B A B 1 1

21 1 1
                                    

"You owe me an explanation, sir," ujar seorang lelaki yang sedari tadi berdiri di luar wad. Sanggup dia menunggu demi sebuah penjelasan. Sungguh dia letih bermain teka-teki dengan dirinya sendiri.

Xavier mengangkat jari telunjuknya dan di letakkan di mulut sebagai isyarat menyuruh lelaki di hadapannya itu senyap kerana risau isterinya akan terjaga. Tidak semena-mena dia perlu masuk ke dalam wad tersebut semula jika wanita itu terjaga.

"Follow me," arah Xavier lalu mendahului jejaka tersebut. Dia perlu mencari tempat yang sesuai untuk menceritakan segalanya kepada sepupunya itu.

Fahrin pula hanya menurut sambil membuntuti langkah lelaki yang menyimpan seribu satu rahsia daripadanya.

"She's my wife," ujar Xavier jujur kepada lelaki yang sedang duduk menghadapnya. Tempat duduk itu sememangnya disediakan khas untuk pelawat yang datang melawat.

"What?! Sejak bila kau kahwin bro?" soal Fahrin tidak percaya. Jika betul, kenapa dia tidak diberitahu sedangkan dia adalah satu-satunya teman rapat lelaki itu?

"Two weeks ago mungkin," jawab Xavier sambalewa. Sebenarnya dia tidak pasti sudah berapa lama dia telah menjadi suami kepada seorang Laura Amanda itu.

"Mungkin? Like, seriously? Apa cerita sampai terkahwin tanpa beritahu aku?" soal Fahrin bengang. Dia kecewa dengan sahabatnya yang satu ini. Benda penting begini pun disorok daripada pengetahuannya.

"I'm sorry Fahrin, I didn't mean to hide this from you. Benda ni berlaku sekelip mata and aku tak sempat nak beritahu kau," jelas Xavier tidak mahu sepupunya itu terus menerus menyalahkannya.

"What happened?" soal Fahrin lagi masih dalam mod inspektor. Dia perlu tahu cerita sebenar yang menyebabkan seorang kaki perempuan seperti Xavier berkahwin dengan rela hati.

"Kena tangkap khalwat," jawab Xavier pasrah. Dia tahu yang lelaki di hadapannya itu terasa dengannya. Siapa sahaja yang tidak terasa hati jika berada di posisi begini. Ada tetapi tidak dianggap.

"You don't love her, right? Why masih simpan dia?" tanya Fahrin. Jika lelaki itu mahu melepaskan wanita itu, dia sanggup mengganti tempat jejaka itu. Siapa saja yang tidak mahu gadis yang cantik dan anggun seperti wanita itu? Fahrin sendiri pun terpukau ketika pertama kali melihat raut wajahnya.

"It's complicated! Daddy threatened me. If I divorce her, all of his assets will never be mine," terang Xavier kepada Fahrin yang masih dahagakan penjelasan.

Fahrin yang tekun mendengar mengangguk beberapa kali tanda faham dengan situasi yang dialami oleh sepupunya itu.

"Thank you for helping my wife," ucap Xavier tiba-tiba setelah diam sejenak. Dapat dia lihat bahawa tiada lagi riak kekecewaan terpamer di wajah lelaki di hadapannya itu.

"No biggie man! Anggap je hadiah kahwin," ujar Fahrin sambil menepuk bahu Xavier. Gayanya seperti bapak-bapak yang sedang menasihati anaknya.

Nampaknya gadis idaman seorang Fahrin Adib sudah berpunya. Peluangnya untuk mendekati gadis itu masih ada namun hanyalah sebesar zarah. Perlu diteliti menggunakan mikroskop.

Tambahan pula, gadis itu telah rasmi menjadi sepupunya merangkap isteri kepada sahabatnya sendiri. Dia tidak mahu digelar sebagai seorang perampas. Sangat tidak bermaruah menurutnya.

It's okay, Fahrin! There are plenty of other fish in the sea. Tak dapat Laura Amanda, dapat bayang-bayang dia pun jadilah!

Sorang tolong ambil Fahrin.
Sian dia single :(

MRS AYDENWhere stories live. Discover now