Part 4

513 21 12
                                    

LANGKAH demi langkah dia berjalan di kawasan hotel tempat dia bekerja. Setiap pekerja yang melepasinya, pasti memberi tunduk hormat. Senyuman kecil dia berikan setiap kali berjumpa pekerja bawahannya.

"Nur!" Jerit seseorang seraya menepuk bahu Hidayat. Terkejut lelaki itu. Hidayat memandang jengkel. Dia ni memang tak pernah makan saman.

"Don't dare call me Nur," Hidayat meneruskan berjalan dan kini dia sudah sampai ke dalam lif. Sam turut mengikutinya. Lelaki yang tua dua tahun darinya itu tersengih kerang busuk.

"Nur is still your name." Sam masih tak nak mengalah. Hidayat menekan punat tingkat 17. Dia menjeling Sam yang berdiri di sebelahnya. Si lembut ni siapa? Ingat dia boleh kawan dengan aku?

"You dengan Hana macam mana? Dah okey?" Soal Sam prihatin.

"None of your business," jawab Hidayat menjawab angkuh. Sam sekadar mencebik.

"I just nak bagi tahu you something," Sam menilik kuku bersihnya.

"Apa?"

"Kalau you tak boleh terima Hana, I ada. I boleh terima dia," tanpa berkias dia terus memberitahu. Hidayat mengecilkan matanya memandang Sam. Pandangan tak puas hati.

"No way. Dia tunang aku,"

"Rasanya you tak pernah pun mengaku yang dia tu tunang you. So, tak ada masalah la kan?" Sam sengaja menduga perasaan lelaki itu.

"Selagi aku dengan dia ada hubungan tunang. Jangan harap kau boleh dapat dia,"

Hidayat segera keluar dari perut lif. Dengan suasana berbahang membuatkannya lebih tak selesa berada dekat dengan lelaki itu. Melihat pemergian Hidayat membuahkan senyuman sinis Sam.

"I know you love her but you can't keep her happy. It's my job then,"

BALIK sahaja kerja, dia terus membawa diri ke rumah Farhana. Entah apa yang dia fikir, yang penting dia kena sampai di rumah Farhana. Mujur babanya pandai kunci mulut untuk tidak memberitahu yang babanya memberi alamat rumah Farhana.

Jikalau tidak, mahu Hidayah dan Puan Jamilah mengamuk tak tentu pasal. Dia sendiri pelik kenapa dua orang wanita itu seperti tak suka dia mengenali Farhana. Ke sebab kahwin tak paksa, Puan Jamilah tak restu?

Hidayat memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah. Perlahan-lahan dia keluar dari perut kereta sambil menanggalkan cermin mata hitamnya. Bibirnya tersenyum sinis. Apalah yang membawa dia ke sini?

Segera tangannya menekan punat loceng. Perlu ke bagi salam? Ah, tak payahlah. Fikirnya sendiri lalu menekan loceng lagi. Eh? Dia tak ada kat rumah ke? Hidayat menilik jam di tangan sekilas. Dah pukul 6, kalau kerja pejabat mesti dah balik.

Untuk yang terakhir kalinya, dia menekan lagi loceng. Nasib baik cuaca menyebelahi, tak ada panas sangat. Setelah beberapa minit menunggu, pintu rumah yang betul-betul di hadapan Hidayat itu terbuka. Maklum, kereta di sebelah tepi.

Dengan memakai inner neck dan selendang pakai sarung, Farhana keluar mendekati Hidayat. Pelik juga gadis itu. Apa mimpi lelaki ni nak jumpa dia ni? Eh, haritu punyalah bengang. Sekarang, dia yang datang sendiri?

"Ya, kenapa Encik Hidayat?"

Hidayat diam tidak berkutik. Sesekali dia menggaru kepala, haish nak cakap apa ni! Dia mencuri tarik nafas dan memandang wajah Farhana yang seperti tak menyukai kedatangannya.

"Dah makan?"

"Hah?"

"Aku tanya, kau dah makan ke belum?"

Hargai akuWhere stories live. Discover now