B A B 10

24 1 2
                                    

"Hey, how are you?" soal seorang lelaki yang segak berbaju kemeja berwarna coklat cair. Sesiapa sahaja yang memandangnya pasti akan terpukau dengan kemanisan wajahnya.

"I'm good," jawab Xavier ringkas. Matanya masih tertumpu pada dokumen-dokumen di hadapannya. Malas melayan lalat yang selalu mengganggunya itu.

Fahrin Adib, sahabat baik merangkap sepupu kepada Xavier. Mereka telah berkawan baik sejak kecil dan terpisah seketika gara-gara ibu Xavier membawanya menetap di Perancis ketika mereka masih berumur 13 tahun.

Namun, perpisahan itu bukanlah penghalang untuk mereka memutuskan persahabatan mereka. Buktinya, mereka masih kekal berkawan walaupun sudah lama tidak bertentang mata.

Kebisuan Fahrin mengganggu Xavier yang sedang fokus dengan kerjanya. Bising salah, diam pun salah!

Jelas kelihatan sahabatnya itu sedang tersenyum bahagia. Mungkin lelaki itu sudah menemui gerangan yang berjaya memikat hatinya. Sudah angau teruk gayanya!

"What's the tea, sir?" soal Xavier tanpa berbasa-basi. Dia sudah tahu bahawa ada cerita yang ingin disampaikan oleh lelaki di hadapannya itu. Tengok riak muka pun sudah tahu!

"I met a super attractive girl!" ujar Fahrin sebagai mukadimah. Rasa terujanya tidak dapat disembunyikan lagi.

Xavier setia menadah telinga menunggu lelaki itu menyambung ceritanya sambil matanya tertumpu kepada skrin komputer. Entah apa yang dilihatnya.

"She passed out and I helped her. Now she's in the hospital. Jap lagi aku nak lawat dia. Nak ikut?" soal Fahrin sambil mengangkat sebelah keningnya kepada Xavier.

"Busy," jawab Xavier pendek seraya meneruskan kerjanya yang tergendala itu. Melayan Fahrin Adib itu memang sampai ke malam pun tidak berkesudahan.

"I have a photo of her. Comel nak mampus!" ujar Fahrin lagi sambil mengeluarkan telefon pintarnya daripada kocek seluar.

Telefon pintar yang memaparkan gambar seorang wanita yang sedang tidur di atas katil hospital dihulurkan kepada sahabatnya.

Dengan malas Xavier menyambut telefon tersebut. Dia memandang gambar yang ditunjukkan itu sekejap. Macam kenal?!

"Oh, shit! Where is she now?" soal Xavier sambil tergesa-gesa mencapai kunci kenderaannya yang terletak elok di sebelahnya.

"Hospital Rose," jawab Fahrin tanpa berfikir panjang. Melihat lelaki itu gelabah membuatkan dia juga turut menggelabah. Apa yang terjadi sebenarnya?

Fahrin mengejar pantas langkah sepupunya itu walaupun masih dalam kebingungan.

* * * * * *

Sesampainya di bilik yang menempatkan wanita itu, Xavier terus meluru ke arah katil lalu memeluk erat jasad wanita yang bergelar isterinya itu.

Kaku sebentar tubuh wanita itu kerana terkejut. Dia sudah dibenarkan pulang pada petang ini disebabkan keadaannya yang tidak teruk. Hanya mengalami tekanan darah rendah sahaja.

Fahrin yang berada di muka pintu turut terkaku menyaksikan sepupunya memeluk wanita idamannya namun dia berundur dan mengambil keputusan untuk tunggu di luar sahaja.

"What happened to you, Laura?" soal Xavier sambil menilik wajah isterinya yang pucat lesi itu. Kasihan pula! Sudahlah dia tidak pulang ke rumah mereka, isterinya jatuh sakit pun dia tidak tahu.

"Hypotension," jawab Amanda lemah. Dia masih memerlukan rehat yang secukupnya. Namun, kehadiran suaminya yang menghilang sejak tiga hari lalu mengurangkan kelelahannya. Sekurang-kurangnya dia tahu yang lelaki itu masih hidup.

Melihat keadaan wanita itu yang masih lemah, Xavier mengambil keputusan untuk memberi ruang kepada isterinya itu berehat sebentar sebelum mereka pulang ke rumah.

"Don't go," ujar Amanda sambil memegang lengan kekar milik Xavier. Dia tidak sanggup ditinggalkan sendirian lagi di saat tubuhnya masih lemah.

Xavier yang baru sahaja mahu keluar memberhentikan langkahnya lalu menurut kemahuan isterinya. Mungkin dengan cara ini dia dapat menebus kesalahannya.

Ada yang ambil berat nih hihihi
Jangan lupa divote ya guyssss
Muahhhh 💋

MRS AYDENWhere stories live. Discover now