B A B 16

1.2K 120 15
                                    






Unedited



PULANG dari hospital, sudah ada sebuah Mercedes Benz hitam terparkir di halaman rumah. Tahulah Tamaya bahawa Hatta pulang ke kampung. Sudi juga lelaki itu menjenguk keluarga di sini. Ingatkan sudah menjadi kaum 'kacang'.

"Ouh husband dia balik, patutlah senyum saja" usik Thariq membuatkan senyuman hambar Tamaya tadinya bertukar jadi ilai tawa pula.

Isteri orang lain mungkin teruja kalau suami dia balik berjumpa. Tetapi entahlah, Tamaya sudah tidak punya keterujaan itu. Tapi dia rindu. Rindunya pada Hatta tuhan saja yang tahu.

"Ada-adalah you ni Thariq. Thankyou tolong hantarkan I balik. Nanti kirim salam mak you. I masuk dulu"

"Sama-sama. Tak ada hal lah. Inshaallah nanti I sampaikan salam you pada mak I. Bye, selamat berdating!" Balas Thariq sambil mengundur kereta. Tamaya buat muka.

Naik ke atas, dari ruang tamu lagi Tamaya dapat mendengar keriuhan suasana di dapur. Seperti ramai orang di sana. Langkah diatur perlahan, dia mengintai siapa yang turut ada di dapur.

"Tambahlah lagi Haya, banyak mak masak lauk ni. Kamu cakap kamu suka ikan keli masak berlada kan?" Pelawaan Puan Haida itu didengar Tamaya.

Tamaya bersembunyi di balik diding kayu itu dan memerhatikan semuanya. Terbit senyuman tipis.

"Awak nak tambah lagi?" Hatta pula bertanya pada Haya. Nampak perihatin.

Sayang betul semua orang pada Haya. Tamaya sepanjang beberapa bulan duduk di rumah ini pun tak pernah mendapat layanan sedemikian rupa. Tidak betah berlama di situ, Tamaya berlalu masuk ke dalam bilik.

Usai menunaikan solat zohor, Tamaya berteleku sebentar di tikar sejadah. Dia tidak bangun terus. Perutnya yang makin berisi itu diusap lembut.

"Baby, mama rindu...rindu sangat-sangat" Tamaya pejam mata dan mengetap bibir menahan air mata daripada jatuh.

"Rindu tokpa, rindu papa, rindu semua orang" Tamaya pandang perut sendiri. Dia senyum namun pandangannya kabur dengan air mata.

"Baby duduk dengan mama ya? Kita kuat sama-sama okay? Mama kuat demi baby, baby pun kena kuat dengan mama ya sayang?" bual Tamaya sendirian. Mahu kurangkan rasa yang sedang berkecamuk di sarang hati.










          RASA tak lengkap pula hari Puan Haida bila tidak berperang mulut dengan Tamaya. Dari pagi sampai petang, tak nampak lagi bayang Tamaya di dalam rumah ni. Mungkin Tamaya malu mahu bersua muka dengan Haya. Ataupun menantunya itu cemburu dengan kemesraan Hatta dan juga bakal menantu tak jadinya itu.

"Aya, kau dah makan ke belum?" Tanya Puan Haida sambil melangkah mendekati Tamaya yang sedang berbaring di atas sejadah. Nampak diam saja wanita itu hari ini.

"Belum. Ada apa mak masuk bilik I ni? Hatta dengan Haya dekat luar lagi ke?" Tanya Tamaya.

"Hatta pergi hantar Haya balik rumah sewa. Haya dah pindah hospital sini. Kau, bila kau nak makan? Esok, lusa? Kau tu mengandung, ingat elok ke makan lewat-lewat" leter Puan Haida dan Tamaya cuma senyum datar.

"Patutlah Hatta balik sini. Kekasih hati pindah rupanya. Okay, lepas asar nantilah I turun makan. Tadi sebelum balik I dah bungkuskan makanan. Nanti I panaskan semula je makanan I tu" Tamaya diam selepas itu. Dia tunduk bermain dengan jemarinya sendiri.

Lihat, Hatta balik bukan sebab dia pun.

