B A B 4

113 3 1
                                    

Suasana di dalam ruangan itu terasa semakin bingit di telinganya. Dia tercari-cari susuk tubuh lelaki itu dalam lautan manusia yang semakin membanjiri kelab malam tersebut.

Setelah hampir semua penjuru diperhatikannya, akhirnya figura itu ditemuinya. Namun, ada sesuatu yang janggal. Lelaki itu bersendirian. Selalunya ada sahaja wanita yang menemaninya.

Beberapa detik kemudian, gadis itu mengalami sakit kepala yang teruk. Berpinar-pinar matanya. Tidak pernah seumur hidupnya mengalami sakit yang teruk begini.

Dia memegang kepalanya yang pusing itu sambil mencuba untuk bangun dari tempat duduknya. Nampaknya, dia perlu membatalkan dahulu rancangannya pada malam ini. Dia perlu pulang ke rumah terlebih dahulu.

Amanda menahan sebuah kereta yang kebetulan melalui kawasan itu. Nampak seperti sebuah grab. Grab yang kelihatan cukup mahal.

Keretanya dibiarkan tersidai di tempat parking. Nak memandu sendiri? Jangan haraplah! Berjalan pun sudah macam orang tak betul.

Tanpa bertanya, dia terus membuka pintu belakang kenderaan itu dan membolosi tubuhnya ke dalam setelah kereta tersebut berhenti betul-betul di hadapannya.

"Send me to Taman Angkasa, please?" pinta Amanda sebelum dia terlelap. Sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

Tanpa disedari, ada segaris senyuman sinis yang terukir. Gadis itu akhirnya jatuh ke dalam genggamannya. Begitu mudahnya dia jatuh ke perangkap lelaki itu.

*  *  *  *  *  *

Sinar terang yang menyilaukan mata itu sangat mengganggu tidurnya. Tambahan pula ada suara-suara yang sedang bercakap didengar dari kejauhan. Suara siapa? Setahunya, dia tinggal sendiri di rumah ini.

"Tak boleh, encik. Kami kena periksa sebab kami terima aduan," ulang salah seorang pemuda yang berdiri di hadapan pintu.

Mendengar perbualan yang semakin tegang itu, Amanda dengan terpaksanya bangun untuk melihat siapa yang membuat kecoh pada waktu malam begini.

"Astaghfirullah! Kamu berdua ni dah kahwin ke?" soal pemuda tersebut penuh kaget. Mana tidaknya, seorang hanya berseluar panjang tanpa baju, seorang lagi memakai pakaian yang terlalu terdedah.

Gadis itu terkesima. Siapa mereka? Bagaimana lelaki itu boleh berada di dalam rumahnya? Tanpa baju pula tu!

"No, no! Xavier please explain to them what has happened!" bentak Amanda keras. Dia sendiri pun keliru tentang apa yang telah terjadi. Dia tidak ingat apa-apa!

"Look, I just wanna send her home but she threw up on my shirt!" terang Xavier dengan nada yang sedikit tinggi. Pedih hatinya apabila mengingatkan kejadian yang berlaku. Boleh pula wanita itu muntah atas bajunya yang mahal itu! Fikir tak sakit hati ke?

"Itu tak boleh dijadikan alasan untuk kamu tinggal berdua-duaan di tempat tertutup begini," ujar pemuda berkopiah itu.

"Beginilah, kamu berdua ikut kami ke pejabat agama. Kita selesaikan di sana. Pakai pakaian yang elok-elok," arah pemuda tadi lalu melangkah pergi ke kenderaan mereka untuk menunggu pasangan itu bersiap.

"Tak pasal-pasal kena tangkap khalwat," bebel Amanda sendiri sambil berjalan menuju ke biliknya semula untuk mengambil pakaian yang elok.

Baju kemeja milik bapanya diberikan kepada lelaki itu. Terbit rasa bersalah apabila mengetahui yang dia telah mengotorkan pakaian lelaki itu. Bukan sengaja pun kan?

Gadis yang elok memakai cardigan labuh serta selendang yang dililit ala kadar sahaja itu ditenung sekejap sambil membutang baju kemeja yang diberikan. Apalah kesalahannya kali ini. Lain yang dirancang, lain pula jadinya.

Kedua-duanya hanya akur menaiki kenderaan milik majlis agama itu. Mahu melawan namun apakan daya. Salah tetap salah!

Kena tangkap basah,
typical cerita melayu haha
Apapun, jangan lupa
vote tau 💋

MRS AYDENWhere stories live. Discover now