【PROLOG】

5.3K 115 2
                                    

Dapat dilihat seseorang sedang meringkuk dalam ketakutan di dalam kegelapan.

Tengku Ameera Zahra. Seorang gadis yang polos dan tidak mengetahui bahawa ibu tirinya membuangnya kerana satu kekurangan ada pada dirinya.

Ramai mengatakan dia cacat,perangai mengalahkan budak kecil..dan itu membuat ibu tirinya malu dengan ingin membela si gadis itu.

Ibunya meninggal selepas melahirkan Tengku Ameera Zahra manakala si ayah berkahwin lain dan membuat keputusan untuk tidak mengambil tahu akan perihal gadis itu.

Selalu didera,dicaci dan selalu dikurung di bilik yang gelap. Tiada siapa yang mahu membantunya termasuk ayahnya.
Dia tidak lah seteruk mana cuma biasa dia hanya gadis polos yang tidak tahu apa apa. Tetapi ibu tirinya melayan dia seperti sampah. Perit hidupnya.

♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎

Saat Tengku Affan Zafran sedang bersiar siar dia terdengar seseorang menangis. Dia terus berjalan sambil mendengar dimana suara itu berada.

Betapa terkejutnya melihat seorang gadis yang sedang menangis dengan badan yang kotor dan banyak kesan lebam. Tengku Affan Zafran jatuh kesian atas nasib gadis itu terus berjalan menghadap ke hadapan gadis tersebut.

"Kenapa ada dekat lorong gelap ni?" Soal Tengku Affan.

Dia melihat sekeliling takut ada seseorang yang mencederakan gadis itu.

"Hikss..hikss...hikkss..Meeya tak tahu..mama Meeya antar Meeya kat sini..Meeya takut..". Kata Tengku Ameera Zahra.

Tengku Affan melihat gadis ini dari atas sampai bawah. Dapat dia lihat pakainya kotor dan banyak lebam dan darah.

Tengku Affan tidak banyak bercakap terus membawa wanita itu ke hospital.

SKIP DI HOSPITAL

Tengku Affan menunggu dengan sabar menunggu gadis tersebut. Sedang dia termenung dapat dia lihat seoranf dokter keluar dari bilik kecemasan itu.

"Macam mana dokter!" Kata Tengku Affan dengan datar.

Dokter itu hanya memandang Tengku Affan dari atas sampai bawah.

"Encik waris kepada pesakit ke?" Soal Dokter tersebut.

"Ya..saya waris kepada pesakit itu..jadi macam mana dengan adik sepupu saya?" Soal Tengku Affan.

Ya! Dia terpaksa menipu kalau tidak dia tidak akan tahu keadaan gadis tersebut.

"Macam ini Encik..keadaan pesakit sudah stabil. Kami melihat banyak luka dan kesan kesan lebam pada badan pesakit..kami dapati seperti pesakit didera dan dipukul." Terang Dokter tersebut.

Tengku Affan terduduk mendengar jawapan dari dokter tersebut dan dokter itupun meninggalkan Tengku Affan didepan wad gadis itu.

♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎

Tengku Affan melihat wajah gadis yang sedang lena itu. Seketika dia terpukau dengan wajah gadis tersebut. Masyaallah cantik.

"Kenapa lah aku terdetik nak tolong kau..sedangkan aku tak pernah tolong mana mana perempuan pun." Desis hati Tengku Affan.

Tengku Affan leka memandang wajah gadis itu sehingga tersentak melihat gadis itu perlahan lahan membuka mata.

"Dah bangun..". Kata Tengku Affan dingin.

Gadis itu mengangguk.

"Nak air?" Soal Tengku Affan.

Gadis itu menganggukkan sekali lagi.

Tengku Affan perlahan lahan membangunkan wanita dihadapannya dan mengambil air terus menyuakan air itu kearah gadis itu.

Laju gadis itu minum. Tengku Affan hanya memerhati sebelum meletakkan gelas itu kembali.

"Nama kau apa?" Soal Tengku Affan.

Gadis itu memandang wajah Tengku Affan dengan senyuman sehingga dapat dilihat lesung pipit gadis itu. Terpana seketika Tengku Affan melihat senyuman itu.

"Nama saya Tengku Ameera Zahra Binti Tengku Arman Adha." Kata gadis itu.

"Nama aku Tengku Affan Zafran Bin Tengku Afdam." Balas Tengku Affan.

Gadis itu mengangguk dan memandang Tengku Affan.

"Awak boleh panggil kita Meeya..sebab orang lain panggil kita Meeya." Kata Tengku Ameera pada Tengku Affan.

"Itu dah biasa..aku akan bahasakan kau Zahra mulai saat ini." Kata Tengku Affan.

Tengku Ameera hanya menganggukkan kepala.





























THIS IS MY FIRST PROLOG I HOPE YOU CAN ENJOY
AND PLEASE BE HAPPY AND VOTE AND COMMENT 🐱🌕

Tengku Affan Zahran: His Baby Girl 【COMPLETED】Where stories live. Discover now