"Leulla, aku nervous!" Luna berjalan kehulur-kehilir bersama busana pengantin berwarna putih yang dikenakan.
Suasana bilik yang sejuk kerana penghawa dingin itu sangat membantu supaya dia tidak berasa panas dengan busana pengantin yang agak tebal kainnya ini.
Diri sudah siap dihias, tunggu untuk di panggil turun ke bawah untuk bertolak sahaja. Majlis akad nikah mereka ini diadakan Masjid Sri Sendayan.
Hanya Leulla dan seorang jurusolek wanita sahaja yang berada di dalam bilik bersama dengannya. Mommy dan yang lain semua berada di ruang tamu untuk menyiapkan barangan yang perlu dibawa kesana.
"Aku doakan semoga hari ini berjalan dengan lancar. Aku harap walaupun kau dah kahwin nanti, friendship kita masih kekal." Ujar Leulla. Air mata yang ingin membasahi pipinya itu di tahan sedaya upaya.
"Gedik! Aku kahwin dengan abang kau tahu? Bukan setakat kekal, malah semakin erat!" Luna mencubit perlahan lengan milik Leulla sebelum dia mendakap tubuh langsing sahabatnya itu.
"Aku sayang kau, unconditionally. Kalau along buat apa-apa dekat kau, bagitahu aku. Biar aku tumbuk muka dia nanti." Seloroh Leulla mengundang tawa dari Luna.
Luna mengambil tempat di atas katil. Satu tangan diletakkan ke atas dada sebelum berubah bentuk kepada menadah tangan. Mulutnya terkumat-kamit membacakan sepotong ayat suci Al-Quran.
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku."
Setelah doa diaminkan, Iphone milik Leulla berdiring menandakan ada panggilan masuk. Icon yang tertera nama 'Aunty Lana' itu membuatkan dia semakin gelisah. Matanya tidak lepas dari melihat Leulla yang mengangkat panggilan itu.
"Luna, jom turun." Kata Leulla sebaik sahaja panggilan berakhir.
⋆ ˚。⋆୨♡୧⋆ ˚。⋆
"Aku terima nikahnya Luna Marybelle binti Uzair dengan mas kahwinnya Rm1,000.00 ringgit tunai." Lancar Luth mengucapkan akad nikah.
"Sah?"
"Sah."
"Sah."
"Sah!"
"Alhamdulillah." Kalimat itu diucapkan dengan nafas lega.
Sesudah terlafaznya akad, empangan air mata yang sedari tadi ditahan kini membasahi pipi Tan Sri Uzair. Anak gadisnya sudah sah menjadi belahan jiwa sang suami.
YOU ARE READING
I Want You : The Veiled Dame
Fanfiction༉‧₊˚ 🕯️1st romance ❀༉‧₊˚. "You made a rebel of a careless man's careful daughter." - Luna Marybelle "Invisible string tying you to me." - Luth Arasyah ⚠️ contains harsh words ⚠️ strictly no plagiarism ⚠️ twisted storyline © HERAXIVIANS, 2023 Boo...