SC [THE REAL ENDING]

804 34 1
                                    

Just kidding guys. Its not sad ending but happy ending.

Hari raya disambut meriah oleh keluarga mereka. Ada yang berebut kuih raya dan ada yang rebut lemang.

Tengku Affan meletakkan Tengku Ameera di betisnya. Jangan risau. Pemandangan ini sudah selalu dilihat oleh mereka. Jadi mereka tidak kisah.

Tangan mengusap perut Tengku Ameera yang sedikit terlihat itu. Zuriat mereka. Tidak sabar nak menunggu si kecil.

"Pasangan yang tak beberapa pengantin baru tu. Mari lah makan. Lambat habis!" Jerit Tengku Adham.

Tergelak pasangan itu.

"Nak makan tak? Hum?" Soal Tengku Affan perlahan.

Tengku Ameera menanggukkan kepalanya.

"Nak. Tapi boleh tak... Nak abang Haz suap boleh?" Soal Tengku Ameera dengan manja.

Berkerut kening Tengku Affan. Kenapa nak orang lain suap dia tak nak ke.

"Kenapa tak nak aku suapkan ke?" Soal Tengku Affan.

Tengku Ameera menggelengkan kepalanya.

"Tak nakk.. Tite nak abang Haz suapkan... Hum..". Kata Tengku Ameera sambil mengusap perutnya.

Tengku Affan mengeluh.

"Affan mengeluh? Tite ni bawak anak dia tau. Nak mengeluh je teje die.. Ingat tite ni tak penat ke usung peyut cana cini.. Dah lah nak masuk bilik." Bebel Tengku Ameera dan menutup pintu.

Haihh.. Bebel bebel pun comel macam mana ni.

Tengku Affan bangun daru kerusi dia menuju ke dapur dan dilihat semua ahli keluarga mereka sudah menikmati makanan yang telah dia sediakan.

"Sorang je Affan?" Soal Tok Wan.

Tengku Affan yang sedang membubuh rendang dan lemang serta satu ketupat palas memandang kearah Tok Wan yang berbicara dengannya.

"Haah. Meera dia nak rehat jap. Lenguh katanya." Kata Tengku Affan.

Saja menciptakan alasan supaya ramai tidak bertanya padanya sahaja.

Tengku Affan memandang Haz Hazriq yang sedang leka makan rendang Tok yang dibuat oleh Tengku Ameera. Maklum lah sejak jadi mummy ni dia banyak belajar memasak dan pandai serba sedikit masak.

Haz Hazriq yang terasa dipadang terus memandang Tengku Affan. Kening dikerutkan. Tanda apa?

Tengku Affan membuat isyarat mata kepada Haz Hazriq. Haz Hazriq yang faham akan kode mata itu terus meminta izin kepada semua orang yang melihat dirinya mengikuti jejak Tengku Affan.

ΠΠΠΠΠΠΠΠ

Bilik Tengku Affan dan Tengku Ameera dilihat oleh Haz Hazriq. Dilihat Tengku Affan berdiri di depan pintu itu membuatkan Haz Hazriq kerutkan kening.

"Kenapa kau tak masuk?" Soal Haz Hazriq.

Tengku Affan memandang seketika wajah Haz Jazriq sebelum pinggan beralih pada Haz Hazriq. Makin berkerut kening Haz Hazriq.

"Ambik ni. Aku izinkan kau suapkan isteri aku. Dia teringin nak kau suapkan dia. Lagisatu aku akan awasi kau dengan isteri aku." Kata Tengku Affan.

Haz Hazriq menggaru kening yang tidak gatal. Suap? Suap Ameera ke?

Tanpa dengar kata Haz Hazriq terus Tengku Affan membuka pintu. Lihat isterinya selubung dalam selimut.

"Baby...". Panggil Tengku Affan dengan lembut.

Tengku Ameera buat tidak endah sahaja panggilan suaminya itu. Tangan setia mengusap perutnya.

"Dik..". Panggil Haz Hazriq.

Tengku Ameera yang kenal dengan suara itu terus berpaling. Dia tersenyum lebar. Isyarat mata Tengku Affan menyuruh Haz Hazriq datang dan duduk disebelah isterinya itu.

"Abang Haz datang yea..". Kata Tengku Ameera dengan ceria.

