04 | Adhmeera

139 4 0
                                    

Seminggu berlalu sejak lawatan terakhir mereka ke sekolah lama yang menyimpan seribu satu kenangan itu.

Adhib laju mengorak langkah mencari Ameera yang entah di mana keberadaannya. Selesai sahaja kelas Puan Rania, berdesup hilang. Laju dia pecut keluar tak sempat beritahu hendak ke mana.

"Aih, mana dia pergi pulak ni?" Komen Adhib hairan apabila tiada bayang Ameera dapat dilihat. Kafeteria, taman hingga ke perpustakaan tempat kegemaran Ameera itu pun dia tiada.

Telefon sudah penat dua puluh kali berdering, tiada satu pun berjawab.

Mata Adhib melilau di seluruh kawasan kafeteria mencari susuk tubuh kecil sahabatnya itu. Hati sudah tidak senang rasa, berjalan pun seperti orang hilang tujuan hidup. Risau jikalau ada sesuatu terjadi.

"Amboi, bahagia sangat muka tu." Tegur Adhib tatkala matanya tertumpu kepada Ameera yang sedang riang berjalan. Terlompat lompat sepertinya dia manusia paling bahagia di dunia.

"Aku kat sini macam mak hilang anak, dia punya gembiranya macam mak dapat anak," bebel Adhib, mempercepat langkahnya mendekati Ameera.

"Jangan bahagia sangat. Dari mana ke mana buat apa dengan siapa?" Soal Adhib bertalu-talu panjang soalan dikemukakan. Dia melabuhkan punggungnya di hadapan Ameera.

Ameera tersengih-sengih.

"Ni haa.. tadi aku jumpaa dia," balasnya sengih kambing.

"Dia siapa?"

"Zackri lah, siapaa lagi," balas Ameera lagi.

Terus kelat pahit ekspresi wajah Adhib, ditarik masam marah agaknya.

"Dia ajakk aku get back and fix everything!!" Teruja pula suara Ameera bercerita. Meja makan ditepuknya berkali-kali seperti menang cabutan bertuah.

"Dia... apa?" Suara Adhib berubah, tiada lagi ton suara santai dan tenangnya. Kini, dia tampak serius dan marah.

"Lah, kenapa kau macam marah ni?" Soal Ameera pelik, dia sendiri sedang gembira Adhib pula yang emosi.

"Ameera Syakinaa binti Faizul, kau lupa apa dia buat dekat kau? All that heartbreak you go through? All that pain you had to face?! And you're happy when that stupid jerk ask you to be together again?! Kau ni insomnia ke?!" Suara Adhib tegas bersuara jelas terdengar tidak puas hatinya itu.

"Tapi-"

"Don't cut off my words! Kau lupa berapa malam kau menangis sebab manusia tiada nilai macam tu?! Kau lupa siapa yang gembirakan kau balik?! Dia ada tanya kau apa-apa?!" Sambung Adhib, lebih marah.

"Sebab tu dia ajak betulkan," ujar Ameera cuba membela.

"Tahap iq dia budak tadika mana?! Tahap kewarasan kau mana?! Kalau nak betulkan, dari mula lagi dia tak akan curang. DIA TAK AKAN CURANG DAN SAKITKAN KAU!" Tempelak Adhib.

"Adhib, you can't put all blame on him. Setiap manusia buat silap, that's why everyone deserves second chance," Ameera membalas.

"He's the one who created all this drama! Yes, second chance does exist but not for someone who doesn't know what does grateful mean. IF HE LOVE YOU, HE WON'T CHEAT FROM THE START! NO EXCUSE!"

Ameera terdiam, dia tertunduk.

"Kenapa kau benci sangat dengan Zackri? Dia sakitkan aku, bukan kau. Ini hidup aku, bukan kau. Kalau aku disakiti lagi, aku yang sakit. Bukan kau," balasnya kini kedengaran tidak lagi peduli tentang perasaan Adhib yang merisaukan dirinya.

Adhib tergamam dengan jawapan Ameera.

"Kau bela sangat lelaki tu, Ameera. Kau bela lelaki yang sakitkan kau berbanding sahabat kau yang dah 20 tahun ni." Kata Adhib terdiam tidak mampu membalas apa-apa.

"Bukan macam tu, Adhib," Ameera cuba memujuk Adhib namun kata-katanya segera dipotong.

"Kau nak sangat betulkan hubungan toksik ni? Silakan. Tapi jangan cari aku lagi," balas Adhib geram. Air matanya sudah berlinangan.

"Adhib, aku masih Ameera yang sama," kata Ameera.

"Tak, aku tak kenal kau siapa. Ameera Syakinaa aku tak bodoh macam ni."

"Adhib-"

"Aku tak kenal kau."

Adhib terus berlalu pergi. Hatinya sakit ibarat dibaling kemudian dihancurkan sehingga tidak dapat dicantumkan semula. Ibarat kaca yang dibaling kemudian dihancurkan seperti serbuk halus yang dianggap boleh dicantum semula.

Wanita yang dia sangat cintai, yang lama sudah dia cintai menerima lelaki yang banyak kali melukai dirinya berbanding dia sendiri. Apa Ameera tidak pernah sedar akan hati dan perasaan ini? Walhal dia tidak pernah sekalipun cuba menyakiti Ameera.

Dia menunggu 20 tahun, menahan segala perit yang terpaksa dilihat ketika wanita yang amat dicintainya pergi bersama lelaki lain. Kini, Ameera memilih untuk bersama lelaki yang telah melukai dirinya?!

Adakah kerana dia tidak pernah mengungkapkan rasa cinta itu....?

"Aku nak Ameera Syakinaa aku semula."

UNBROKEN PROMISE Where stories live. Discover now