Komputer riba di buka setelah Luna mengambil tempat duduk di bahagian tingkap kafe. Setelah membuat pesanan , dia mula menaip aksara-aksara bagi pembentangannya tidak lama lagi.
Suasana kafe yang tenang itu membantunya fokus dengan teliti setiap bait yang ditulis. Luna mencapai Airpods pro dari dalam beg galasnya dan mula memasang muzik dari playlist Spotify miliknya.
Sedang dia asyik menaip aksara , fokusnya terhenti apabila mendapat panggilan telefon dari ibunya , Puan Sri Lana.
"Waalaikumsalam, mommy. Kenapa call adik? Adik ada dekat kafe tengah siapkan slides presentation khamis ini."
"Mommy nak ajak adik teman mommy malam ini. Puan Hajah Lily ada buat majlis doa selamat sempena anak dia baru habis pengajian di Paris." Terang Puan Sri Lana. Dia dan Puan Hajah Lily itu merupakan sahabat sejak di bangku sekolah lagi. Memang akrab bagaikan belangkas.
"Anak aunty yang mana mommy?" Soal Luna hairan. Takkanlah...
"Luth Arasyah, abang sulung Leulla."
Zzap!
Damn it! Kenapa dia harus pulang?
"Teman mommy malam ni ya. Lepas maghrib kita gerak." Serentak itu panggilan dimatikan. Haih, bala sungguh. Ingin ditolak, dia tidak mahu menghampakan ibunya. Iphone 13 pro miliknya kini berdering sekali lagi.
"No more excuses Luna! By hook or by crook, malam ini kau mesti datang." Terjah Leulla.
"Waalaikumsalam bebibu saya. Kau ini memang la. Kenapa kau tak bagitahu dia dah balik?" Luna menyindir lembut.
"Saja. Nak bagi surprise."
"Surprise? Ini bala namanya. Kau kena tolong aku Leuls."
"Tolong apa?"
"Tolong jangan bagi aku bertembung dengan dia. Even a single eye contact." Rayu Luna. Dia pasti lelaki itu masih mengingatinya walaupun sudah 4 tahun sejak peristiwa hitam yang pernah berlaku antara dia dan lelaki itu.
"Kira settle tapi kau kena belanja aku masuk The Conjuring Universe Tour sabtu ini. Deal?" Leulla tersengih-sengih bagai kerang busuk.
"Deal."
⋆ ˚。⋆୨♡୧⋆ ˚。⋆
Puan Sri Lana dan Luna Marybelle kini tiba di rumah agam Puan Hajah Lily. Pintu masuk besar rumah agam itu dengan tangga menyapu, siling tinggi, dan butiran rumit memberikan rasa keagungan dan kemegahan.
Puan Sri Lana menghampiri Puan Hajah Lily dan suaminya, Tuan Haji Layth yang berada di monumen air pancut itu dengan rasa teruja setelah beberapa lama tidak bersua muka.
"Assalamualaikum Lily." Tegur Puan Sri Lana sambil memegang bahu rakannya itu dari belakang.
"Ya allah Lana! Lamanya kita tak jumpa!" Teruja Puan Hajah Lily melontarkan kata-kata sambil bersalaman.
YOU ARE READING
I Want You : The Veiled Dame
Fanfiction༉‧₊˚ 🕯️1st romance ❀༉‧₊˚. "You made a rebel of a careless man's careful daughter." - Luna Marybelle "Invisible string tying you to me." - Luth Arasyah ⚠️ contains harsh words ⚠️ strictly no plagiarism ⚠️ twisted storyline © HERAXIVIANS, 2023 Boo...