Tengku Adham dan Shuhada baru saja balik dari klinik. Memang benar kata Tok wan petang tadi. Isterinya memang mengandungkan anak mereka.
Rasa bersyukur keatas illahi kerana memberikan kepercayaannya pada mereka untuk merasai anak mereka sendiri.
"Affan ada cakap dengan abang Tok wan dah masakkan.. masakkan kampung untuk kita semua..sayang happy tak?" Soal Tengku Adham dengan gembira.
Terus berbinar mata Shuhada mendengarkan itu terus dia menganggukkan kepalanya. Sangkin khayalnya mereka berbual terasa sekejap saja sampai dirumah Tok wan.
♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎
Tok wan yang berada di pangkin itu melihat kedatangan Tengku Adham dan Shuhada.
Mereka berdua keluar dari kereta sambil berpegang tangan dan tersenyum kearah Tok wan.
"Haa..dah sampai hampa..". Sapa Tok wan.
"Baru je Tok..ni Tok buat apa ni kat luar? Nak maghrib dah." Kata Tengku Adham.
"Ni haa..si Aidil tu teringin nak makan ulam ulaman ni tu tok ambik sat..mai masuk semua dah ada dah". Ajak Tok wan.
Mereka berdua mengangguk dan masuk bersama sama dan dapat dilihat Tengku Affan dan Tengku Ameera memandang mereka termasuk ahli keluarga yang lain.
"Pergi mana tadi dham?" Soal Tengku Affan.
"Pergi klinik jap..". Balas Tengku Adham.
"Sapa sakit hang ka?" Soal Tok wan apabila selesai basuh ulam ulaman.
"Hehe..tak adalah tok..masin mulut tok..betul lah..isteri saya mengandung dah 1 bulan kami je yang tak perasan." Kata Tengku Adham.
Semua terkejut dan mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
"Hurm..elok lah tu..yang ni dah nak ada anak..yang tu bila lagi?" Soal Maklong Izzah. Dia datang bersama Aisya.
"Aiihh baqu turun ka..dah tua bangka tak reti ka tolong aku ni kat dapuq...baik yang tua..baik yang muda sama jaa..pemalaih. Sebaik ada Meera tolong aku tadi." Sindir Tok wan.
Anak beranak itu sudah menahan malu dan duduk di meja makan. Ya! Memang benar Tengku Ameera membantu Tok wan. Kata Tok wan perempuan kena jaga perut suami supaya suami tak adalah cari lain pesan Tok wan. Bukan saja Tengku Ameera saja tolong Tengku Affan juga menolong.
Sejuk hati Tok wan tengok cucu menantunya elok elok saja.
"Dah...Aidil baca doa..". Arah Tengku Afdham.
Tengku Aidil hanya akur dan membaca doa makan tersebut.
Selepas habis bacaan doa makan seperti biasa Tengku Affan hanya menggunakan satu pinggan untuk dirinya dan Tengku Ameera.
Dia menyuapkan Tengku Ameera. Tengku Ameera tergelak comel kerana suka Tengku Affan menyuap Tengku Ameera.
Disatu sisi Aisya memandang pasang yang sedang dengan dunia mereka sendiri."Kau tunggu..tak lama lagi akan hancur kebahagiaan korang..terutamanya kau Ameera.". Bisik hati Aisya.
♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎
Kini tinggal Tengku Ameera dan Shuhada dirumah kerana satu Tengku Ameera tidak boleh solat dan kedua Shuhada tidak dibenarkan ikut ke masjid dan solat dirumah saja.
Tengku Ameera leka melihat TV di hadapannya manakala Shuhada sudah berehat di dalam bilik. Sedang asyik kusyuk melihat TV tiba tiba Tengku Ameera mendengar ketukan pintu.
Tengku Ameera berlari dengan senyuman dia ingat suaminya sudah pulang tetapi...lelaki asing yang datang masuk ke dalam rumah Tok wan.
"Hai...cantiknya hang..patut laki hang suka naa..". Katanya sambil mengusap pipi Tengku Ameera.
YOU ARE READING
Tengku Affan Zahran: His Baby Girl 【COMPLETED】
RomanceTENGKU AFFAN ZAHRAN × TENGKU AMEERA ZAHRA Pertemuan di lorong yang gelap..membuat Tengku Affan Zahran mahu membantu gadis yang polos itu. "Kenapa ada kat lorong gelap ni sorang sorang.." 【TENGKU AFFAN ZAHRAN】 "Hikss..hikss...hikkss..Meeya tak tahu...