Part 1

1.2K 27 0
                                    

SERI pengantin tampak benar di wajahnya. Senyum di bibir masih tidak lekang. Hati berdegup hanya Tuhan yang tahu. Gurauan kawan-kawan hanya dibalas senyuman bahagia. Akhirnya, setelah lama dia menunggu dia dapat juga digelar suami kepada pemilik hati.

Dia bangun dari terus duduk di atas sofa seraya membetulkan samping. Songkok di atas kepala dia buka dan dipakai semula. Dia melihat pantulan dirinya di cermin. Bukan mahu membongkak, tapi dia juga rasa yang dia kelihatan extra kacak pada hari ini.

"Sudah-sudahlah tu Dayat oi. Jom kita gerak. Nanti lambat, kesian pihak perempuan." Ezad juga membetulkan samping dan songkoknya. Dia tampak biasa namun segak.

Tersengih sampai nampak gigi Hidayat jadinya. Dia mengangguk-angguk lalu menuju ke daun pintu. Rumah dua tingkatnya itu hanya dihuni oleh Ezad, Redza dan dirinya sendiri. Ibu bapanya sudah terlebih dahulu pergi ke masjid.

Kereta berwarna merah itu sudah hidup enjinnya. Redza membawa kereta manakala Ezad duduk di hadapan dan seperti biasa pastinya pengantin duduk di belakang. Raja sehari katakan. Mereka berdua memakai tali pinggang keledar.

"Woi, pengantin lelaki! Tahulah tak sabar nak nikah tapi ingatlah diri sikit. Pakai tali pinggang tu ha," pesan Redza apabila melihat Hidayat tidak memakai seat belt.

"Tak apalah. Bukan jauh pun. Sesak la nafas aku pakai tali pinggang. Lagipun sekarang kan aku pakai baju melayu siap bergosok lagi. Takut kedut," sekali lagi dia tersengih.

Redza dan Ezad hanya mampu menggeleng. Hidayat jenis yang keras kepala sedikit. Hitam kata dia, hitamlah. Jangan nak cakap putih atau yang lain. Redza keluar dari pekarangan rumah besar itu. Kehadiran penghawa dingin kereta membuatkan tangannya terlalu sejuk.

"Nervous ke cik abang?" Sakat Ezad. Hidayat hanya mencebir di belakang. Memang dia nervous, memang dia gementar. Tapi, dia sudah cukup hafal lafaz ijab kabulnya. Cukup hafal sampaikan terbawa-bawa ke mimpi.

Tiba-tiba bunyi berdengkur kedengaran. "Ya Allah! Dia boleh bantai tidur? Dia letih sangat ni kenapa? Aku yang nak kahwin ke dia?" Terkejut Hidayat bunyi dengkuran itu berasal dari Ezad. Redza yang memandu hanya tertawa kecil.

Hidayat membuang pandangan ke luar cermin kereta. Sebentar lagi dia akan memikul tanggungjawab yang besar. Terbit senyuman nakal. Dia sangat bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepadanya.

Nama diberi Farhana Qalesya. Gadis yang sudah menambat hatinya sejak dahulu lagi. Mungkin kalau dulu dia sangat terkejar-kejar gadis itu. Langsung tidak dipandang. Sebaik sahaja graduate, dia membuat keputusan untuk meminang Farhana.

Terkejut bukan kepalang gadis itu kerana dia langsung tak mengkhabarkan apa-apa. Biarlah dia dapat mengikat gadis itu dengan menjadi tunangnya. Akhirnya, dia dapat membuat gadis itu jatuh hati kepadanya.

Dan hari ini ialah hari bersejarahnya. Dia bakal menjadi suami yang sah kepada gadis bertudung itu. Tiba-tiba telefon berskrin sentuhnya berbunyi. Ada di poket baju Melayu milik Redza.

"Hai.. siapa pula telefon ni," dia mengambil telefon yang berada di poket baju melayunya. Tetapi, tangannya yang sering lembap itu menyebabkan telefon itu jatuh di sisi kakinya.

"Weh telefon aku kut. Lama aku kumpul duit nak beli telefon tu," tegur Hidayat. Redza menjuih bibir. Kalau tak disebabkan Hidayat kawan sedunia dan seakhirat, dah lama benjol kepala tu.

Tangannya cuba menggapai-gapai telefon berskrin sentuh itu. Saiznya yang sederhana besar membuatkan dia mudah nak ambil. Sambil tangan yang ada memegang stereng kereta, matanya menghadap depan. Setelah bersusah payah, akhirnya berjaya juga dia mengambil telefon itu.

Cis, lambat jawab pula. Tak apalah, tunggu sajalah. Lampu merah yang mendadak membuatkan dia terpaksa memberhentikan kereta. Ingatkan lepas. Ditekannya pedal brek.

Hargai akuWhere stories live. Discover now