Part 5

510 29 6
                                    

HIDAYAH melabuhkan punggung bersebelahan abangnya. Dia tahu abangnya itu cuti bekerja hari ini. Dia pula sedang menganggur menunggu jawatan kerja yang sesuai. Maklumlah baru habis graduate.

Dia melihat abangnya sekejap-sekejap menatap telefon selepas itu menonton TV sambil tersenyum-senyum. Dah kenapa pula dia ni? Bisik Hidayah sendiri. Jarang betul melihat Hidayat gembira seperti ini.

Hidayah mengambil kesempatan untuk menukar saluran sementara abangnya sedang leka bermain telefon. Dia memandang abangnya sekilas. Biasanya pantang betul ada orang kacau dia punya rancangan televisyen.

"Abang, Dayah tukar ni. Dayah nak tukar," ugut Hidayah demi meraih kembali perhatian abangnya.

Hidayat memandang sekilas. "Ha tukarlah,"

Hidayah menjuih bibir tak puas hati. Abangnya sedang berbalas mesej dengan siapa? Ah, jangan perempuan itu sudah! Hidayah menjeling Hidayat membuatkan lelaki itu terpaksa mengalihkan kedudukannya agar tak terlalu rapat dengan Hidayah.

"Abang mesej dengan siapa?"

"Kawan,"

"Yalah. Kawan yang mana? Perempuan tu ke?"

"Perempuan mana pula ni?"

Tak faham betul adiknya yang seorang ini. Sibuk betul. Memang dia tak boleh dekat dengan mana-mana perempuan ke? Dengan Farhana tak kasi, takkan dengan Khaira pun tak boleh?

"Dayah kenapa ni?"

"Tak. Tak ada apa,"

Akhirnya, Hidayah mengalah untuk bertanya soalan kepada abangnya. Hidayat pula sekadar menjuih bibir tanda tak mengerti. Namun bibirnya segera membuah senyuman apabila mesej yang dikirim dibalas.

"Abang tak jumpa dengan perempuan tu lagi kan?" Hidayah kembali bertanya. Hatinya tak puas selagi tak dapat jawapan.

"Perempuan mana? Farhana? Just call her Hana or more polite Kak Hana, as you know she's older than you." Hidayat menegur kata-kata Hidayah yang agak kedengaran tak sedap di telinganya.

"Suka hati Dayah la. Dia bukan kakak Dayah pun. Abang pun tak payah gedik-gedik nak rapat semula dengan dia. Dia tu cuma bawa bala aje,"

Hidayah segera bangun dari sofa mahu meninggalkan Hidayat menghadam kata-katanya. Hatinya berbahang apabila abangnya sendiri seperti membela perempuan yang dia sangat benci itu.

"Mind your words, Hidayah." Tegur Hidayat lagi sebelum Hidayah betul-betul hilang dari pandangan.

Hidayat keliru sendiri. Kenapa adiknya seakan benci sekali dengan Farhana. Dia lihat, Farhana tak adalah teruk sangat seperti apa yang Hidayah katakan. Sekarang pun ibunya pula seperti terpengaruh.

Bawa bala? Kenapa selalu cakap macam tu? Kasihan Farhana. Tak mahu lebih terasa bahang, dia bangun dari sofa dan menuju ke biliknya. Kalau diteruskan di situ, mahunya lebih banyak kata-kata menyakitkan hati keluar dari mulut Hidayah.

Hidayah hanya memandang kepergian Hidayat lantas mendecit kecil. Geram betul apabila melihat abangnya seperti membela perempuan yang dia bencikan itu. Nampak gayanya, abangnya memang senang kena pujuk. Dia kena buat sesuatu.

KERETA miliknya itu dia perlahankan untuk berhenti di stesen minyak. Jauh betul nak ambil stok baru sampai habis minyak kereta. Dia keluar dari kereta dan terus pergi ke kaunter. Farhana turut meminta tolong pekerja disitu untuk membantunya.

Dia bergerak masuk ke dalam kedai di stesen minyak itu. Boleh juga ni kalau makan roti dengan air milo. Pantas sahaja tangannya mengambil dua bungkus roti coklat RM 0.85 dan sekotak air milo.

Hargai akuWhere stories live. Discover now