Hidayat tersenyum kecil. Gadis di depannya kini betul betul menarik perhatiannya. Kini dia menopang dagu pula. Keindahan ciptaan Ilahi di hadapannya memang tidak terkata. Aiskrim di tepi bibir pun masih nampak comel lagi. Ish pakai apa ni?
Khaira mengangkat muka apabila terasa diri diperhati lama. Wajah Hidayat yang tersenyum memberi rasa sangsi. Kenapa?
"Hidayat, what are you looking at?"
"Betullah apa orang cakap, kan? Kalau tengah bercinta ni semua benda nampak indah."
Senyumannya masih tak lekang dari bibir. Hidayat begitu nampak bahagia. Dia pun tidak tahu mengapa. Adakah kerana kedatangan Khaira yang begitu tiba-tiba masuk dalam jalan ceritanya? Dia tidak tahu. Dan mungkin dia memang tak mahu mengambil tahu. Mungkin kerana dia masih ada hati. Dia masih rasa yang apa yang sebenarnya dia buat ini salah.
"Em, hello? Bila kita bercinta, ha? Bila pula saya dan awak bercinta eh? Saya ada terlepas apa-apa ke?"
Hidayat tergelak kecik. Makin comel pula dia buat macam tu!
"Okay lah. Maksudnya saya ni bertepuk sebelah tangan jelah. Okay. Saya jelah yang perasan."
Kini, giliran Khaira pula yang tergelak. Hidayat di depannya betul-betul bukan Hidayat yang dia kenal dulu. In fact, dia tak ada pun kenal sangat dengan Hidayat. Sebab dulu dalam mata Hidayat memang ada Farhana seorang. Malah dia sendiri pun tak berminat langsung hendak tahu apa-apa tentang Hidayat. Entah apa yang merasuk dia sekarang.
"Orang gurau je lah. Itu pun nak merajuk. Tak comel la orang tua merajuk."
"Amboi amboi! Kita pula dikatanya orang tua? Lebih ni!"
Hidayat mencuit sedikit aiskrimnya dan dengan pantas jarinya singgah di hidung Khaira. Dia tergelak kerana bukan macam sikit pula aiskrim itu. Khaira yang tak sempat mengelak, hanya mendengus kecil. Tapi, dia pun ikut tergelak kerana Hidayat. Serba salahnya hilang dengan sendiri. Benda dah jadi, bukan salah dia seorang. Kalau Hidayat tak ikut melayan, dia pun tak akan jadi macam ni.
YOU ARE READING
Hargai aku
RomanceHanya kerana musibah yang diterima membuatkan dia sudah tidak dikenali. Dia seperti orang asing bagi insan bernama Nur Hidayat! "Sampai bila-bila punlah aku tak akan suka kau," - NUR HIDAYAT Bukan salahnya. Dia bukan perempuan pembawa sial. Dia tak...