AFFANXAMEERA 【EP 7】

2.7K 71 0
                                    

Tengku Affan bangun apabila mendengar deringan telefonnya sekilas pandangannya apabila melihat Tengku Ameera setia memeluknya.

Dia mengambil telefonnya seketika dan memandang jam yang sudah disetkan untuknya sebelum tidur.

Tengku Affan sekali lagi memandang Tengku Ameera dan mengelus lembut kepala Tengku Ameera. Tengku Ameera berasa seseorang mengacau tidurnya merengek seketika.

Tengku Affan tersenyum suka. Seketika Tengku Affan mengeluh.

Dia teringat percakapan tentangnya dan Ameera. Maklongnya memburukkan isterinya depan mak dan ayahnya. Mujur ibu bapanya tidak percaya.

FLASHBACK

"Kau betul ke nak jadikan dia menantu kau?" Soal Maklong Izzah.

Datin Suraya memandang kakaknya dengan tajam.

"Apa maksud kaklong ni?" Soal Datin Suraya.

"Yelah tengok gaya budak tu macam terencat je. Tahan ke si Affan tu nak jaga dia sedangkan Affan pun susah nak jaga diri sendiri." Sindir Maklong Izzah.

"Eh! Kaklong..jangan nak burukkan anak dan menantu saya boleh tak..Kaklong tak kenal anak saya macam mana. Kalau dapat tahu yang Kaklong sindir dia dengan isteri dia." Kata Datin Suraya dan meninggalkan Maklong Izzah begitu saja.

END OF FLASHBACK

Sedang Tengku Affan mengelamun dia dapat rasakan tangan kecil sedang bermain pipinya. Tengku Affan memandang bawah dapat dilihat wajah comel isterinya.

"Morning baby...". Kata Tengku Affan perlahan.

"Morning husbaby hihi..". Terkekek Tengku Ameera.

Tengku Affan hanya senyum suka.

"Okey..right now..mandi kita turun dan sarapan okey." Kata Tengku Affan sambil menganggkat Tengku Ameera.

Tengku Ameera tersenyum suka apabila Tengku Affan mengangkatnya.

♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎

Tengku Affan dan Tengku Ameera melangkah menuju ke arah meja makan seluruh ahli keluarganya sudah berkumpul untuk berkumpul bersama sama.

Termaksud keluarga maklongnya. Maklong Izzah dan Aisya memandang pasangan baru itu tidak berpuas hati.

Tengku Affan duduk disebelah isterinya dan meletakkan mee goreng iaitu kegemarannya.

"Haaiihh....patutnya si isteri yang hidangkan dekat suami bukan suami hidangkan untuk isteri." Sindir Maklong Izzah.

Semua sedang menikmati hidangan terhenti apabila melihat dan mendengar kata kata Maklong Izzah termasuk juga Tengku Affan dan Tengku Ameera.

"Mana ada Affan hidangkan untuk isteri Affan..Affan selalu makan satu pinggan dengan Meera siap bersuap lagi..lagipun kami memang dah terbiasa buat macam tu." Kata Tengku Affan.

"Awal awal je macam ni..pastu tak bersuap bagai nanti." Bidas Aisya.

Tergelak sinis Tengku Affan. Tengku Affan menunjukkan wajah bengisnya kepada dua insan itu. Tengku Ameera melihat wajah Tengku Affan terus mengenggam erat baju Tengku Affan.

Tengku Affan tersedar akan perbuatannya terus meletakkan mee dipinggan.

"Sebelum nak jugde orang tu tak tahu pasal agama ke? Nabi pun suap isteri dia gunakan tangan dan berkongsi makanan dapat banyak pahala. Bukan macam maklong dengan Aisya." Bidas Tengku Aidil.

Maklong Izzah dan Aisya terus terdiam apabila suara Tengku Aidil mencelah. Bukan mereka tidak tahu perangai Tengku Aidil bila seseorang mengacau atau merosakkan kebahagian keluarganya dia akan lawan habis habisan. Tetapi baran Tengku Aidil tidak seperti Tengku Affan lihat saja jejaka itu diam tetapi apabila sudah mencelah memang menempah maut juga lah nanti.

Tengku Affan Zahran: His Baby Girl 【COMPLETED】Where stories live. Discover now