Bab 3

155 10 0
                                    

"KAYLEE harini kita bake egg tarts nak tak ?" Soal Luna sambil mengendong Kaylee yang baru sahaja dipakaikan baju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAYLEE harini kita bake egg tarts nak tak ?" Soal Luna sambil mengendong Kaylee yang baru sahaja dipakaikan baju.

"Nak! Kaylee suka masak-masak!" Sahut si kecil girang.

Hari ini merupakan hari terakhir Luna berkhidmat sebagai babysitter buat Kaylee Rhea. Namun, seminggu ini banyak mengajarnya perihal kanak-kanak.

"Harini daddy Kaylee balik kan? Kita buat lebih untuk daddy nak?" Cadang Luna. Kaylee hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

"Kak Una tahu ke macam mana nak buat egg tarts ni?" Tanya Kaylee. Walaupun usia anak kecil ini baru menjangkau 5 tahun namun dia petah berkata-kata.

Selama seminggu Luna menjaga Kaylee, tidak ada sehari pun dimana si kecil itu mendiamkan diri.

Ada saja mulut itu bertanya itu dan ini.

"Mestilah Kak Una tahu! Egg Tarts ni favorite Kak Una dari kecil lagi!" Jawab Luna sambil tersenyum.

Memang sejak zaman kanak-kanak lagi Luna amat cinta akan egg tarts. Suka? Egg tarts. Duka? Egg tarts. Patah hati? Egg tarts. Hadiah hari jadi? Egg tarts.

Dapat pula mommy yang rajin membakar, memang terbaik!

Kaylee diletakkan di atas kaunter dapur sementara si gadis menyediakan bahan dan peralatan membakar.

"Ala Kaylee, butter dah habislah. Kita pergi supermarket kejap. Kaylee tunggu sini dulu , Kak Una nak pergi ambil phone dengan purse kejap." Adu Luna Marybelle. Alang-alang itu boleh dia top-up barangan basah yang telah kehabisan selama dia tinggal disini.

Luna berlari anak ke tingkat atas untuk mencapai iphone dan purse miliknya lalu terus ke tingkat bawah semula. Risau akan Kaylee yang ditinggalkan di atas kaunter dapur.

"Okay Kaylee, lets go!"

⋆ ˚。⋆୨♡୧⋆ ˚。⋆

"Kak Una, Kaylee nak coklat satu boleh?" Minta Kaylee yang berada di dalam baby seat door sambil mengangkat jaru telunjuknya menandakan '1'.

"Boleh sayang. Ambillah yang mana Kaylee nak. Tapi tak boleh makan selalu tau." Meleret suara Luna pada hujung perkataan. Kepala si kecil itu diusap lembut sebelum memasukkan beberapa paket dan bar coklat ke dalam troli.

Beberapa minit kemudian, iphone milik Luna yang berada di tangan berdering menandakan ada panggilan masuk. Luna melihat pada ikon pemanggil.

'Lieuls Mieuls ✧'

"Assalamualaikum awaknya, kenapa call ni?"

I Want You : The Veiled DameWhere stories live. Discover now