Part 6

514 32 15
                                    

KERETA Viva hitam miliknya kini sudah selamat sampai di pekarangan hotel tempat Hidayat berkerja. Senyumannya menguntum saat ternampak susuk badan yang sangat dia kenali. Entahlah. Tiba-tiba rindu pada tunangan yang masih tak ngam dengan dirinya.

Selepas mengambil beg tangan dan mengunci kereta, dia berjalan mendekati Hidayat yang sedang berbual dengan penyambut tetamu. Makin dia dekat, Hidayat pula makin jauh kerana sudah selesai bercakap. Farhana menjuih bibir.

Sengaja betul. Macam tahu-tahu ada orang follow dia dari belakang. Farhana mempercepatkan langkah dan mula menyaingi Hidayat yang ada di hadapannya. Dia tak mahu memanggil. Tak jadilah pertemuan istimewa.

Hidayat menekan punat lif menuju ke atas. Dia mahu berjumpa dengan seorang tetamu di hotel itu. Katanya ada masalah. Farhana pula terus berlari anak dan turut menekan punat lif apabila sampai.

Terkejut Hidayat jadinya sampai mengurut dadanya. Dia berkerut dahi melihat Farhana yang sepertinya agak letih bagai lepas maraton dua pusingan. Selepas keadaan selesa, Farhana menoleh ke wajah Hidayat dan didapati dirinya ditenung daripada tadi.

"Kenapa pandang macam tu?" Farhana tersengih. Hujung lengan baju digunakan untuk lap peluh di dahi. Huish, kaki apa yang Hidayat pakai? Lajunya berjalan.

"Kau ni dari mana? Datang cari aku ke?"

Selepas pintu lif terbuka, sekeluarga tetamu keluar dari lif dan terpaksalah mereka berdua terlanggar-langgar sedikit. Merah padam muka Farhana jadinya. Keadaan terlalu dekat dengan Hidayat seperti tak biasa. Selepas sekeluarga itu beredar, lif pun kosong.

Cepat saja kaki Farhana melangkah masuk. Hidayat mengangkat bahu tanda tak peduli. Dia turut memasuki perut lif dan ditekannya punat tutup lif cepat. Farhana memandang Hidayat yang berada di sebelahnya namun agak jauh.

"Apa tengok-tengok? Dah lama sangat tak jumpa aku, ada perubahan kat aku ke apa? Makin handsome?"

Kini, Farhana pula menjuih bibir. Sifat perasan tu memang tak boleh buang ke? Hidayat sekadar mengherot bibir apabila melihat reaksi Farhana. Betul apa, Khaira kata dia makin handsome. Err.. Khaira? Gila kau, Hidayat!

Sebelah ada Farhana, kau masih fikirkan Khaira? Farhana sudahlah tunang kau. Khaira tu cuma kawan. Tapi, bukan kawan biasa. Kawan istimewa. Farhana memandang pelik pula Hidayat. Tadi bukan main sinis nada suara dia. Sekarang termenung senyap menyepi pula?

"Ingat kekasih jauh ke?" Sengaja Farhana kata begitu.

"Haah. Apalah dia buat sekarang," spontan itu pula yang keluar dari mulut Hidayat.

Farhana kaget sendiri. Aduh, salah cakap ke apa dia sebentar tadi? Tapi, betul ke Hidayat ada kekasih lain? Auch! Pedihnya hulu hati. Bukan setakat hulu hati, segala pelusuk ruang hati rasa sakit. Hidayat mengerdip mata.

"Tak. Maksud aku... yang kau kenapa tanya kekasih jauh pula ni? Kalau ada pun, perlu ke kau tahu? Tak, kan?" Hidayat membalas sinis.

Farhana tidak mengambil hati. Mujurlah kau tu hilang ingatan tahu. Kalau tidak, dah lama aku WWE-kan kau ni. Farhana memegang beg tangannya secara ke bawah. Dia mati kata pula bila berjumpa dengan Hidayat.

"Lawa kau hari ni. Nak goda aku ke?"

Farhana terus pandang wajah Hidayat apabila terdengar suara lelaki itu. Dia membuat muka. Apa ke benda nak goda tunang sendiri? Tak ada faedah langsung. Lainlah goda anak raja ke, anak jutawan ke. Boleh juga merasa jadi orang ada pangkat ni.

"Terima kasih," Farhana balas juga pujian yang diterima.

"Dah elok dah pakai baju kemeja labuh tu. Tapi biasa aku tengok girl lain pakai baju tu, seluar dia fit ikut bentuk kaki. Kau ni, seluar menggelebeh je. Selekeh,"

Hargai akuWhere stories live. Discover now