Ameera terdiam mendengar Adhib memanggilnya dengan panggilan lama itu.
"Betul ke apa aku dengar tadi?" Soalnya ingin kepastian.
Wajah Ameera ditatap serius.
Ameera terdiam seketika.
"Betul ke apa yang aku dengar tadi, Ameera Syakinaa?" Soal Adhib sekali lagi.
"Apa eh aku cakap tadi? Aku macam dah tak ingat..." jawab Ameera cuba mengelak daripada menjawab soalan Adhib. Dia tersengih senget cuba mengelak rasa janggal.
"Ameera Syakinaa. Aku nak kepastian. Betul ke apa yang aku dengar tadi ialah betul apa yang kau cuba maksudkan?" Soal Adhib tegas.
Ameera seakan ragu-ragu ingin menjawab.
"Speak, Syakinaa." Arah Adhib.
Ameera mengangguk laju sebagai persetujuan kepada jawapan.
"Ye ye betul. Kau dengar betul. Aku suka kau," kata Ameera mengeluh perlahan.
Kepalanya digosokk perlahan, situasi sudah janggal tidak seperti biasa.
"Boleh tak kita pura-pura macam benda ni tak pernah jadi? Aku tak nak kita stranger," pinta Ameera gelisah.
"Stranger sebab?" Soal Adhib hairan, namun suaranya masih tegas.
Ameera kelihatan tidak tahu perkataan hendak disusun.
"Ameera Syakinaa, kau nak tahu tak jawapan aku apa?" Soal Adhib.
Laju Ameera menggeleng.
"Nanti kita jadi asing," jawab Ameera.
"Asing sebab?"
"Sebab kau tak suka aku. Nanti daripada elok-elok 20 tahun berkawan, tahu-tahu asing macan tak pernah wujud. Lupakan jelah benda ni," pinta Ameera tertunduk.
Adhib terdiam. Dia bersandar di tempat duduk kereta.
"Kenapa kau kata aku tak suka kau? Macam mana kau boleh ada keyakinan sebegitu tinggi? Apa bukti kau yang aku tak suka kau? Kau pernah ke masuk dalam hati aku? Ada pernah cuba tengok siapa penduduk dalam hati aku ni? Selama 20 tahun tu?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan tiada nafas dicuri.
Ameera tidak menjawab hanya menunduk.
"Kalau aku tak suka kau, aku akan terima tawaran Kolej Vokasional waktu tingkatan 4."
"Kalau aku tak suka kau, aku dah terus kerja selepas SPM dan tak sambung STPM."
"Kalau aku tak suka kau, aku dah pilih bidang elektronik instead of bidang perguruan."
"Kalau aku tak suka kau, aku dah ikut mak aku pindah England masa aku 7 tahun dulu."
Ameera terpinga-pinga dengan ayat Adhib.
"Sebab aku suka kau, aku sanggup tolak tawaran Kolej Vokasional untuk sentiasa dekat dengan kau. Biar lelaki lain tak rapat dengan kau,"
"Sebab aku sayangkan kau, aku ikut kau sambung STPM sebab aku tahu kau memang tengah struggle waktu tu. Aku tak nak biar kau seorang diri,"
"Sebab aku cintakan kau, aku tolak minat aku untuk jadi engineers dan ikut kau jadi cikgu sebab aku nak selalu ada untuk kau supaya kau boleh selalu rujuk aku dan bukan lelaki lain,"
"Sebab aku dari mula lagi yang 20 tahun suka kau, aku sanggup tinggal dengan nenek aku dekat Malaysia. Biarkan mak ayah aku pergi England. Sebab aku nak membesar dengan kau,"
Penjelasan Adhib mendiamkan Ameera daripada bersuara sepatah apa.
Ameera seakan dilanda ombak penuh perasaan. Rasa terharu kerana ternyata ada seorang insan yang cintainya. Rasa bersalah kerana tidak pernah menyedari cinta setulus itu.
Adhib yang dari tadi menatap wajah Ameera mengeluh perlahan.
"Kau sanggup kata aku tak suka kau? Untuk kau, aku sampai sanggup beri nyawa aku untuk kau," ujarnya.
"Dan kau... kau kata... aku tak suka kau. Aku tak suka kau? Aku? Tak suka kau?" Berkali-kali perkataan itu diulang, kepala Adhib dikusutkan serabut.
Ameera menunduk.
"Aku minta maaf. Aku tak tahu." Pohonnya.
"Sekarang? Kau dah faham? Kau dah tahu?" Soal Adhib.
Ameera mengangguk laju. Dia memberanikan diri dan menghadap wajah Adhib.
Matanya berkaca air mata sambil tersenyum lebar.
"Beruntungnya aku ni kan?" Ameera tergelak kecil.
"Sorry dho tak pernah sedar tentang ni. Mesti sakit kan?" Air mata yang jatuh ke pipinya di lap perlahan.
"Aku ni.. kejam kan?" Ujar Ameera mengetawakan diri sendiri.
"Tapi terima kasih, sebab selalu ada. Walau macam mana sakitnya kau bila dengan aku," tambah Ameera lagi.
Ameera tersenyum. Dia menatap wajah Adhib yang sudah lama merenung dirinya.
"Bagi aku peluang, boleh?" Pintanya.
"Peluang bahagiakan hati kau yang 20 tahun sakit disebabkan aku," sambung Ameera menjelaskan permintaannya.
Adhib tersenyum kecil sebelum mengangguk.
"Ada syarat." Ujar Adhib.
"Aku nak panggil kau Syakinaa semula."
Ameera agak terkejut namun kemudiannya bersetuju.
"Okay Farhaan," usiknya kembali.
YOU ARE READING
UNBROKEN PROMISE
Romance[lourvies's short novel series] Song Inspo : Teman Bahagia by Jaz Lourvies sekalian ingat lagi tak janji yang korang semua pernah buat masa umur 5 atau 6 tahun dulu? Jangan tanya saya lah, saya lagi tak ingat. Tapi, at least mesti kita semua ingat b...