B A B 19

1.3K 131 11
                                    














PUAN HAIDA perhatikan saja dalam diam gelagat anak menantunya itu yang macam ada merancang sesuatu. Tamaya dan Hanum nampak ceria pada pagi itu. Makan pun berselera. Tahu akan masalah kesihatan Tamaya, Puan Haida tak berhenti memikir. Tamaya terlihat pandai menyembunyikan masalah. Perahsia orangnya.

"Mak, mak masak bihun goreng ni banyak ke?" Tanya Tamaya.

"Banyak lah juga. Suami Maya tu suka makan bihun goreng kalau sarapan. Kenapa nak? Ada apa-apa ke korang berdua ni?" Puan Haida pandang keduanya.

"Erm nanti Thariq nak bawa kami pergi berkelah dekat pantai! So kalau ada lebih boleh lah I bawa pergi picnic. Lagipun, Hatta kan dah nak bertolak balik kejap lagi. Kalau ada banyak, siapa nak makan? Karang bazir pula kan?" Ujar Tamaya.

"Apa?! Berkelah dengan Thariq?"

Serentak Tamaya dan Hanum menoleh ke belakang.

"Haah, abang Thariq ajak. Lagipun dah lama tak ke pantai, mesti seronok!" tokok Hanum dan Tamaya mengangguk.

"Sejak bila kau pun rapat dengan si Thariq tu?" tanya Hatta sibuk mahu mengambil tahu.

"Sejak I lepak dekat air terjun hujung kampung sana tu. Hanum yang kenalkan. Kitorang pun berkawanlah. Ada masalah ke Hatta Aqashah?" Tanya Tamaya.

"Masalah! Masalah sebab kau tu isteri orang. Thariq tu bujang. Aku ikut!" Putus Hatta buatkan Tamaya tercengang.

"You nak ikut kitorang? Ta-tapi...you kan nak balik KL dah?" Tanya Tamaya. Hah sudah...

Hantu gila sesat yang merasuk suaminya itu memang tak reti keluar ke?

"Aku tak jadi balik harini. Balik esok lah" balas Hatta sambil mencedok bihun goreng ke dalam pinggan.

"Hah? Buat akal nak balik esok pulak dah budakni?" Puan Haida sekali turut bingung.

"Haah mak, Hatta macam penat lagi nak drive balik. Esok lah pula. Lagipun tak banyak kerja sangat. Boleh lah nak berlama sikit dekat sini" ujar Hatta selamba.

"Hm dari ikut kami, baik you pergi dating dengan Doktor Haya tu. Ikut I tambah meluat, kalau keluar dating dengan Haya kurang-kurang berbunga juga hati tu" perli Tamaya.

Rasa kelat bihun yang dimakan. Ada saja mulut itu mahu mengenakan dia sekarang. Hatta jeling Tamaya yang berselera makan itu dari ekor mata. Geram!

"Tapi kalau nak ikut sangat, mari je lah. Thariq okay je" kata Tamaya.

Hatta buat memek mulut.

Thariq! Thariq! Thariq!

Meluat.













SEPANJANG aktiviti perkelahan mereka itu, yang berulahnya adalah Hatta. Lelaki itu sangat menjengkelkan dan banyak kali menduga kesabaran Tamaya. Rasa nak heret lelaki itu pulang. Kalau lah tadi Tamaya berkeras melarang Hatta untuk ikut serta, mungkin Tamaya tidak sepenat ini.

"Sayang, mata abang masuk pasir!" Panggil Hatta dengan suara gediknya lagi. Hantu gila masih tak jumpa jalan keluar dari tubuh Hatta barangkali.

Thariq jeling Tamaya sambil senyum. Tamaya pun malas berkata apa, pergi ke arah Hatta yang duduk di tunggul kayu itu sambil menggosok mata.

"Tak payah gosok lah mata tu. Karang buta pula. Sini I tengok" Tamaya tahan saja diri dari bertukar menjadi ahli sihir. Mahu menyumpah Hatta jadi tapak sulaiman.

"Kalau nak marah-marah macamni pergilah main dengan 'kawan baik' kau tu semula. Mata aku okay je ni" tengok, Hatta semakin melampau.

"Sinilah I tengok. Karang buta mata tu satu hal pula nak pergi jumpa pakar! Setahu I Haya tu bukan pakar mata" Tamaya kacip gigi. Mengalahkan perangai budak umur 5 tahun.

Dengan jarak yang tidak sampai seinci, Hatta dapat melihat wajah Tamaya sungguh jelas. Jahat lagi, Hatta tolak belakang Tamaya dengan lututnya membuatkan Tamaya terhumban dan menindih tubuh Hatta sehingga mereka berdua terbaring di atas pasir.

"Hatta Aqashah!!!! You ni kan!" Tamaya mengusap perutnya tertindih perut Hatta tadi. Malu satu hal juga. Thariq dan Hanum sudah terbahak-bahak ketawakan mereka.

"Bergegar anak I dekat dalam ni you tahu tak. Memalukan betul!" Rungut Tamaya geram.

"Alahai, bergomol pulak dah laki bini tu" usik Thariq bersama sisa tawa.

"Sorry, perut kau sakit? Kau okay?" Hatta tiba-tiba risaukan Tamaya. Kepala Tamaya berlapik tudung itu diusap. Takut pula jadinya.

"Ish tak payah la dekat sini! You ni!" Tamaya rasa nak menangis. Kenapalah Hatta Aqashah berperangai sedemikian. Boleh pula Hatta mengusap perut Tamaya di kawasan umum begitu.

"Penatlah Hatta, kalau you join kami sebab nak rosakkan plan semata-mata, baik you balik je lah. I perhati dari tadi tau, you sengaja cari pasal dengan I. Sekejap kaki tertusuk cengkerang, sekejap pening kepala tak tahan panas, mata masuk pasir bagai. You kenapa?" Sembur Tamaya hilang sabar.

"Kau suka sangat sebelahkan Thariq apasal? Lupa aku dekat sini?" Hatta membela diri.

"You tu yang tak rasional. I tahu, I sedar, I tak hilang ingatan lagi. I kenal Hatta Aqashah suami I. I sedar batas I. Sekarang ni kita balik je lah. Dekat rumah tak ada cengkerang tajam nak tusuk kaki you. Tak ada matahari terik, tak ada pasir yang nak masuk mata. Kan?" Tamaya berura-ura mahu bangun. Kalau begini perangai Hatta, lebih baik balik saja.

"Tak. Kau duduk sini, jom kita buat istana pasir sama-sama dekat sini pula. Thariq biar dia team Hanum. Kalau tak, aku akan spoilkan lagi mood korang" arah Hatta tegas.

"Kita mana ada alatan" ujar Tamaya.

"Sekejap aku pergi pinjam diorang punya. Kau tak payah banyak jalan" Hatta bangun dan pegi meminjam peralatan membuat istana pasir dari Thariq.

Pening kepala Tamaya. Kalau macam ini gaya, rasa nak tahan dulu si anak jangan cepat sangat lihat dunia. Bapaknya pun masih tidak terkawal akhlaknya.

Sekejap okay, sekejap tidak.
















TBC.

Rindu Dalam Hati [EBOOK]Where stories live. Discover now