Kesemua ahli keluarga Tok Wan sudah bermula membuat persiapan raya. Para suami telah keluar dibawa bersama anak anak kecilnya dan para wanita sudah siap bertungkus lumus mengemas rumah Tok Wan yang sedikit besar.
Aisya melihat Tengku Ameera yang sedikit pucat itu menghampirinya. Perut yang bulat dan sederhana besar itu menghampiri Tengku Ameera yang sedang menolong potong masakan untuk berbuka dan masak dimalam raya nanti.
"Meera... " Panggil Aisya.
Tengku Ameera yang mendengar panggilan Aisya itu berpaling dan tersenyum nipis.
"Ye kak Aisya. Nak apa apa ke?" Soal Tengku Ameera.
Aisya hanya menggelengkan kepalanya. Dia menyentuh dahi Tengku Ameera dan dirinya. Suhu sama. Tapi kenapa pucat semacam.
"Kenapa Kak Aisya?" Soal Tengku Ameera.
Aisya menggelengkan kepalanya.
"Meera okey ke. Akak tengok pucat semacam sahaja kamu ni." Kata Aisya.
Risau dirinya. Dia memerhati sahaja langkah Tengku Ameera tadi. Terhuyung-hayang sahaja jalannya.
Tengku Ameera tersenyum comel serta...
Buk.
"Ameera!" Jerit Aisya.
Tangkas dia meletakkan kepala Tengku Ameera diatas ribanya.
"Meera bangun Meera. Jangan buat akak takut macam ni." Kata Aisya sambil menampar perlahan pipi Tengku Ameera.
"Tolong! Abang! Balik lah!" Jerit Aisha. Kerana didapur hanya ada mereka berdua sahaja yang lain sibuk diluar.
Kesemua wanita yang berada di luar itu terkejut mendengar jeritan didalam rumah.
"Awat tu. Maqi kita pi nengok." Kata Maklong Izzah.
Mereka semua bergegas masuk kedalam rumah.
"Ya allah! Meera!" Jerit mereka serentak.
"Call Affan lekaih Izzah!" Kata Tok Wan.
Mak Long Izzah segera menelefon Tengku Affan.
ΠΠΠΠΠΠΠΠ
Tengku Affan duduk di samping isterinya yang tidur pulas itu. Terkejut dirinya mendapat panggilan dari Maklong Izzah yang isteri kecilnya pengsan.
Perut yang rata itu diusap dengan penuh kasih sayang. Tidak disangka mahu tunda dahulu medapat zuriat tetapi sudah ada anaknya didalam perut Tengku Ameera.
Tangan Tengku Ameera digerakkan sedikit.
"Erghh..". Merintih Tengku Ameera perlahan.
Tengku Affan yang melihat itu tersenyum.
"Hai baby." Kata Tengku Affan dengan senyuman.
Tengku Ameera tersenyum lebar melihat Tengku Affan. Dia merentang tangannya untuk dipeluk oleh Tengku Affan.
Tengku Affan yang faham itu terus memeluk isteri kecilnya.
"Nindu Affan tite.. Hummm chemnya iyeee...". Kata Tengku Ameera sambil mencium pipi Tengku Affan dengan geram.
Tergelak kecil Tengku Affan melihat perlakuan isterinya.
"Dah baby. Aku ada kat sini je dengan kau." Kata Tengku Affan sambil menggusap kepala isterinya.
"Tite nindu Affan tite. Lama cangat dia pergi tadi sampai kite pengsan." Cerita Tengku Ameera.
"Hai.. Anak dah nak masuk lima pun masih manja lagi." Kata Affan dalam hati.
YOU ARE READING
Tengku Affan Zahran: His Baby Girl 【COMPLETED】
RomanceTENGKU AFFAN ZAHRAN × TENGKU AMEERA ZAHRA Pertemuan di lorong yang gelap..membuat Tengku Affan Zahran mahu membantu gadis yang polos itu. "Kenapa ada kat lorong gelap ni sorang sorang.." 【TENGKU AFFAN ZAHRAN】 "Hikss..hikss...hikkss..Meeya tak tahu...