B A B 22

1.5K 139 8
                                    










             DIA menoleh memandang Puan Haida dan Hanum yang duduk di tempat duduk belakang saat ternampak kereta Hatta terpakir di halaman rumah. Puan Haida menggeleng dan Hanum pun sama menghantar mesej bahawa bukan mereka yang memberitahu Hatta tentang hal kelmarin.

"Tak apalah, jomlah kita masuk dulu letak barang" ajak Tamaya.

Tamaya pergi ke bonet mahu membantu namun awal-awal lagi sudah dihalang Puan Haida. Terus Tamaya tayang muka monyoknya.

"Tak payah, awak tu mengandung. Jom naik" ajak Puan Haida dan Tamaya pun mengalah dan membuntuti langkah dua beranak itu masuk ke dalam rumah.

Masuk saja ke dalam, mata Tamaya sudah menyapa susuk tubuh Hatta Aqashah yang sedang duduk menunggu di sofa. Langsung tiada secalit senyuman di wajah lelaki itu. Tamaya buat tidak tahu saja kemudian berlalu masuk ke biliknya.

"Ah, banyak ya mama berjalan harini adik. Kaki mama dah bengkak dah" adu Tamaya sendirian.

"Awww tengokni, comelnya baju adik. Tak sabar mama nak pakaikan. Cute!" Tamaya membuka beg kertas yang terisi barangan bayi. Sungguh dia teruja.

"Mama saja je beli awal walaupun mama tak tahu lagi adik ni girl or boy. Mana tahu nanti mama dah tak larat nak keluar beli barang, kesian anak mama tak ada baju pula" Tamaya meletakkan baju bayi itu di perutnya. Terujanya tidak dibuat-buat.

"Kemarin kau buat apa? Kau pergi mana bawak mak dengan Hanum?" Suara Hatta menerjah dari belakang.

"I bawa mak dengan Hanum keluar jalan-jalan. Lepastu pergi jumpa Haya. Kenapa?" Ujar Tamaya sambil melipat semula baju-baju bayi yang dia beli tadi.

"Kau pergi jumpa Haya buat apa?" Tanya Hatta dengan suara yang tertahan.

"I nak tunaikan janji I dulu supaya antara I dengan you dah tak ada hutang lagi. Mana tahu kalau I mati ke kan, sekurang-kurangnya I boleh pergi dengan tenang selepas tengok you bahagia dengan wanita yang you sangat cinta" Tamaya senyum dan menjeling sekilas ke arah Hatta yang nampak terkedu itu.

"Kau ni tak habis-habis nak cipta masalah kan? Ada aku suruh kau pergi pinang dia ke?! Ada ke Tamaya Althea?" Hatta menghampiri Tamaya yang tidak memberi apa-apa riaksi. Perbuatan Tamaya tika itu sangatlah menjengkelkan.

"Dah nak malam dah ni Hatta, apa yang duk tinggi-tinggi suara pada isteri pula ni?" Puan Haida mencelah sambil berdiri di pintu bilik.

"Mak tanya semula menantu mak ni semalam dia bawa mak dengan Hanum pergi mana dan buat apa?" Balas Hatta cubaan menenangkan diri.

"Hatta Aqashah, I cuma nak tengok you bahagia walaupun bukan dengan I. Sebab kalau bahagia dengan I tu satu mimpi buruk yang you akan hadap sampai mati kan? You jangan risau sebab I sendiri pun yakin yang you akan bahagia bila you dengan Haya. Jadi baliklah pada dia, I izinkan. Pujuk semula dia supaya dia betul-betul yakin yang cuma dia saja yang hati you mahukan" Tamaya tepuk dada Hatta kemudian dia pegang sepasang rahang tajam milik Hatta.

"I ikhlas Hatta, demi Allah I ikhlas dan redha dengan apa yang dah terjadi antara kita"

Selepas itu, Tamaya terus berlalu keluar dari bilik. Pandangannya kian kabur dengan air mata. Puan Haida kasihankan Tamaya. Menantunya itu menyimpan banyak perkara yang menyakitkan.

"Jahat tak jahatlah mulut Hanum ni, tapi Hanum tak sabar tengok kejatuhan abang Hanum sendiri. Sanjunglah ego tu tinggi-tinggi abang!" Sembur Hanum sepintas lalu. Dia geram sungguh dengan sikap abangnya yang seperti ombak di pantai itu.

"Kalau balik lepastu nak salahkan Maya tentang hal yang kamu sendiri mulakan, baik tak payah balik Hatta. Mak ni takut sangat kalau kifarah tu datang dan kamu tak bersedia nak hadap. Boleh merana hidup kamu nanti Hatta Aqashah" pesan Puan Haida penuh makna tersirat.

Hatta diam. Dadanya terasa berdenyut teramat sangat. Dia terduduk di birai katil memikirkan semula bait bicara Tamaya dan ibunya sebentar tadi.










PEHA Puan Haida dijadikan alas kepalanya. Tamaya duduk beradu sebentar di situ. Puan Haida mengusap kepala Tamaya penuh kasihnya sebagai seorang ibu. Tamaya pejam mata terbuai dengan layanan istimewa itu.

