Part 2

575 34 2
                                    

SEMINGGU di hospital sudah cukup buatnya. Hari ini dia dibenarkan pulang. Hidayat memerhati setiap sudut bilik serba putih itu. Sebentar lagi ibu dan ayahnya bakal menjemput. Katanya, dulu dia memanggil kedua ibu bapanya dengan panggilan "ibu-baba".

Ibu kata, dia menghadapi amnesia. Dia tak ingat apa-apa. Apabila ditanya bila akan sembuh, ibu serta babanya hanya menggeleng kepala. Hidayat mengeluh. Langsung tiada apa memori yang melekat di otaknya.

Dia ada seorang adik perempuan, mereka berdua sahaja anak Puan Jamilah dan Encik Zamarul. Ibu kata, dia bekerja di sebuah hotel ternama di, oh di Kuala Lumpur. Hampir lupa lagi tempat itu. Nope, actually macam baru diingatkan.

Sedang Hidayat sibuk mengelamun, pintu biliknya dibuka perlahan tanpa disedarinya. Tahu-tahu sahaja pembuatnya betul-betul berada di hadapannya. "Opocot!" Terkejut Hidayat dengan sergahan tiba-tiba itu.

Orang itu hanya tersenyum dan berdiri dengan sempurna. Hidayat kembali memasamkan muka. Lebih kepada menjengkelkan wajah. "Kau buat apa kat sini? Aku tak kenal kau, adik aku pun tak tahu siapa kau. Boleh blah tak?"

Hidayat berkata kasar. Farhana tersenyum miris. Jangan kata hati sakit, rasa macam kena siat. "Saya Farhana, tunang awak." Walaupun sudah acap kali dia beritahu tapi dia tak pernah jemu. Dia mahu Hidayat ingat padanya kembali.

"Tunang? Oh please. Dayah kata aku belum bertunang lagi. Kau ni perempuan pisau cukur ke? Datang dekat lelaki mengaku tunang lepas tu kau bawa lari duit diorang. Sorry, tapi aku tak sebodoh itu."

Farhana mula mengeluh perlahan. Hidayat tidak pernah berkata kasar kepadanya. Tidak pernah menengkingnya. Tidak pernah memarahinya. Dia tahu jasad itu Hidayat, tetapi hati itu bukan Hidayat. Hati Hidayat hilang.

"Uncle dan auntie tak bagi tahu awak, siapa saya?"

"Siapa pak cik, mak cik kau hah? Kau bukan sepupu aku pun! Just get out of here. Aku tak nak tengok muka kau lagi,"

Farhana mengambil tempat duduk di sofa seolah-olah tidak mendengar apa yang dikatakan Hidayat. "Speaking bahasa inggeris tak lupa pula. Saya juga yang awak lupa," dalam bergurau, dia terasa sebak.

Geram Hidayat jadinya. Kenapa perempuan ini tidak penat-penat mengganggu kehidupannya? Dia memandang seraut wajah yang asyik menekur memandang lantai. Betulkah itu tunangannya? Tetapi, kenapa Hidayah kata yang sebaliknya?

"Buat apa lagi tu? Keluar kan aku kata," bergetar suara Hidayat. Farhana mengangkat muka. Dia mengukir senyum seraya bangun. "Saya akan tunggu uncle dan auntie sampai, baru saya keluar."

"Kenapa kau degil sangat?"

"Dulu pun awak degil masa saya suruh awak pergi dari depan muka saya," dia tersenyum lagi.

Dulu? Ceh! Mentang-mentanglah dia tak ingat fasal 'dulu' itu. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar. Dua orang lelaki masuk dan mengukir senyum. Baru hari ini mereka dapat berjumpa pengantin tak jadi itu.

Mereka berdua turut berasa sedih apabila pernikahan Hidayat terpaksa dihentikan kerana kemalangan yang berlaku. Yang paling kesian ialah Farhana Qalesya. Mereka diberitahu Hidayat hilang ingatan.

"Assalamualaikum, bro." Sapa Ezad sambil tersenyum. Redza yang bertongkat berusaha mendekati Hidayat. Dia menepuk bahu Hidayat. Hidayat mula berkerut dahi.

"Apa kau kerut-kerut macam tu? Ini akulah, Ezad. Ni Redza,"

"Oh," jawab Hidayat. Ya, ibu dan Hidayah ada ceritakan padanya tentang mereka berdua ini. Hidayat menatapi wajah mereka berdua. Hampa. Dia tak ingat langsung mereka berdua ini.

Hargai akuWhere stories live. Discover now