Tengku Affan mencari anak anaknya serta isteri kecilnya. Dikelilingi rumah besarnya itu dan mencari kelibat anak anaknya serta isterinya.
"Mana diaorang ni? " Soal Tengku Affan sendirian.
Dia mengeluh. Jam dilihat. Sudah dekat mahu berbuka tetapi kelibat mereka pun tidak nampak.
Esok adalah hari last mereka berpuasa jadi harini Tengku Ameera sudah berjanji dengannya mahu masak bersama sama. Malah kelibat isteri nakalnya sampai sekarang tidak terlihat.
6.45 petang.
Dengan perasaan sedikit gusar. Tengku Ameera masuk kedalam rumah.
Dan dilihat wajah garang suaminya itu. Dia menunduk sambil berjalan kearah suaminya. Tengku Affan.
"Mana baby pergi. Anak anak mana?" Soal Tengku Affan dengan tenang. Walhal dalam hati itu sudah mengelegak mahu marah isteri kecilnya.
Tengku Ameera memandang suaminya.
"Tite antar anak anak pergi rumah daddy dengan mummy Affan." Kata Tengku Ameera perlahan.
"Kenapa?" Soal Tengku Affan.
Tengku Ameera mendekati Tengku Affan dan memeluk Tengku Affan erat.
"Tite hantar diaorang sebab mummy daddy nak balik kampung. Mummy dengan daddy nak bawak anak anak. Mummy suruh kita gerak lepas berbuka ni." Kata Tengku Ameera.
Tengku Affan mengeluh. Allah.. Lupa mahu beri tahu isterinya tentang itu. Sibuk dengan kerja anak anak dan isteri diabaikan.
Tangan naik mengelus rambut Tengku Ameera dengan lembut.
"Sorry baby. Affan lupa nak bagitahu tentang tu." Kata Tengku Affan dengan serba salah.
"Tak apa. Baby tahu Affan busy." Kata Tengku Ameera.
Tengku Affan membawa badannya dan Tengku Ameera kekiri dan kekanan. Gelak Tengku Ameera. Tengku Affan hanya tersenyum.
Jam dilihat.
7.15 malam
"Alamak! Baby dah nak berbuka! Cepat baby ambik kurma Affan masak telur je kita makan dengan kicap!" Kalut Tengku Affan.
"Ayam goreng dengan mee goreng?" Soal Tengku Ameera dengan polos.
Ya allah! Masa masa ni dia nak pikir makanan favorite dia tu.
"No baby. Nanti nanti. Dah tak sempat." Kata Tengku Affan dia mengeluarkan beberapa biji telur.
"Alaa..." . Muncung saja wajah Tengku Ameera.
Dengan lesu dia menolong suaminya. Tergelak perlahan Tengku Affan.
ΠΠΠΠΠΠΠ
"Alhamdulillah. Kenyang baby?" Soal Tengku Affan.
Tengku Ameera menganggukkan kepalanya.
"Dah kemas ke baju? Kita kan nak gerak." Kata Tengku Affan sambil membawa pinggan dan basuh disingki.
Sekali lagi Tengku Ameera mengangguk.
Tengku Ameera bangun dan meninggalkan Tengku Affan sendirian. Tengku Affan perasan akan gerakkan isterinya terus berlari dan memeluk tubuh isterinya.
"Why baby? Affan ada buat salah ke hum?" Soal Affan lembut.
"No." Jawab Tengku Ameera dengan nada perlahan.
Tengku Affan tersenyum nipis dia memusingkan badan isteri kecilnya. Rambut yang sedikit serabai itu dibetulkan sedikit.
"RnR nanti kita makan ayam goreng dengan mee goreng okey?" Soal Tengku Affan.
Tengku Ameera dengan teruja menganggukkan kepalanya dan mencium sekilas bibir suaminya.
"Terima kasih Affan. Baby sayang Affan." Kata Tengku Ameera.
"Jom naik bilik." Ajak Tengku Affan dan dia mengendong badan Tengku Ameera. Terjerit kecil Tengku Ameera.
