05 | Adhmeera

135 6 0
                                    

"Dia ni serius sangatlah merajuk," omel Ameera melihatkan skrin telefonnya yang sudah 10 kali mendail nombor telefon Adhib.

"Sayang," panggil Zackri menegur Ameera yang sibuk bermain telefonnya. Jus mangga kegemaran Ameera diletakkan buatnya.

Zackri duduk di hadapan Ameera, menunggu jawapan daripada teman wanitanya.

"Apa yang khusyuk sangat tengok telefon tu?" Hairan Zakcri melihat Ameera yang dari tadi menaip di papan kekunci.

Ameera tersedar. Dia tersengih malu apabila ditegur.

"Tak ada pape," balasnya ringkas, tidak mahu jujur bahawa dia menghantar mesej pesanan buat Adhib. Sudah seperti karangan SPM lima perenggan.

"Just some work but it's all done," sambung Ameera lagi. Riak wajahnya masih gelisah merisaukan keadaan Adhib yang sudah tiga hari tidak berhubung khabar dengannya.

Zackri mengangguk faham, dia mengangguk sebelum menghirup sedikit jus limau.

"By the way, sayang," panggil Zackri lagi.

Ameera laju terus menutup skrin telefonnya dan memandang Zackri.

"Yup, why?" Jawab Ameera.

"Are you busy after this?" Soal Zackri sedikit serius.

Ameera berfikir sejenak, "No, no activities after lunch. Why, babe?"

Zackri mengangguk, tangannya perlahan ingin mencapai tangan Ameera yang sedang memegang gelas jus.

"Sayang-"

Ameera laju menarik tangannya daripada pegangan Zackri. Baginya, sentuhan antara lelaki dan perempuan yang masih bukan mahram itu sudah melebih.

Zackri tersenyum kelat sebelum meminta maaf, "Sorry sweetheart,"

"Kenapa? Awak nak apa?" Sambung Ameera ingin Zakcri berterus terang.

"Saya nak ajak awak jalan-jalan lepas ni, jom?" Ajaknya menghadiahkan senyuman kecil. Sudahlah dia malu ditolak tangan Ameera tadi.

Ameera mengangguk perlahan tanda bersetuju.

••••••••••••••••••

"Kita nak pergi mana ni? Jauh lagi ke?" Soal Ameera pelik kerana sudah hampir satu jam pemanduan tidak sampai lagi ke destinasi.

Zackri juga tidak memberitahu di mana destinasi mereka.

"Sabar ye sayang," balas Zackri, tangannya mengusap lembut bahu Ameera.

Wajah Ameera terlihat sangat tidak selesa. Dia menolak perlahan tangan Zackri.

Zackri terpaksa sajalah tersenyum kelat di situ.

"Sayang, kalau saya nak tanya something... boleh?" Pinta Zackri.

Ameera melihat sekilas ke arah Zackri.

"Tanyalah."

"I tahu waktu you dengan I, you tak pernah.... naughty right? Like even now, you macam tak suka sentuhan sangat. Tapi you pernah... you know.."

Teragak-agak Zackri hendak menjawab.

"Ever felt naughty?"

Ameera terbeliak terkejut mendengar soalan Zackri.

UNBROKEN PROMISE Where stories live. Discover now