5

13.1K 51 0
                                    

Aaron baru pulang bersama beberapa beg termahal. Aamon yang baru lepas masak di dapur, terus memanggil adik ketiga nya itu.

"Banyak barang. Beli untuk Tina ?" tanya Aamon hulur secawan coffee kepada Aaron.

"Buat apa aku beli dekat anak kau ? Kau bapak dia,kan ? So jalankan tanggungjawab kau setan" Aaron tolak cawan di tangan Aamon. Sebaik tak tumpah.

"Habis tu ? Kau beli untuk siapa ? Takkan dekat Afiqah, kawan Tina ?" tanya Aamon hirup coffee panas pelan-pelan.

"Mungkin" Aaron pergi ke anak tangga.

"Jangan ada perasaan untuk dia kalau tak nak jadi macam aku, Aaron" pesan Aamon dengan tegas.

"Itu sebab kau tak buat kerja clean, bodoh" Aaron mencarut. Aamon terkejut. Dasar adik kurang ajar.

Segera Aaron naiki anak tangga dengan laju. Terlihat Afiqah sedang bermain bersama dua ekor Doberman dewasa di perpustakaan.

"Ehh" Afiqah terus berdiri. Bola terjatuh dari tangan. Malik gigit bola dan beri kepada Afiqah supaya ambil bola di mulutnya.

"Tak tahu pula kau suka anjing" Aaron peluk tubuh sendiri sambil sandar di pintu.

"Hehehe" Afiqah sengih. "Oh ya, Tina keluar dengan Shenz pergi shopping"

"Kau tak ikut ?" tanya Aaron.

"Tak" jawab Afiqah geleng kepala.

"Kau tahu kan malam ni ada majlis makan malam. Kau dah ada baju ?" Afiqah geleng kepala.

Aaron datang kearah Afiqah dan hulur beg berjenama mahal kepada Afiqah. Terkebil-kebil mata Afiqah melihatnya.

"Kau pergi cuba semua barang ni dekat bilik Tina. Kalau tak sesuai, bagitau aku. Aku kat rooftop. Kalau sesuai, jangan lupa pakai malam ni" Afiqah terima beg plastik tersebut. "Jom" Kobe dan Malik mengikuti Aaron masuk ke dalam lif. Level 4 ditekan.

Afiqah terus mencuba kesemua barang yang dia terima sebentar tadi. Dia berdiri di depan cermin full.

"Cantik"

,

"Afiqah~" pintu bilik dibuka. Terlihat gadis itu sedang tidur bersama dua ekor doberman di lantai. Cuma jarak mereka agak jauh sedikit. Mungkin penat bermain sambil tunggu ?

"Comel nya" Tina lari setempat. Shenz melihat keadaan mereka.

Tina tutup pintu kembali. Dia turun tangga. Ruang tamu dituju. Pada ketika itu, ahli keluarganya sedang meeting. Wajah mereka pada saat itu juga serius.

"Kau orang ada bincang benda yang serius kah ? Kalau ya, Tina naik bilik balik" kata Tina hormat.

"Tak apa, kami dah habis. Duduk lah Tina" Shenz yang duduk di sebelah Aaron terus bangun berdiri.

Tina terus ambil tempat duduk di sebelah Aaron. Remote tv diambil dan buka tv melalui butang merah.

"Malam ni jangan lupa. Aku tak nak ada yang lambat" pesan Aamon menarik tangan Trisya. Membawa isteri nya keluar.

"Awal mama dan papa keluar" Tina tengok pasangan suami isteri keluar rumah dengan ceria.

"Ya, nanti Tina pergi dengan Shenz. Uncle ada kerja sikit nak dibuat" beritahu Aaron angkat MacBook di meja.

"Afiqah?"

"Dia pergi dengan tuan Aaron" Shenz bisik di telinga kiri Tina. Gadis kecil itu hanya angguk sahaja.

Aaron kembali di bilik semula. Punggung dilabuhkan atas kerusi gaming sebelum menghadap PC nya. Monitor pc sudah ada tiga. Itupun masih menggunakan MacBook.

🔞 Wild Cat & Uncle Aaron  [ COMPLETED ] 💯✅ Where stories live. Discover now