FARHANA menyarung cardigan pada badannya. Dia akan menemui pelanggannya yang entah ke berapa. Biasalah, dia pun tidaklah begitu sibuk dan memang ini yang dia sukai. Bertemu secara terus dengan pelanggan.
Dia memasukkan fail-fail di dalam satu tote bag. Sling bag dia pasang secara mengiring. Selendang di kepala dia betulkan dan pastikan ia menutup dada. Kunci di atas meja makan dia ambil.
Baru sahaja mahu menjejakkan kaki ke halaman rumah, dia berpatah balik. "Khaira!" Jerit Farhana. Terlompat sedikit gadis itu, habis popcorn yang dia beli dari kedai berterabur sedikit. Sengaja dia buat macam layan movie dalam pawagam.
"Apa masalah kau ni? Aku tengah sibuk ni!" Muncung Khaira kelihatan. Tergendala ceritanya di televisyen. Sudahlah tak beli aplikasi rakam di astro. Lagipun, agak membazir saja. Mereka berdua pun bukanlah kaki drama sangat.
Tergelak kecil Farhana. "Tak ada. Aku nak beritahu, aku dah nak gerak ni. Kalau nak keluar, jangan lupa tutup semua suis. Kunci pintu,"
Terangguk-angguk Khaira sambil memberi ibu jari tanda okey kepada Farhana. Posisi Khaira yang membelakangkan Farhana membuatkan gadis itu tergeleng-geleng perlahan. Kalau Khaira dah mula layan cerita, ganggu sikit mesti dia melenting.
Farhana memberi salam dan langsung menutup pintu rumah. Kasut dia sarung dan mula masuk ke dalam perut kereta. Kunci dimasukkan ke dalam tempatnya dan enjin mula dihidupkan. Kereta Mini Cooper yang masih berbayar berbulan-bulan itu keluar dari halaman rumah.
Radio dihidupkan untuk memecah kesunyian memandangkan dia seorang saja di dalam kereta, tiada teman berbual. Oh kejap. Lokasinya kat mana? Whatsapp! Dia membuka telefon bimbitnya dengan sebelah tangan.
Dengan berhati-hati dia mencari nama pelanggan yang akan dia temui. Sekejap pandang telefon, sekejap pandang jalan. Memang berbahaya. Tapi, sekejap saja. Nanti dia tutup balik telefon pintar itu.
"Hotel," gumamnya sambil mengangguk-angguk. Selepas itu, dia kembali melihat telefonnya kembali apabila menyedari sesuatu. "Oh my! Kenapa kena hotel tu juga?" Ingin saja dia menepuk dahi tapi tangan pula tak cukup.
Dia meneruskan perjalanan setelah telefon tadi dia campak ke tempat duduk penumpang. Hatinya tiba-tiba berdegup kencang. Harap-haraplah apa yang dia sangka tidak akan terjadi. Jujur, dia masih tak bersedia lagi.
Setelah 45 minit di jalan raya, dia mula parkir kereta di tempat yang disediakan. Tote bag dan telefon yang terletak di tempat duduk penumpang dia ambil. Beg yang tersarung di badan dia betulkan. Pintu ditutup serta dikunci. Dia berjalan penuh yakin.
Sesekali dia menilik jam tangan di pergelangan tangannya. Lagi 5 minit, janjinya akan terjadi. Jadi, dia tak lambat. Biar kita tunggu orang. Jangan orang tunggu kita. Farhana memasuki restoran di hotel itu. Pelanggannya belum datang lagi.
Dia mengambil tempat duduk dahulu. Sudah lama dia tidak datang ke sini. Sudah lama dia tidak makan di sini. Dia menutupi wajahnya dengan menu yang terletak di atas meja. Harap-harap tiada siapa yang melihat kewujudannya di sini.
Baik, itu memang kedengaran mustahil. Dia mula menyibukkan diri dengan membelek-belek fail-fail yang berisikan maklumat-maklumat tentang kasut-kasut yang dia jual. Kasut-kasut itu semua dia merupakan milik sahabatnya yang berada di Sabah. Kiranya, sahabatnya itu sebagai supplier la.
"Hana," secara mentalnya dia sudah menepuk dahi. Kenapalah ada juga yang ringan mulut untuk tegur-tegur dia ni? Dia mengangkat kepala dari terus menunduk. Dia tersenyum kepada sang pemilik suara.
"Hah ya Sam. Kenapa?" Senyuman palsu dia tampal di bibir. Sam tersenyum lalu mengambil tempat di hadapannya. Dengan selambanya. Untung kenal, jikalau tidak ada yang kena nanti.
YOU ARE READING
Hargai aku
RomanceHanya kerana musibah yang diterima membuatkan dia sudah tidak dikenali. Dia seperti orang asing bagi insan bernama Nur Hidayat! "Sampai bila-bila punlah aku tak akan suka kau," - NUR HIDAYAT Bukan salahnya. Dia bukan perempuan pembawa sial. Dia tak...