Tidak sekali memandang wajah suaminya itu.

"Iya abang datang sambil bawa makanan ni". Ditunjukkan makanan yang telah dibawa oleh Tengku Affan tadi.

Tengku Ameera tersenyum suka. Sedia menerima suapan dari abang Haz kesayangannya.

Haz Hazriq melihat itu terus menyuapkan makanan kedalam mulut Tengku Ameera dahulu.

Tersenyum dia melihat isteri abang ipar sepupunya ini. Comel. Macam isteri dia.

Tengku Affan memandang tanpa niat cemburu. Faham kehendak isterinya. Biasalah pembawakan budak. Tapi ini lagi nakal dari 5 orang tu. Doanya biarlah 1 sahaja yang keluar. Kalau kembar haih.. Susah lah dia.

Makanan sudah habis. Haz Hazriq meminta diri kepada mereka berdua dan meninggalkan pasangan itu.

Tengku Ameera memandang Tengku Affan yang statik disitu merentangkan tangan mahu dukung.

Tengku Affan yang faham itu terus mendukung isterinya. Dia menepuk badan isterinya lagak bayi umur 3 bulan. Perlahan sahaja. Sengaja berbuat begitu.

Kerana kalau tidak tidur haa mula lah nak itu nak ini. Panjat sana panjat sini. Haihh. Firasat mengatakan anaknya lelaki nanti.

"Daddy Affannn". Panggil Tengku Ameera dengan manja.

Tengku Affan hanya berguman sahaja.

"Anak anak mana. Sunyi je?" Soal Tengku Ameera.

Selalunya mereka akan mengetuk-ngetuk pintu mahu melihat mereka berdua ini tidak senyap je.

"Anak anak beraya. Jangan risau. Anak Abang Adham dengan Kak Shu ada." Kata Tengku Affan.

Tengku Ameera mengumam sahaja tak larat berkata dia melelapkan matanya dibahu suaminya.

Tengku Affan dengar sahaja dengkuran halus itu terus tersenyum nipis. Dia meletakkan badan Tengku Ameera perlahan lahan dan dia pula merebahkan dirinya sebelah isterinya. Penat. Jadi dia mahu sementara.

ΠΠΠΠΠΠΠ

Malam yang meriah dengan suara kanak kanak yang berlari bermain mercun. Ibu bapa hanya memerhati sahaja.

"Mummy!" Aidan berlari menuju kearah Tengku Ameera yang menjamah mangga bersama Affan.

"Yes little boy?" Soal Tengku Ameera.

"Mercun dah habis..". Monyok sahaja jawapan Aidan.

Tengku Ameera tersenyum. Peluh didahi anaknya dilap. Haih lasak sungguh dia.

"Pergi minta kat Pak long Adham." Arah Tengku Ameera.

Aidan mengangguk dan berlari mendapatkan uncle Adhamnya.

Mereka berdua tersenyum ada sahaja teletah anak anak mereka. Haihh. Ni belum keluar lagi yang dalam perut ni.

"Attention everyone! Come here lets make a some videooo!!" Jerit Tengku Aidil.

Semua disitu sudah berkumpul. Kanak kanak juga sudah berkumpul dengan cepat. Dengan kiraan....

1....

2 ...

3....

"KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATINNN!! WOHOOO WOOO". Jerit mereka serentak.

Klik!





THE END OF SPECIAL CHAPTER TENGKU AFFAN
FAMILY.

NAK SEASON 2 TAK? KALAU NAK VOTE BANYAK BANYAK. KOMEN BANYAK BANYAK. DAN KEMUKAKAN
IDEA ANDA SUPAYA SAYA AKAN BUAT LAGI TENGKU
AFFAN FAMILY INI.

SEASON 2?? KOMEN SINI PATT.

DAN LUPA PULA MEMANDANGKAN AFFAN SEKELUARGA DAH MINTA MAAF. SAYA DISINI INGIN MEMOHON MAAF KALAU ADA TERSALAH BAHASA TERKATA KASAR DALAM CERITA AFFAN AND FAMILY.

TERIMA KASIH SEMUA. JEMPUT SUPPORT KARYA SAYA YANG LAIN JUGAA..

ASSALAMMUALAIKUM 🤍

Tengku Affan Zahran: His Baby Girl 【COMPLETED】Where stories live. Discover now