AFFANXAMEERA【 EP 20】

2K 52 0
                                    

Seperti yang dirancang Tengku Affan akan membawa anak dan isterinya ke rumah Tok Ma. Bukan main seronok wanita itu apabila mahu ke Kedah kampung Tengku Affan.

Tengku Affan memandang sekilas isterinya yang sedang makan keropok lekor dan melihat si kembar itu mahu menarik keropok lekor dari Tengku Ameera.

"atatah...atatah...". Bebel Ayden.

Tengku Affan menggelengkan kepalanya melihat Tengku Ayden sentiasa mahu mengambil keropok lekor di tangan Tengku Ameera.

"No...Ayden..nanti tercekik..mummy susah..mummy nak makan ni lapar..jap lagi nak bagi korang susu..duduk diam diam." Kata Tengku Ameera.

Tengku Ayden mencebikkan bibirnya dan memandang abangnya dengan mata berair.

Tengku Aidan buat tak tahu sambil bermain botol susu ditangannya.

Tengku Affan berhenti di satu kedai makan yang berhampiran dengan kampung Tok Manya jadi dia berhenti untuk membeli sedikit makanan untuk Tok Ma.

"Mummy..Daddy nak keluar ni..Mummy nak apa apa." Kata Tengku Affan melihat Tengku Ameera mendukung si sulung untuk diberikan susu.

"Urm..mee goreng dengan ayam goreng dah lama tak makan." Kata Tengku Ameera.

"Okey..nak ikut tak?" Soal Tengku Affan.

"Tak nak...nak bagi kembar ni susu..pergilah husbaby..baby tunggu." Kata Tengku Ameera sambil memandang Tengku Affan.

Tengku Affan menganggukkan kepala dan meninggalkan anak dan isterinya didalam kereta dan meluru ke kedai makan tersebut.

Tengku Ameera memerhatikan Tengku Affan sambil menyusukan Tengku Aidan dan menepuk tubuh kecil itu dengan perlahan begitu juga Tengku Aiden selepas Tengku Aidan tertidur.

Terasa lama suaminya di kedai makan tersebut dia keluar kereta. Dan dapat di lihat Maklong Izzah dan Aisya sedang berbual dengan Tengku Affan sambil menunggu makanan siap.

Tengku Ameera melangkah kearah suaminya dan menegur Tengku Affan.

"Husbaby..". Panggil Tengku Ameera.

Terkejut Tengku Affan serta Maklong Izzah dan Aisya.

"Meera...". Panggil Maklong Izzah.

Tengku Ameera memandang mereka dan menyalam Maklong Izzah. Seburuk mana pun perangai Maklong Izzah dan Aisya terhadapnya dia sudah maafkan dan malas mahu berdendam.

"Maafkan kami anak beranak naa..". Kata Maklong Izzah.

Tengku Affan hanya memerhati.

"Tak apa Meera tak ambil hati pun...Meera dah maafkan Maklong dengan Aisya." Kata Tengku Ameera dan duduk disebelah Tengku Affan.

"Anak anak mana?" Soal Tengku Affan.

"Ada diaorang tidur..baby dah bukak aircond sebelum keluar tadi." Kata Tengku Ameera.

"Ouh ya..memandangkan korang berdua dah ada dekat sini..korang duduk sini sampai bila?" Soal Maklong Izzah.

"Urmm 3 minggu je maklong..sebab Meera ni dia dah lama tak balik kampung kan. Lagi lagi dengan masakan Tok Ma lagi dia rindu." Kata Tengku Affan.

Anak beranak itu saling berpandangan dan Aisya mengeluarkan sesuatu.

Walimatulurus

NUR AISYA QISTINA BINTI MOHD AZZAM
&
HAZ HAZMI BIN DATUK ARYAN

Terkejut mereka berdua membaca nama yang tertera pada kad tersebut.

Tengku Affan Zahran: His Baby Girl 【COMPLETED】Where stories live. Discover now