B A B 1 2

19 1 0
                                    

"Finally, we're here!" ujar seorang gadis teruja setelah hampir sembilan jam perjalanan.

Naik bosan juga apabila asyik dia sahaja yang memulakan perbualan. Mahu harapkan lelaki di sebelahnya itu, memang sampai ke sudah dia tidak bersuara.

Rumah tokwannya diperhati sebentar. Tidak banyak yang berubah walaupun sudah hampir setahun dia tidak menjejakkan kaki ke rumah datuk kesayangannya. Kali terakhir dia berada di sini adalah pada syawal tahun lepas. Itupun hanya sekejap.

Kali ini dia dan suaminya akan meluangkan masa dengan pasangan tua itu selama seminggu. Kurang lah kesunyian mereka walaupun hanya sebentar.

"Opah! I miss you!" jerit Amanda sambil berlari anak lalu memeluk Opahnya yang kebetulan baru keluar daripada rumahnya. Pipi wanita tua itu dicium bertalu-talu. Sungguh dia rindukan sosok itu lagi-lagi masakannya yang tiada tandingan.

"Eh budok bertuah ni! Bakpo tok royak nok mari?" soal Opah masih terkejut dalam loghat Kelantan pekatnya.

"Saja nak surprisekan Opah. Terkejut dok?" jawab Amanda dengan loghat yang bercampur. Dia tidak berapa fasih bertutur dalam loghat negeri itu.

"Kejut lah!" ujar Opah lalu menampar perlahan punggung gadis itu. Memang itu tabiatnya dengan cucunya yang satu ini.

"Sapo tu?" soal Opah setelah melihat sosok lelaki yang boleh tahan kacak itu. Persis anak Mat Salleh! Anak siapa pula yang cucu dia bawa itu?

"Suami Manda lah, Opah," bisik Amanda diikuti dengan senyuman kekok. Pernikahannya dengan lelaki itu sebenarnya sudah diketahui oleh Tokwan dan Opahnya sehari selepas mereka berkahwin. Mungkin Opah terlupa. Maklumlah, dia sudah tua.

Tanpa membuang masa, lelaki yang sedari tadi diam memerhati seperti patung cendana itu mendekati Opah lalu menyalami wanita tua itu.

"Semak jetak dio. Namo gapo awe?" soal Opah ingin mengenali suami kepada cucunya itu.

Xavier berkerut seribu. Sesungguhnya dia tidak mengerti sepatah perkataan pun tentang apa disampaikan oleh wanita itu. Matanya terus memandang si isteri yang berdiri di sebelahnya. Keningnya dijungkit sedikit tanda meminta gadis itu menterjemahkan kepadanya.

"She asked your name," ujar Amanda sambil menyembunyikan senyumannya. Geli hati dia melihat wajah lelaki itu yang terpinga-pinga. Susah betul ada suami Mat Salleh celup ni!

"Xavier," jawab Xavier sepatah. Memang itulah dirinya yang sebenar. Tidak suka bercakap. Berbeza sungguh dengan sikap isterinya yang banyak mulut itu.

Opah hanya mengangguk. Dia faham lelaki itu tidak selesa berada di sini.

"Jom masuk dale rumoh. Tokwan ado tengoh tengok tv," pelawa Opah lalu mengheret Amanda untuk masuk ke dalam rumahnya.

"Tolong bawa masuk beg-beg I sekali," laung Amanda kepada suaminya yang telah jauh ditinggalkan di belakang.

Dengan tidak rela, Xavier mengangkat semua barang miliknya dan isterinya itu. Banyak betul barang perempuan itu.

"Oh, Ayana. Bila balik?" soal Amanda sejurus melangkah masuk ke dalam rumah. Wajah gadis yang tidak disukainya itu terpampang di hadapannya.

Dia Ayana Dahlia. Sepupu kepada Amanda. Sebab perempuan inilah, Amanda kehilangan sahabatnya. Terlalu banyak fitnah yang dia tabur menyebabkan hubungan Amanda dan sahabatnya retak seretak-retaknya. Dia benci perempuan ini!

"Dah empat hari," jawab Ayana acuh tak acuh. Dia malas memulakan pertengkaran dengan gadis itu kerana pada penghujungnya, dia yang akan kalah. Sarkastik wanita itu tidak dapat dilawan olehnya.

"Tokwan, sihat?" tanya Amanda tanpa mempedulikan Ayana. Jawapan gadis itu hanya dibiarkan beterbangan di angin.

"Ya Allah, Amanda cucu Tokwan! Bilo sampai?" soal Tokwan setelah gadis itu mencium tangannya.

"Baru je. Manda datang dengan suami Manda," ujar Amanda seraya menunjukkan suaminya yang baru sahaja muncul di pintu depan rumah dengan beberapa beg di tangannya.

Ayana yang mendengar kata-kata sepupunya itu terus melihat gerangan yang berdiri di muka pintu itu. Terbeliak matanya. Ini suami Amanda? Handsome gila nak mati!

Xavier terus menghampiri Tokwan lalu menyalami tangan tua itu setelah meletakkan beg-beg yang dipegangnya itu di tepi dinding.

Mereka berbual-bual rancak namun Xavier hanya diam. Orang ketawa, dia turut ketawa walaupun dia tidak faham apa yang ditertawakan oleh orang sekelilingnya itu.

Sejujurnya dia tidak mahu berada di sini. Jika bukan kerana ugutan daddynya, dia pun tidak ingin datang hanya untuk berasa terpinggir begini. Seseorang, bantulah dia!

harap semua fahamlah
dengan loghat Kelantan tu ya
saya bangga jadi anak Kelantan! (using Dahlia Rizal's intonation)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MRS AYDENWhere stories live. Discover now