daripada gadis itu.

Bapa mertuanya itu menerimanya tanpa berfikir panjang kerana dia teruja untuk makan bersama-sama dengan menantunya buat kali pertama. Kebetulan pula, dia tidak sibuk pada hari ini.

* * * * * *

Sesampainya Amanda di restoran yang dijanjikan, dia melihat seorang lelaki yang segak berbaju formal melambai-lambai ke arahnya sambil tersenyum teruja. Comelnya daddy!

Tanpa membuang masa, gadis itu terus mendapatkan bapa mertuanya yang sedang duduk berseorangan di salah satu meja di dalam restoran tersebut.

"Hi, daddy! How are you?" soal Amanda setelah bersalam dengan Mr. Adam sebagai tanda hormat kepada lelaki yang bergelar bapa mertuanya itu.

"I'm good. Daddy rasa daddy tahu kenapa you ajak daddy lunch together. It's about Xavier, right?" teka Mr. Adam. Dia sudah dapat menghidu sebab utama menantunya itu mengajaknya makan tengah hari bersama-sama.

Amanda membalas pertanyaan lelaki itu dengan anggukan kecil sambil tersenyum kekok. Sejujurnya, dia berasa segan untuk melibatkan lelaki itu dalam hal rumah tangganya. Namun dia terpaksa. Hanya lelaki tua itu sahaja yang mampu menolongnya.

"It's been three days Ayden tak balik rumah langsung. Dia marah Manda ke? Sebab malam tu, Manda halau perempuan yang dia bawa balik rumah," terang Amanda. Setiap ayat yang terkeluar daripada mulutnya disusun sebaik mungkin supaya lelaki di hadapannya itu tidak salah faham.

"Kesiannya menantu daddy. You did a very great job, Amanda!" puji Mr. Adam ikhlas.

"I think you kena buat sesuatu. How about you bawa Xavier jauh dari tempat yang dia selalu pergi?" cadang Mr. Adam seraya menyisip minuman yang sedari tadi berada di hadapannya.

Amanda cuba menghadam apa yang dikatakan oleh bapa mertuanya itu. Ada betulnya juga cadangan tersebut. Namun, ke manakah dia harus membawa suaminya pergi? Dan, bersetujukah lelaki itu untuk mengikutinya?

"Daddy rasa papa Manda once told me yang rumah Tok Wan Manda dekat Kelantan kan? Manda bawa je dia bercuti dekat sana," cadang Mr. Adam lagi. Bergeliga betul otaknya.

"Kalau Ayden tak nak macam mana daddy?" tanya Amanda khawatir. Dia tidak mampu untuk memaksa suaminya mengikutinya. Bukannya dia tidak kenal Ayden Xavier. Semua mahu betul dia saja!

"Don't worry about him, I can handle him," ujar Mr. Adam yakin. Dia tahu bagaimana caranya untuk memaksa anak lelaki sulungnya itu. Hal kecil sahaja!

Setelah selesai semuanya, Amanda meminta diri untuk pulang terlebih dahulu. Tiba-tiba dia berasa tidak sedap badan. Mungkin kerana terlalu banyak berfikir.

Belum sempat Amanda membuka pintu keretanya, dia jatuh pengsan betul-betul di celah antara keretanya dan kereta yang entah milik siapa.

Seorang lelaki yang ke kebetulan lalu di situ cepat-cepat mendapatkan gadis itu apabila ternampak gadis tersebut jatuh terkulai di atas lantai.

"Miss, are you okay?" soal lelaki itu sambil menggoncang tubuh Amanda. Tiada respons.

Tanpa membuang masa, lelaki itu terus membawanya ke hospital yang berhampiran untuk memberikan rawatan kepada gadis itu.

Hi, I'm back!!
Ada yang rindu kita tak 😞
Ejaslah vote sikit sebagai hadiah saya muncul balik ni hehe

MRS AYDENWhere stories live. Discover now