Keesokan paginya Tengku Affan bangun dari katilnya terlihat seperti seseorang yang tidur disebelahnya. Mahu saja Tengku Affan menjerit tapi dilihat Tengku Ameera tidur dengan berpelukan teddybearnya.
Helaan nafas perlahan melihat Tengku Ameera tidur sebegitu rupa.
"Jap! Semalam aku tutup pintu..lepastuuu..ya allah aku tak kunci..". Batin Tengku Affan.
Tengku Affan bangun perlahan lahan dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil air wudhuk dan menunaikan solat subuh.
Selepas mengaminkan doa..Tengku Affan baring dihujung katil. Dan dapat lihat wajah Tengku Ameera tidur dengan keadaan yang comel pipinya yang tembam membuat Tengku Affan tersenyum lebar dan terus tertidur dengan keadaan mengiring kerana mahu menjaga jarak antara Tengku Ameera.
♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎
Sedang tidur lena Tengku Affan terasa tidurnya terganggu. Sudah dapat tangkap siapa yang kacau dia semasa tidur. Tengku Affan memegang tangan itu dengan lembut dan letak dibawah.
Tengku Ameera yang melihat Tengku Affan sudah bangun tersenyum suka. Dia bangun dan duduk bersila. Begitu juga Tengku Affan dengan keadaan mamai.
"Babygirl..boleh tak nanti jangan main masuk je dalam bilik ni..buatnya aku tadi tak pakai baju..malu kau nanti..tak baik tau masuk bilik orang tanpa permission..Babygirl patutnya ketuk dulu sebelum masuk okey sayang?" Soal Tengku Affan lembut tapi dengan ketegasan.
Tengku Ameera sudah sebik mahu menangis.
"Nanti..Meeya dah tak nak dah masuk bilik Affan..jahat...huaa Abang Adhammm...hikss". Jerit Tengku Ameera dan berlari menuju ke ruang makan.
Terus segar bugar mata Tengku Affan mendengar Tengku Ameera menangis. Ini kali pertama dia menangis depannya. Selama ini gadis itu mana pernah menangis..tetapi sekarang dia dah buat gadis itu menangis.
Tengku Affan bangun dan masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri.
♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎
Tengku Affan berjalan kearah ruang makan itu dapat dilihat Tengku Ameera sedang cuba makan dengan sendiri dengan comotnya makan mee gorengnya.
Ya! Mee goreng lagi..tapi itu dikhas kan untuk Tengku Ameera jadi Tengku Adham tak boleh nak usik mee goreng yang dimasak oleh isterinya. Kata Shuhada mee goreng ni khas untuk Ameera je.
"Baby...". Panggil Tengku Affan.
Tengku Ameera diam saja tidak mahu bercakap dengan Tengku Affan. Tengku Ameera diam dan cuba makan sendiri.
"Baby..tak nak suap aku ke?" Soal Tengku Affan.
"Kau buat apa dengan adik aku?" Soal Tengku Adham.
"Ala..aku termarah sikit je sebab dia tidur dalam bilik aku..jadi aku ingatkan dia..pastu dia nangis...". Terang Tengku Affan.
Tengku Adham menganggukkan kepala.
"Meeya memang macam tu..dia tidur dengan keadaan tak sedar..dia suka sangat tidur berjalan..ada satu tu dia pergi tidur dekat dalam tandas..sebaik akak cari dia pagi pagi..kalau tak demam budak tu." Kata Shuhada.
Tengku Affan hanya menggelengkan kepalanya dan melihat Tengku Ameera sedang menyumbat mee kedalam mulutnya sendiri.
Melihat gadis itu diam tiba tiba Tengku Affan mendapat idea.
"Hurmm...baru ingat tadi nak ajak baby jalan jalan dengan makan aiskrim...tapi Affan tengok babygirl Affan merajuk lah macam tak jadi je harini...". Kata Tengku Affan dengan nada sedih.
YOU ARE READING
Tengku Affan Zahran: His Baby Girl 【COMPLETED】
RomanceTENGKU AFFAN ZAHRAN × TENGKU AMEERA ZAHRA Pertemuan di lorong yang gelap..membuat Tengku Affan Zahran mahu membantu gadis yang polos itu. "Kenapa ada kat lorong gelap ni sorang sorang.." 【TENGKU AFFAN ZAHRAN】 "Hikss..hikss...hikkss..Meeya tak tahu...