Bab 2

153 8 3
                                    

"LUTH ada anak?!" Soal Luna dengan nada yang nyaring apabila dia mendapat berita yang membuatkan dia amat terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"LUTH ada anak?!" Soal Luna dengan nada yang nyaring apabila dia mendapat berita yang membuatkan dia amat terkejut.

Hatinya mengambarkan kaca yang pecah. Walaupun dia mempunyai kisah hitam bersama lelaki itu, dia masih menyimpan perasaan terhadap si jejaka.

Namun sahabatnya Lieulla tidak pernah menyatakan bahawa abangnya itu sudah bernikah inikan pula mempunyai anak?

"Yes Luna. Aunty Lily minta mommy carikan babysitter untuk cucu dia , Kaylee since Luth will be in Paris for a week." Terang Puan Sri Lana. Luna berfikir seketika sebelum membalas permintaan mommy.

Luna memang suka akan kanak-kanak. Lebih-lebih lagi kanak-kanak lingkungan 5-8 tahun. Kalau bayi lagilah, silap-silap tak mahu lepas!

"Kenapa dia tak bawa anak dia sekali mommy?" Soal Luna hairan. Takkanlah pergi luar negara tinggal anak?

"Dia ke Paris atas tuntutan kerja. Syarikat dia dekat sana dilanda masalah. Dia sendiri kena turun padang selesaikan." Terang Puan Sri Lana lagi sebelum dia kembali menyicip air teh strawberi panas yang dihidang untuk minum petang.

"Okay faham. As you know mommy, My passion lies in children. Luna setuju. Bila Aunty Lily perlukan babysitter itu?" Soal Luna apabila dia sudah membuat keputusan.

"Nanti mommy inform Luna semula. Jaga diri sayang." Pesan Puan Sri Lana kepada anak bongsunya.

"Baik mommy."

⋆ ˚。⋆୨♡୧⋆ ˚。⋆

"Anak angkat. 4 tahun lepas, ada orang tinggalkan kotak depan condominium Along. Waktu itu dia baru nak keluar pergi pejabat." Terang Leulla melalui panggilan telefonnya bersama Luna.

"And guess what? Dalam kotak itu ada seorang bayi perempuan. Along terus call Baba aku. Selepas bawa pergi hospital, mereka mengesahkan bayi itu dalam lingkungan 7 hari , masih newborn." Sambung Leulla lagi.

Luna terkesima setelah mendengar semuanya dari Leulla. Ya Allah, masih wujudkah manusia sekejam ini ?

"Along sendiri yang selesaikan semuanya pasal Kaylee sebab dia nak besarkan Kaylee macam anak dia sendiri."

"Ya Allah, kesiannya dia. Kak Sabrina tahu hal ini ?" Soal Luna. Sabrina Hassan merupakan teman wanita kepada Luth Arasyah.

Antara sebab kenapa dia pernah ditengking oleh lelaki itu sedangkan dia sedikit pun tidak tahu akan hubungan mereka.

"Along dengan Kak Brina dah lama putus Luna. Along dapat tahu yang dia curang malam yang Along jumpa Kaylee. Jadi , Kak Brina langsung tak tahu hal ini. Okay babe, aku off call dulu. Esok kau singgah sini dulu ambil kunci condominium Along kan?" Soal Leulla disebelah sana.

I Want You : The Veiled DameWhere stories live. Discover now