"Mak dah jumpa orang berubat kampung untuk kanser payudara. Kita ikhtiar dulu nak tak Maya?" Beritahu Puan Haida berharap Tamaya akan bersetuju kali ini.

"Erm nanti dulu tak apa ke mak? Maya macam tak bersedia lagi lah untuk apa-apa rawatan" tolak Tamaya lembut bunyinya.

"Tapi kalau biarkan makin lama makin bahaya sayang. Maya dengan kandungan ni lagi. Nanti makin lama Maya makin sarat, cepat penat. Lagi berisiko dan mudah untuk sel kanser tu merebak dengan cepat. Mak tak paksa, mak cuma cadangkan saja untuk Maya ikhtiar. Mak sayang Maya dengan cucu mak dekat dalam ni. Kalau boleh mak nak tengok dua-dua ada depan mak dengan sihat nanti" panjang lebar Puan Haida berkata.

Mendengarkan itu, Tamaya jeda lama seolah-olah berfikir. Kemudia dia angguk perlahan.

"Inshaallah mak, nanti kita pergi ya" terus Puan Haida tersenyum lebar. Akhirnya, terpujuk juga anak perempuannya itu.

"Okay, kalau macamtu Maya pergilah masuk tidur. Kejap lagi Hatta cari pula macam haritu. Sanggup kendong kamu masuk bilik semula" cerita Puan Haida membuatkan Tamaya berkerut dahi.

"Oh, maknanya haritu Maya berpindah bilik tu sebab dia lah yang angkat?" Tamaya bertanya sekali dengan pergerakan tangan. Puan Haida angguk lagi sekali.

Kemudian Tamaya tunduk memikirkan apa motif Hatta berbuat demikian. Sudahnya, dua-dua tidur di ruang tamu pada malam tersebut.

"Tak apalah, Maya masuk bilik Maya dulu ya mak" Tamaya meminta diri.

Tiba di bilik mereka, Hatta sedang tercegat berdiri di tepi katil seperti sedang menunggu kehadiran Tamaya di dalam bilik tersebut.

"Lah, you tak tidur lagi. Kenapa? Nak I tukar cadar baru ke?" Tanya Tamaya.

"Eh tak, erm I...memang tunggu you masuk" jawab Hatta gementar. Tamaya pandang dia pelik. Atas bawah, atas bawah isterinya itu memandang.

I? You?. Desis hati Tamaya. Sejak bila pula Hatta jaga bahasa dengan dia ni. Tidak selamba saja aku-kau. Tak pun, main hamun saj kalau naik angin tu.

"You kenapa Hatta? You ada masalah ke? You nak ajak I berbincang pasal you dengan Haya? Okay boleh, tak ada hal"

"Bukan, ini bukan pasal sesiapa. I nak cakap tentang kita" potong Hatta cepat.

Tamaya terkejut. Dia tuding jari pada diri sendiri. Hatta angguk mengiyakan.

"Oh hm, ehem! Ya, you nak cakap apa?" Tamaya berdehem menghilangkan rasa canggung antara mereka.

"I duduk lah ya, lenguh berdiri" Tamaya meminta izin dan kalut Hatta memimpin isterinya itu untuk duduk di birai katil. Lagilah Tamaya sangsi. Buang tabiat ke apa.

"Okay, cakaplah. I dengar" Hatta nampak runsing. Dia tidak tahu hendak mulakan daripada mana.

"Tamaya Althea, masih ingatkan apa yang I pernah lafazkan dulu?" Soalan Hatta itu membuatkan Tamaya mengekeh suka. Hatta pula yang rasa nak luruh jantung.

"Ya I ingat Hatta Aqashah. Takkanlah I nak lupa pula. Sabar ya, tak lama lagi you takkan terseksa lagi dah. Kita akan akhiri semua ini. Maaf kalau dulu I yang tamak. You jangan risau. I takkan lupa setiap apa yang you pernah cakap pada I. I dah semat kemas-kemas dalam kepala I ni" Tamaya ambil tangan Hatta seolah meyakinkan suaminya itu bahawa dia tidak main-main.

Hatta menggeleng. Hidung dan mata lelaki itu kemerahan. Tamaya sendiri tidak pasti mengapa.

"Kenapa? You tak percayakan I ke yang I akan tunaikan janji I kali ni? Sungguh Hatta, demi Allah I akan pergi. Sebelum tu, I nak pastikan you betul-betul dapat semula kebahagiaan you" bersungguh Tamaya menerangkan supaya Hatta faham.

"Tak perlu pergi Tamaya Althea. Untuk kali ini I bagi amaran pada you jangan!" Hatta menghalang. Tamaya pula terdiam.

"Eh I bukan Haya Sofya, you ni sasau ke?" Tamaya berdebar sekali. Nak merayu pun agak-agaklah.

"I tahu dan I sedar, you Tamaya Althea isteri I. Selamanya akan jadi isteri I" ujar Hatta lagi membuatkan dunia Tamaya sunyi sebentar.

"T-tak...."












TBC.

Rindu Dalam Hati [EBOOK]Where stories live. Discover now