AFFANXAMEERA【EP 17】

2.1K 50 1
                                    

6 bulan berlalu..pelbagai kejadian yang berlaku dalam kehidupan pernikahan Tengku Affan dan Tengku Ameera. Seperti Tengku Arman tidak habis mengacau keluarga kecilnya bersama dua wanita iaitu Datin Alisya dan Maysara Karina.

Kali terakhir anak beranak itu mengacau rumah tangga mereka Tengku Affan sempat memberi amaran keras pada keluarga tersebut termasuk Tengku Adham.

Dan yang paling penting kandungan Tengku Ameera sudah menginjak 6 bulan. Tengku Affan sudah memberi tahu keluarganya termasuk Tengku Adham dan Shuhada.

Dan Shuhada juga telah selamat melahirkan bayi perempuan nama diberi Nur Safiyyah Amirah.

♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎

Di kediaman Tengku Arman.

"Abang macam mana?" Soal Datin Alisya.

Anaknya juga turut serta iaitu Maysara Karina.

"Macam mana apa...semua tak jalan...dia macam tak takut je ancaman kita...May macam mana?" Soal Tengku Arman.

"May dah buat macam macam tak jalan jugak...lepastu May ada bagi gambar edit dekat si budak sengal tu pun si sengal tak layan dan buat tak tahu gambar tu." Kata Maysara.

"Saya ada idea". Kata Datin Alisya selepas mendengar keluhan dari dua anak beranak itu.

"Apa?" Soal mereka serentak.

Datin Alisya hanya menampilkan smirk. Mereka berdua yamg faham isyarat itu pun sama menampilkan smirk mereka.

♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎

Seperti biasa hari ini Tengku Ameera akan ditemani oleh Haz Hazmi pembantu peribadi suaminya sekaligus orang kepercayaan adik iparnya.

Haz Hazmi sudah berkata pada dua Tengku itu dia akan menjaga Tengku Ameera seperti adiknya dan anak anak mereka juga dia sanggup jaga kerana dia suka budak budak.

"Abang Hazz...Meeya nak keropok lekor boleh?" Soal Tengku Ameera yang berada di sebelah Haz Hazmi.

Haz Hazmi memandang Tengku Ameera dengan senyuman tipis.

"Boleh...Meeya nak tunggu sini ke...atau nak ikut abang Haz?" Soal Haz Hazmi.

"Dekat sini je...Meeya penat laa..baby asyik tendang je nak keropok lekor...". Adu Tengku Ameera.

Haz Hazmi hanya menggelengkan kepala dan meninggalkan Tengku Ameera di dalam kereta. Sementara menunggu Haz Hazmi...Tengku Ameera mengeluarkan telefonnya untuk menelefon Tengku Affan.

"Assalammualaikum...husbaby..". Kata Tengku Ameera dengan gembira.

Tengku Affan yang mendengarkan suara isterinya hanya menggelengkan kepala. Tengku Affan terpaksa meninggalkan Tengku Ameera kerana pekerjaannya jadi dia mempercayai Haz Hazmi untuk menjaga isterinya yang hyperactive itu.

"Waalaikummussalam babygirl..babygirl buat apa tu...?" Soal Tengku Affan.

"Baby ikut Abang Haz beli keropok lekor..dari tadi baby tendang je nak keropok lekor..hmm..Husbaby...Meeya rinduuu dekat Husbaby...husbaby balik tau..baby tunggu..". Kata Tengku Ameera.

"Yelah baby..mentang mentang aku tak ada...kau boleh buli aku punya bodyguard  aku yaa...aku pun rindu kau sayang..nanti aku balik kau peluk aku puas puas okay sayang...". Kata Tengku Affan.

Tengku Ameera hanya tersenyum.

"Waaa...keropok lekor....". Jerit Tengku Ameera dan keluar dari kereta.

Tengku Affan hanya menggelengkan kepalanya ditalian.

Tiba tiba semasa Tengku Ameera mahu berjalan menuju ke Haz Hazmi ada satu kereta laju melucur kearahnya. Haz Hazmi melihat itu sudah cuak dan terus berlari untuk mendapatkan Tengku Ameera yang sedang berjalan kearahnya.

Tengku Affan Zahran: His Baby Girl 【COMPLETED】Where stories live. Discover now