"Kau pergi hospital, doktor ada cakap apa?" Tanya Puan Haida. Namun Tamaya kelihatan tenggelam dalam dunianya sendiri.

"Aya, aku bukannya cakap sorang!"

"Hah? Apa? Sorry mak, hilang fokus..." Tamaya pegang tangan Puan Haida seperti memujuk.

"Kau pergi hospital, doktor cakap apa?" Ulang soalan tadi semula.

"Tak ada apa pun, check up biasa je. Minggu depan I kena pergi lagi" balas Tamaya dan Puan Haida mencebik.

"Kau ni sebenarnya rindukan Hatta kan? Kau sedih kan tengok Hatta rapat dengan Haya" Soalan Puan Haida itu buatkan Tamaya mengekeh perlahan.

"Isteri mana tak rindukan suami dia kan mak? Anak mak tu suami I, mestilah I rindu" jawab Tamaya membuatkan Puan Haida terdiam. Sakitnya terasa sampai sini.

"Tapi tak apa, I simpan je la rasa rindu tu dalam hati ni. Kalau sempat, I cakaplah dekat Hatta" sambung Tamaya lagi. Timbul rasa sebak di hati Puan Haida.

"Alahan mengandung kau tu teruk lagi?" Tanya Puan Haida mengambil peduli.

"Alhamdulillah dah kurang. Kelakarlah mak ni. Mak rindu I ke?" Tamaya angkat kening sebelah mengusik ibu mertuanya.

"Tak kuasa aku nak rindu kau. Ada depan mata pun berbulu mata aku ni tengok kau" jawab Puan Haida tinggi egonya.

"Eleleh, sekarang bolehlah cakap tak rindu. Nanti I dah tak ada, rindulah tu. Mak ni ego kuat kan?" Tamaya ketawa lepas.

"Naik darah lah aku cakap dengan kau ni" Puan Haida berura-ura mahu bangun namun lekas ditahan Tamaya.

"Okay-okay, I gurau je lah mak. Adoi, merajuk pula dia" Tamaya kecilkan mata mengusik lagi.

"Mak, mak sayang I tak?" Soal Tamaya tiba-tiba. Terus Puan Haida pandang Tamaya pelik.

"Kau nak apa?"

"Saja je tanya, I ada mak dengan Hanum je tau dekat sini. Oh ya Thariq juga. Dia best friend I" Tamaya langsung tidak takut mahu lentokkan kepala di riba Puan Haida. Puan Haida tidak pula menolak. Wanita itu diam saja tidak mahu menjawab soalan pelik dari menantunya itu.

"Mak nanti kalau jadi apa-apa pada I, jangan bagitahu sesiapa ya? Jangan bagitahu semua orang pun. Hatta pun jangan. Pada papa I pun jangan" pesan Tamaya. Air mata sudah mula meleleh.

"Dah kenapa pula kau ni? Taknak aku duduk sebumbung dengan kau lama-lama. Kalau esok ada orang datang nak kutip kau semula, memang aku suruh kau bungkus semua barang kau balik ke KL tu semula" Puan Haida menjawab dengan kasar.

"Jangan, please mak...I cuma ada mak dengan Hanum je sekarang ni. Kalau papa, I taknak papa susah hati. Nanti papa sakit" cerita Tamaya sebak.

"Habis, aku susah hati tak apa pula?" Mata Puan Haida mencerlung ke arah Tamaya.

"Mak risau ke kalau apa-apa jadi pada I?" Tanya Tamaya sambil senyum lebar.

"Kau ingat aku ni jahat sangat ke? Kau benci aku betul-betul ke Aya?" Duga Puan Haida dan Tamaya menggeleng bersama lelehan air mata.

"Mana ada! I sayang je mak. Mak kan mak I...mestilah I sayang" Tamaya terus peluk Puan Haida erat.

Lambat-lambat Puan Haida mengusap belakang tubuh Tamaya yang masih berbalut telekung itu. Namun bila pelukan dieratkan lagi, Puan Haida rasa sesuatu di dada menantunya.Dia tolak tubuh Tamaya menjauh sedikit. Wajah basah Tamaya dipandang lama.

"Tamaya...k-kau....?"













TBC.

Rindu Dalam Hati [EBOOK]Where stories live. Discover now