Bab 5

126 6 0
                                    

Sejadah dilipat sebelum disusun ke dalam rak sama seperti telekung hitam miliknya selepas sudah menunaikan solat fardhu maghrib

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejadah dilipat sebelum disusun ke dalam rak sama seperti telekung hitam miliknya selepas sudah menunaikan solat fardhu maghrib.

Tapak kakinya perlahan lahan menghampiri meja solek. Wajahnya ditacap dengan pelbagai alatan solek yang tersedia di atas meja.

Setting spray di sembur setelah dia siap mengenakan light makeup di wajahnya. Sekadar menaikkan seri wajahnya agar tidak tampak pucat.

Luna telah mengayakan gaun paras lutut berwarna hitam. Rantai yang terdapat bentuk bulan sabit menjadi pilihan aksesorinya.

Pintu biliknya diketuk beberapa kali membuatkan pandangan Luna beralih untuk melihat sosok tubuh yang menghampirinya.

"Adik, dah siap ke?" Soal Arham Laraib, anak sulung dalam keluarga Tan Sri Uzair. Dia masuk ke dalam bilik adik bongsunya itu apabila pintu bilik Luna tidak berkunci.

"Siap dah abang. Kejap lagi adik turun." Luna membalas dengan senyuman manis.

"Cantik adik abang. Ini nak pergi dinner ke nak mengorat anak teruna aunty Lily?" Usik Arham mengundang cebikkan sang gadis.

Lengan Arham menjadi sasaran cubitan Luna.

"Abang ni! Tak nak la kawan dah." Bibir Luna muncung kedepan. Tawa Arham semakin membuat Luna geram.

Arham bukan tidak tahu kisah dia dan anak teruna Puan Hajah Lily itu. Yang lebih tragis, mereka berkawan rapat. Bagai isi dan kuku.

"Panjangnya muncung Luna! Boleh buat sangkut hanger." Arham memegang perutnya yang senak dari tawanya.

Sebelum lengannya sekali lagi menjadi mangsa cubitan Luna, dia berlari keluar dari bilik meninggalkan si adik yang mendengus kegeraman.

Wangian black opium ysl menjadi pilihan Luna untuk malam ini. Beg tangan dicapai sebelum beberapa barangan keperluan dia masukkan ke dalam.

Semasa menuruni tangga yang bersimpang-siur lagi telinganya sudah menangkap bunyi gelak tawa ahli keluarganya.

Pasti angkara abang Arham!

⋆ ˚。⋆୨♡୧⋆ ˚。⋆

Restoran mewah yang terletak di tengah bandar yang pesat menjadi pilihan dua keluarga itu. Keluarga Tuan Haji Layth yang sedang menunggu ketibaan rakannya terus berdiri apabila sosok tubuh Tan Sri Uzair menghampiri.

Usai bertanya khabar, Luna mengambil tempat di sebelah Leulla. Sejak dari bangku sekolah lagi mereka akan duduk bersebelahan di mana-mana tempat.

Luna menghembuskan nafas lega apabila matanya tidak menangkap bayang anak sulung Tuan Haji Layth.

"Anak sulung kau mana Layth?" Soal Tan Sri Uzair. Matanya mengerling ke arah meja makan yang panjang itu.

I Want You : The Veiled DameWhere stories live. Discover now