TELEFON yang dari tadi berdering segera diangkat. Dia daripada dapur, telefon pula berada di ruang tamu. Mana tak berlari bila mendengar telefon berlagu. Dia segera melekapkan telefon ke telinganya.
"Waalaikumsalam. Kau apa hal ni? Kacau betul,"
Kedengeran tawa lepas dari hujung talian. Pelik dibuatnya. Ketawa macam suka sangat. Ada benda ke ni? Khaira berdeham mengingatkan yang dia mendengar tawa kuat itu.
"Ingat sedap sangat ketawa tu? Ketawa macam nak keluar anak tekak. Tak senonohlah kau ni,"
"Ish kau ni. Yalah! Kau kat rumah kan? Tak buat apa-apa kan? Jom lepak kedai mamak, makan-makan."
Khaira berfikir. Nak ke tak nak ya.
"My treat!"
"Deal!"
"Pantang orang nak belanja, laju aje kau balas kan. Dahlah. Jumpa kat sana okey. Tak payah lawa-lawa sangat. Nak goda si mamak tu buat apa. Lagi 15 minit okey."
Khaira tergelak. Selepas talian dimatikan, dia terbau sesuatu yang hangit. "Allah! Ikan goreng aku!" Berlari dia ke belakang. Ini semua salah perempuan tu. Nasib baik belanja makan.
KHAIRA menilik jam. Dia terdatang awal ke macam mana ni? Betul la kan 15 minit? Haa inilah dia janji Melayu yang takkan pernah habis, luput, basi. Dah 20 minit ni. Mengada budak ni.
Dia bermain telefon sementara menunggu kehadiran seseorang yang bakal membayarkan apa yang dia makan nanti. Khaira tersenyum apabila mendapat mesej ringkas daripada Hidayat. Cepat tangannya menaip untuk membalas.
"Hei! Malam masih muda. Makan lewat-lewat pun still okay apa. Daripada tak makan langsung. You too. Have a good night!"
"Assalamualaikum!"
"Mak ai terkejut!" Terangkat bahu Khaira dengan sergahan tak patut daripada Farhana. Boleh pula perempuan ni gelak gembira.
"Kurang ajar kau ni. Kalau aku ada melatah silat gayung tadi. Mahu kau bersepai menangis tak berlagu!"
Farhana mencebik. Khaira selalu melebih-lebih. Dia memang macam tu. Farhana tahu sangat. Tak lama selepas itu, datang pelayan yang berupa orang Pakistan, lelaki. Selepas memesan makanan serta minuman. Lelaki itu pun pergi.
"Sah kau nak goda mamat Pakistan tu kan? 15 minit aku kat sini! Beria aje kata suruh cepat. Kau tu yang lambat, cepat lagi kura-kura merangkak."
Farhana tergelak lagi. Marah betul si Khaira ni. Khaira pula mendengus tak habis-habis. Geram dia belum lagi habis. Dengan sesaknya kedai mamak hari ini lagilah buat dia panas. Pulak dah rezeki mamak ni menimbun sampai penuh kedai malam ni.
"Maaflah. Pergi pejabat pos kejap tadi, hantar parcel customer. Tu lambat sikit. Janganlah marah. Kau marah bukan comel pun. Tambah buruk ada,"
Khaira mengetap gigi geram. Dahlah lambat! Mengutamakan si customer berbanding kawan sendiri! Dikutuk depan-depan pula. Ada yang bergaduh juga nanti. Melihat wajah Khaira yang memerah membuahkan tawa Farhana lagi.
"Kau boleh tak berhenti gelak macam orang hilang waras? Yang kau suka sangat ni kenapa? Seminggu tak jumpa kau ni, mesti banyak cerita kan! Bagi tahu cepat!"
Farhana mengekek ketawa kecil pula. Betul sangatlah apa yang dikatakan oleh Khaira. Sebab itulah si Khaira ni kawan dunia dan akhirat. Tak bagi tahu main point apa-apa lagi pun dah tahu. Hebat si Khaira ni.
"Tunggulah kejap. Makanan sampai, aku cerita. Lapar ni,"
Mahu tak mahu, Khaira turuti sajalah apa yang dikata oleh Farhana itu. Sambil menunggu, mereka bertanya khabar yang ringan-ringan. Seminggu tak berjumpa bagai setahun. Farhana pula bercakap sikit ketawa. Jelas terpancar rasa gembira di wajahnya. Apa agaknya yang terjadi kebelakangan ni? Mesti ada sesuatu ni.
YOU ARE READING
Hargai aku
RomanceHanya kerana musibah yang diterima membuatkan dia sudah tidak dikenali. Dia seperti orang asing bagi insan bernama Nur Hidayat! "Sampai bila-bila punlah aku tak akan suka kau," - NUR HIDAYAT Bukan salahnya. Dia bukan perempuan pembawa sial. Dia tak...