Bab 9

103 6 0
                                    

Tubuh Luna yang sedang duduk di atas kerusi roda milik hospital itu ditolak riang oleh Leulla, menuju ke tempat parkir kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tubuh Luna yang sedang duduk di atas kerusi roda milik hospital itu ditolak riang oleh Leulla, menuju ke tempat parkir kereta. Sudah dikata tidak mahu, tetapi dipaksa. Akhirnya dia mengalah sahaja dengan Leulla.

Tan Sri Uzair bersama Luth dan Arham sudah turun dahulu membawa barangan Luna untuk disimpan ke dalam Aston Martin Vanquish Zagato milik Arham.

Ini semua atas arahan Tan Sri Uzair sendiri. Walaupun dia boleh sahaja meminta pengawal peribadi atau anak-anak buahnya yang mengambil Luna dari hospital, tetapi dia tidak mahu. Biarlah dia berjasa kepada anak-anak sebelum sakaratul maut menjemput.

Sudah seminggu Luna berkampung di Prince Court Medical Hospital. Alhamdulillah, layanan yang diterima dari jururawat serta doktor disini amat menyenangkan.

Boleh bagi 5 star.

"Kau dapat tawaran dekat mana, Luna?" Tanya Leulla. Dia juga sudah mendapat tawaran praktikal. Cuma belum diuar-uarkan.

"Mont'Kiara International School. Kau pula dekat mana?" Luna memusingkan kepalanya menghadap Leulla di atas. Riak wajah terkejut Leulla itu sehingga kerusi roda Luna turut terhenti.

"Seriously? Aku pun dekat situ!"

Maka menjeritlah kedua-dua gadis itu. Nasib sahaja perlahan, kalau kuat mahunya ditendang ke luar hospital.

Selang beberapa minit, kini Luna tiba di tempat duduk bahagian belakang manakala Arham dan Tan Sri Uzair pula di depan.

"Bye, Luna! Jumpa dekat rumah Aunty Lana!" Kata Leulla dari dalam kereta milik alongnya. Luna melambaikan tangan kanannya sebelum tingkap kereta dinaikan.

"Mommy dah masakan ayam butter chicken. Your all time favorite comfort food." Ujar Arham. Sepasang mata helang itu memandang ke arahnya melalui rear view mirror.

"Abang drift lah balik. Luna tak sabar dah, rasa nak terbang!" Seloroh si gadis. Tangannya yang masih berbalut itu menepuk perlahan bahu abang yang berada di driver seat.

"Anak daddy yang seorang ini memang pantang dengar ayam butter chicken." Sampuk Tan Sri Uzair bersama gelengan kepala. Luna hanya tersenyum-senyum bagaikan kerang busuk.

"Abang! Cepat lah drive!" Paksa Luna. Bahu si abang di tepuk-tepuk beberapa kali.

"Sabar lah budak!"

"Tak nak sabar!"

⋆ ˚。⋆୨♡୧⋆ ˚。⋆

Ryker memerhati longgokkan serbuk putih yang telah berjaya dijumpai oleh rakan sepasukannya, Cael. Hanya mereka berdua yang berada di dalam gudang yang terletak jauh dari bandar.

"Cael, over here." Kata Ryker melalui walkie-talkie. Bungkusan yang padat dengan serbuk putih itu diangkat lalu dia mengimbasnya sekilas.

I Want You : The Veiled DameWhere stories live. Discover now