"Don't bother getting close, I terajang karang!" ugut seorang gadis apabila dia merasa ada tangan melingkari perutnya. Orang tengah mengantuk, boleh pula dia ambil kesempatan!
Tangan siapa lagi? Sudah tentu tangan suami segeranya! Suami yang baru sahaja diakad di pejabat agama tadi.
Yang paling tidak boleh dilupakan adalah reaksi kedua orang tua Amanda. Dato' Arman sempat mencubit lengan Amanda sebelum gadis itu diakadkan. Isterinya, Datin Lidya sudah terduduk di belakang anak daranya itu.
Nasib baiklah kedua-dua ibu bapanya dapat menerima berita ini dengan hati ikhlas. Kedua-duanya berfikiran terbuka. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.
Mr. Adam pula kelihatan gembira. Bukan kerana anak lelakinya ditangkap khalwat tetapi kerana anak lelakinya itu akan berkahwin. Tidak risaulah dia selepas ini apabila ada wanita yang akan menjaga anaknya itu.
Mereka bernikah ala kadar sahaja. Hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu. Perkahwinan mereka harus disembunyikan dahulu disebabkan kedua-dua keluarga mempunyai pengaruh besar.
Semuanya terjadi tidak terduga dan terlalu pantas. Siapa sangka gadis yang cuba memerangkap seseorang akhirnya diri sendiri yang terperangkap.
Dush!
"Haa kan dah cakap! Dekatlah lagi," ujar Amanda dengan suara yang bergetar. Geram sangat!
Suaminya sudah pun selamat mendarat di bawah. Sudah diingati, namun tangannya masih gatal memeluk pinggang Amanda. Mungkin sudah terbiasa melakukannya dengan wanita-wanita lain.
"Jangan berlagaklah perempuan! Aku kalau nak, dah lama aku rogol kau," ujar Xavier dendam. Fikir tidak sakitkah dia jatuh begitu?!
"Ha, try ah kalau berani! I jerit kuat-kuat sampai mama and papa dengar!" ugut Amanda setelah diprovok suaminya itu. Dia tahu, lelaki itu tidak akan berani.
"Really?" soal Xavier lalu melompat ke atas tubuh isterinya. Kedua-dua tangan Amanda dikunci di pergelangan tangan.
Terkejut wanita itu sehingga tidak mampu melakukan apa-apa. Itulah kau, siapa suruh cabar? Kan dan mendapat!
"Shout if you dare! Aku gigit mulut kau nanti!" ugut Xavier sambil menahan ketawa. Sungguh dia geli hati melihat wajah takut isterinya itu. Tahu takut!
Perlahan-lahan dilepaskan genggaman pada pergelangan tangan Amanda apabila melihat wanita itu sedang ketakutan.
Tempatnya tadi diduduki semula lalu dibetulkan bantal yang telah jauh daripada tempat asalnya. Bantal itu ditepuk-tepuk sedikit seraya kepalanya dilentokkan di atas bantal tersebut.
Seperti kebiasaanya, dia akan memeluk wanita di sebelahnya. Tidak kiralah siapa wanita itu. Tetapi wanita yang ini berbeza sedikit.
Selalunya wanita-wanita lain akan tidur menghadapnya namun tidak bagi seorang Amanda. Dia berani membelakangkan suaminya itu. Tak baik, berdosa tau, Laura Amanda!
Tangan yang melingkari pinggangnya dari belakang itu hanya dibiarkan. Sudah penat dia hendak memberontak. Hari ini sehari suntuk dia tidak dapat tidur disebabkan kejadian-kejadian yang tidak terduga.
Kali ini biarlah dia tidur dengan tenang. Lagi pula, pelukan lelaki itu memberi sedikit kehangatan kepadanya. Dia suka!
Dia mendekatkan sedikit bahagian belakang tubuhnya dengan tubuh suaminya sehingga berlaga. Nyamannya! Beginikah rasanya apabila sudah berkahwin? Yang single jangan iri.
Tubuh Xavier bergerak-gerak sedikit akibat gerakan isterinya itu namun semakin erat pula dia memeluk Amanda. Jujur diakui, dia lebih suka berada di posisi begini. Rasa selesa!
Huwaa terkahwin pulakkk!
Stay tuned tau gais (♡ω♡ )
YOU ARE READING
MRS AYDEN
Romance(ON GOING) Laura Amanda, seorang gadis yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi sekeping black card. Mata duitan bukan? Itulah dirinya yang sebenarnya. Untuk mendapatkan kad tersebut, dia perlu menurut satu permintaan bapanya yang hampir tidak mas...