"Mommy yakin. Dia yang tepat untuk Luna, sayang." Kata Puan Sri Lana kepada anaknya yang tampak kusut dan memerlukan sokongan itu. Dia sebagai seorang ibu adalah penyokong yang utama.
"Luna bukan apa, my. Apa kata orang nanti? Kami dijodohkan atas sebab yang keji. Pasti menjadi bahan umpatan orang. Luna tak nak malukan kita sekeluarga." Luna mengeluh. Rumit!
"Kenapa Luna perlu dengar kata orang luar? Bukan mereka yang lengkapkan keperluan hidup Luna. I don't think it's necessary, moonlight."
Kata-kata itu membuatkan Luna beralih pandangan menghadap pintu wad miliknya. Arham yang baru melangkah masuk bersama satu plastik merah penuh dengan roti jagung gardenia itu mendekati dua wanita yang paling dia sayangi.
Malam ini sepatutnya Arham yang menemani Luna di dalam wad untuk semalaman atas arahan daddy. Tetapi Mommy pula yang ingin menemani. Biarlah, sekurang-kurangnya dia dapat menyalurkan semangat kepada si bongsu.
"Abang!" Luna terus mendepakan kedua tangan miliknya supaya abangnya itu mendakap tubuhnya. Itu yang dilakukan oleh Arham. Tambahan bersama cubitan di pipi lagi.
"Abang belikan roti?" Soal Luna. Dia tidak dapat menyorok reaksi terujanya itu lalu pantas sahaja plastik itu bertukar tangan.
"Banyak itu. Luna jangan nak lahap roti aje, nasi makan!" Tegas Arham mengeluarkan kata-kata, lebih tepat lagi arahan. Luna yang baru mengoyakkan satu plastik roti gardenia itu mencebik.
Arham tertawa melihatkan bibir muncung adiknya. Rambut perang Luna diusap lembut beberapa kali. Adiknya yang manja, baik hati, penuh kasih sayang ini bakal dia lepaskan satu hari nanti.
"Nanti adik dah tak ada dengan abang, siapa lagi nak belikan roti banyak-banyak?"
"Luth kan ada."
"Tak nak lah dia. Nak abang." Rengek Luna. Puan Sri Lana yang menyaksikan itu tertawa melihat anak bongsunya yang sungguh manja itu.
"Kenapa tak nak dia?" Soal Arham, menyakat.
"Sebab boleh." Jawapan dari Luna itu membuatkan Arham ingin meletop.
Satu tangan di bawah ke dagu, satu lagi mencekak sebelah pinggang. Arham menyusun kata-kata sebelum membuka bicara.
"Luth, he is a decent person. You cried once because of him, moonlight. I'll make certain it's the first and last thing. Because if he did, my fist would be the last thing he would see." Ugut Arham bersama penumbuk yang digenggam sengaja.
Once. Peristiwa dimana cintanya pernah ditolak hingus-hingusan oleh seorang Luth Arasyah.
Luna melakarkan senyuman sebelum dia mengalihkan pandangan kepada mommy. Dia berfikir sejenak sebelum berkata-kata.
"Izinkan Luna buat istikharah dulu?" Pinta Luna. Menerima anggukkan dari kedua ibu dan abangnya, dia menghembus nafas lega.
⋆ ˚。⋆୨♡୧⋆ ˚。⋆
YOU ARE READING
I Want You : The Veiled Dame
Fanfiction༉‧₊˚ 🕯️1st romance ❀༉‧₊˚. "You made a rebel of a careless man's careful daughter." - Luna Marybelle "Invisible string tying you to me." - Luth Arasyah ⚠️ contains harsh words ⚠️ strictly no plagiarism ⚠️ twisted storyline © HERAXIVIANS, 2023 Boo...