06 | Adhmeera

138 7 0
                                    

TIGA BULAN KEMUDIAN...

"Malam ni kau nak makann kat mana?" Ajak Ameera menyergah Adhib dari belakang.

Adhib mengerling sekilas ke arah Ameera yang hanya separas bahunya.

"Waalaikumussalam." Perlinya.

Ameera tersengih kecil.

"Nak makan mana malam ni?" Sambung Ameera mengajukan soalan utamanya.

"Dah hari Khamis ke?" Hairan Adhib berkerut pelik.

Buku tebal milik Ameera menjadi senjata memukul Adhib.

"Ye lah, macam tak biasa," balas Ameera memuncung panjang.

Sejak kejadian itu, Adhib dan Ameera selalu keluar makan malam bersama setiap malam Khamis. Katanya sebagai tanda terima kasih dan maaf kepada Adhib.

"Entahlah, ikut kau lah. Kau yang belanja, aku tolong makan je," balas Adhib tersenyum kecil.

Ameera berkerut hairan, macam tu pula. Biarlah dia, nama pun lelaki kan?

"Macam tu.. nanti aku mesej location," ujar Ameera.

Adhib mengangguk faham.

"Dah aku ada kelas," kata Adhib melihat jam di tangannya.

Ameera tersenyum lebar.

"Okayyy," jawabnya.

Adhib berpaling untuk menghadap Ameera secara jelas.

"Ameera Syakinaa, dengar baik-baik," panggil Adhib.

"Apa-apa jadi. Panggil aku. Ni muka ni. Jangan-"

"Jangan cari orang lain, jangan menggatal dengan orang lain, jangan buat perangai, jangan berahsia, jangan diam pendam. Faham Adhib Farhaan, " Sambung Ameera memotong kata-kata Adhib.

Sudah tiga bulan, itu sajalah pesanan Adhib. Sudah hafal sangat dengan skrip kebanggaan Adhib itu.

Adhib terkebil-kebil, sedikit kagum.

"Good." Balasnya mampu berkata itu sahaja.

••••••••••••••••••••••••••

"Kenapa mewah sangat kau bawa aku ni?" Rungut Adhib tatkala masuk ke dalam Restoran Elyte.

Matanya terbuntang melihat kemewahan yang terhias indah di dalam restoran itu. Terasa seperti di Perancis ketika menghidu aroma wangian di situ.

"Kau kan cuma makan, jadi makan je. Jangan banyak cerewet," balas Ameera mengambil tempat duduk di meja yang kosong.

Adhib membaca menu yang tersedia.

"Pelik sangatlah nama menu dia ni, kau ni nak bagi aku makan ke nak suruh aku potong lidah sebut perkataan ni?" Bebel Adhib berkerut kerut membaca nama menu.

Ameera mengeluh pasrah, "Kau ni dah tua bangka pun tak pandai membaca ke?"

"Malaslah aku nak belitkan lidah, kau beli jelah apa-apa yang murah. Jangan mahal-mahal, nanti poket kau kering kau minta duit kat aku juga," ujar Adhib menggeleng sengaja ingin mengusik Ameera.

Ameera menjeling tajam.

"Fine."

•••••••••••••••••••••••••

"Alhamdulillah, sedapnyaaaa," kenyang Adhib menghabiskan makanannya licin.

"Kau tak habis lagi ke? Lambatnya makan," hairan Adhib melihat makanan di pinggan Ameera yang masih berbaki sedikit lagi.

Ameera berkerut sakit hati.

"Aku kunyah 40 kali ikut sunnah nabi," balasnya sambil sedap menikmati makanan.

"Masalahnya dah macam unta aku tengok muka kau nguyah. Elok-elok sikit makan tu," usik Adhib tergelak kecil.

Ameera menjeling sekilas sebelum dia fokus dengan makanannya.

Sementara Adhib tergelak-gelak dengan lawak hambar sendiri, Ameera selesai makan.

Ameera pasrah melihat Adhib tergelak macam orang kena sawan.

"Dah habis gelak? Macam orang terlepas hospital mental kau tahu tak?" Perli Ameera, dia pula yang tergelak.

Adhib sambung tergelak.

"Sabar, aku teringat lawak aku buat minggu lepas," balasnya sambung ketawa.

Ameera sekadar mampu menepuk dahi. Entah kena rasuk macam apa.

"Adhib." Panggil Ameera.

Adhib masih ketawa terbahak-bahak.

"Woi, Adhib." Panggil Ameera lagi.

Adhib tidak mempedulikannya dan terus ketawa.

"Adhib Farhaan." Panggil Ameera menguatkan sedikit suaranya.

Adhib menoleh dalam keadaan tersengih senget.

"Apa kau ni?" Jawab Adhib.

"Aku nak mengaku sesuatu," ujar Ameera.

"Apa? Yang kau memang sepupu unta?" Usik Adhib tergelak seorang diri. Gelak terbahak-bahak.

"Bukanlahh," balas Ameera.

"Aku suka kau."

Adhib terus terdiam. Matanya tidak berkelip langsung, mulut ternganga luas seakan mengizinkan lalat untuk masuk.

"Lah, terus diam. Ingat nak sambung gelak," balas Ameera perlahan.

Adhib tidak memberi sebarang reaksi. Sudah serupa patung yang menjadi model pakaian, kaku terpaku terdiam macam tak bernyawa.

Ameera mula terasa mukanya seperti membahang merah akibat malu.

"Jangan dipandang macam tu, cuba jawab at least sepatah," kata Ameera malu.

Adhib masih sama. Dia kemudiannya bangun dari tempatnya dan terus mencari jalan keluar dari restoran itu.

Terpinga-pinga Ameera dibuatnya, tiba-tiba saja keluar tanpa berkata apa.

•••••••••••••••••••••••••

"Adhib, cuba jawab sesuatu. Jangan membisu," pinta Ameera kerisauan.

Adhib tidak memberi sebarang reaksi atau jawapan.

Di saat itu, Ameera sudah tertunduk.

"Aku tahu benda ni salah," dia bersuara.

"Aku tahu perasaan ni boleh hancurkan persahabatan kita yang dah 20 tahun terbina. Aku tahu perasaan ni boleh buat kita buat asing seperti tidak pernah ada apa," sambung Ameera.

"Tapi aku tak boleh diam dan anggap benda ni tak ada apa-apa. Aku tak boleh terus dan terus menafikan benda ni sebab aku yang akan sakit kalau aku terus diam dan merahsiakan. Kau tak perlu diam membisu macam ni untuk senangkan aku. Jawab sesuatu, Adhib Farhaan," kata Ameera lagi, terdesak mahukan jawapan dan respon daripada Adhib.

"Jujur je Adhib, aku lagi rela sakit dalam kejujuran daripada diam tahan perasaan ni," tambah Ameera.

"Adhib-"

"Syakinaa." Suara Adhib akhirnya kedengaran. Matanya tepat menikam anak mata Ameera Syakinaa.

UNBROKEN PROMISE Where stories live. Discover now