B A B 4

910 75 0
                                    







TAMAYA Althea keluar ikut pintu dapur kerana dia terdengar sayup-sayup bunyi kucing mengiau seperti meminta tolong. Selipar basahab yang ada tersedia di belakang rumah dia sarung saja.

Berbekalkan cahaya lampu suluh, Tamaya mulakan misi mencari dari mana datangnya bunyi kucing tersebut .

Tamaya menyuluh ke dalam longkang. Nampaknya ada dua ekor anak kucing yang sudah menggeletar kesejukkan.

"Ya Allah, kesiannya korang. Macam mana boleh jatuh dalam ni pula ni. Ibu korang mana?" Bual Tamaya walaupun anak-anak kucing tersebut langsung tidak faham bahasa manusia. Kalut mereka mencakar permukaan konkrit yang berlumut itu demi menyelamatkan diri tetapi gagal sebab masih kecil.

"Ya, ya kejap kakak tolong korang" Tamaya meletakkan lampu suluh di tepi longkang supaya ada cahaya yang terbias boleh membantu dia untuk mencapai anak kucing tersebut.

"Tamaya...?" Panggil Hatta tapi tetap sunyi tanpa sahutan. Dia terpulang sedikit lewat ke rumah pada malam ini. Tiba-tiba rumah terasa sunyi tetapi lampu terpasang terang-benderang.

"Tamaya Althea, where are you?" Laung Hatta lagi. Dah lewat malam, mana isterinya itu pergi.

Tetap tidak menyahut. Hatta terus pergi ke dapur dan agak tekejut bila pintu belakang luas terbuka. Dengan berkaki ayam saja dia keluar mencari Tamaya di luar.

"Yes sikit lagi tu, nanti korang akan selamat!" sorak Tamaya termengah-mengah. Dari duduk sekarang dia sudap meniarap di atas rumput demi menyelamatkan nyawa dua ekor kucing.

"Tamaya Althea!!! What are you doing there?!" Kuat suara Hatta bergema sampaikan anak kucing tersebut terkejut dan berundur semula.

Menjengkelkan.

"You ni, tengok diorang dah lari dah. Perlahan lah sikit suara tu. Ishhhh!" Rungut Tamaya geram bila usaha menyelamatnya hampir berjaya namun gagal di tengah jalan.

"You buat apa ni? Ya Allah kotorlah Tamaya" bebel Hatta lalu menjenguk ke dalam longkang. Oh ada anak kucing rupanya. Mana datang pula tu?

"Dah dah you bangun duduk tepi, biar I tolong. Yang makhluk berbulu ini pun satu, macam manalah boleh masuk dalam ni. Mak korang mana?" Bebel Hatta lalu menunduk menyeluk tangan panjangnya ke dalam longkang tersebut.

"Tch! Tch! Tch!" Hatta membuat bunyi mengumpan anak-anak kucing tersebut supaya mendekatinya.

"Nah you pegang dia elok-elok. Ada lagi seekor" Hatta menyua anak kucing berwarna kelabu itu pada Tamaya. Berjaya pun dia.

Tamaya menjinjit tengkuk anak kucing tersebut lalu dia masukkan ke dalam pasu bunga besar yang masih kosong buat sementara waktu supaya anak kucing itu tidak boleh meloloskan diri. Eee comelnya!

Hatta pula datang bersama seekor lagi anak kucing berwarna oren. Comel, dua-dua berbulu gebu dan bermuka kemek. Macam baka kucing kacukkan. Tamaya melompat gembira.

"Yeay!! Berjaya selamatkan diorang. Kesian diorang mesti sejuk kena air longkang tu hm" Tamaya mengusap kepala si oren yang dijinjit Hatta.

"Macam mana tahu ada anak kucing dalam longkang tu?" Baru Hatta hendak menyoal.

"I dengar bunyi. Datang dapur bunyinya semakin dekat. I keluarlah cari" cerita Tamaya.

"Lain kali jangan buat macamni lagi. I risau kalau-kalau you jatuh dalam longkang besar tu. Kotya pun nak menyelamat panggil lah I. I boleh je tolong" pesan Hatta.

Tak sedarkah Hatta Aqashah, dengan mengeluarkan ayat sebegitu rupa pundah berjaya bikin Tamaya rasa dikasihi. Berterbangan rama-rama di dalam perutnya.

"Sorry you, janji lepasni I tak buat lagi" Tamaya mengangkat tangannya separas bahu seperti berikrar.

"It's okay,"

"Ini masalahnya sekarang diorang hak milik siapa? Mana mak diorang?" Hatta menunjuk ke arah dua ekok makhluk berbulu itu.

"Tak tahu" jawab Tamaya mudah.

"Tak apa, esok kita tanya jiran-jiran dulu. Kalau tak bertuan you nak ke bela? Kalau you pun taknak bela kita bagi je la dekat orang yang nak" tanya Hatta. Terus bersinar wajah Tamaya serta-merta.

"Nakk! I nak bela!" Tamaya bersorak teruja. Dia sukakan kucing.

"Okay esok kita tanya jiran dulu. Kalau bukan hak milik sesiapa baru kita boleh ambil bela.
Now, you tunggu sini sebab I nak pergi ambil sangkar hamster dalam stor. Tunggu sini kejap tau" pesan Hatta.

"Heyyo, malamni duduk dengan kakak dulu tau, esok kita cari tuan korang sama-sama okay?" Ujar Tamaya ceria.

Geram rasa nak renyuk seekor seekor!

Sambil lalu, Hatta tersenyum nipis mendengar Tamaya Althea yang sedang bercakap dengan suara makhluk asing . Macamlah anak kucing itu faham apa yang dia cakap.
























TBC.

Rindu Dalam Hati [EBOOK]Where stories live. Discover now