ΠΠΠΠΠΠΠ
Wajah lena Tengku Ameera di pandang sekilas. Mereka sudah berada di jalan raya. Wajah lesu isterinya dipandang dengan kasih sayang.
Dia mengusap perlahan badan Tengku Ameera. Salahnya kerana mahu gerak selepas berbuka tetapi terlajak pukul 10 malam kerana mereka melakukan aktiviti ringan "sedikit".
Kereta dipecut agar sampai ke destinasi dengan cepat. Semua keluarganya sudah ada disana termasuk Akak Shuhada dan Tengku Adham.
Mereka rancang mahu menyambut bulan puasa serta menyambut hari raya bersama sama.
ΠΠΠΠΠΠΠ
Sampai sahaja dirumah Tok Wan dapat dilihat bodyguardnya a.k.a sepupunya. Haz Hazriq.
"Dah lama tunggu?" Soal Tengku Affan sambil mengenggam tangan Tengku Ameera.
Haz Hazriq tersenyum kearah sepupunya itu.
"Tak lah. Lagipun tadi aku keluar jap. Aisya dia mengidam nak nasi goreng mamak. Tu. Tengah makan kat dapur." Kata Haz Hazriq.
Aisya mengandung anak sulung mereka. Lelaki. Jadi di trimester ke 2 ni banyak yang dia mengidam jadi Haz ikut sahaja.
"Aku tolong angkat barang ehh. Tok Wan dah kemas dah bilik korang. Just tidur je. Tengok Meeya pun dah lesu je badan dia. Letih gamaknya." Kata Haz Hazriq sambil memandang Tengku Ameera.
Tengku Affan tersenyum dan menganggukkan kepalanya seraya membawa masuk isterinya dan Haz Hazriq mengambil barang mereka.
ΠΠΠΠΠΠΠ
Keesokannya. Mereka beramai ramai bersahur. Tengku Ameera melentokkan kepalanya sambil mengunyah nasi perlahan lahan.
"Penat sungguh naa Meera?" Kata Maklong Izzah semua tertuju pada pasangan tersebut.
"Tadi Affan buat baby..." Kata Tengku Ameera.
Tengku Affan menepuk mulut Tengku Ameera dengan perlahan. Semua disitu tergelak. Kanak kanak disitu yang tidak tahu apa yang dibualkan juga tergelak.
"Shhuhh.. Baby ni.." Kata Tengku Affan dengan perlahan dan sedikit malu.
Tengku Ameera tersenyum dan menyuapkan makanan kedalam mulut Affan dan Affan menerimanya.
"Haa harini last sahur. Tengah hari kena dah beli barang buat persiapan besok. Tok nak semua siap sedia semua kena buat kecuali Aisya sebab dia mengandung". Kata Tok Wan.
Muncung mulut Aisya apabila dia tidak dibolehkan kerja juga.
"Sayang tak mau mulut muncung macam tu. Meera pun dulu macam tu. Jugak." Pujuk Haz Hazriq.
"Yelah..". Kata Aisya perlahan.
"Dah dah dah. Ni semua pi rehat. Izzah mai tolong aku basuh." Kata Tok Wan.
Maklong Izzah menganggukkan kepalanya dan mereka semua membuat kerja masing masing.
Termasuk Tengku Affan. Tengku Affan menyapa anak anaknya seketika dan membawa isteri kecilnya tidur kembali. Tersengguk sengguk tadi makan nasi.
Penat sangat gamaknya.
YOU ARE READING
Tengku Affan Zahran: His Baby Girl 【COMPLETED】
RomanceTENGKU AFFAN ZAHRAN × TENGKU AMEERA ZAHRA Pertemuan di lorong yang gelap..membuat Tengku Affan Zahran mahu membantu gadis yang polos itu. "Kenapa ada kat lorong gelap ni sorang sorang.." 【TENGKU AFFAN ZAHRAN】 "Hikss..hikss...hikkss..Meeya tak tahu...